DUA pelumba Yamaha SRT, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli mencatatkan sejarah tersendiri dalam kejuaraan MotoGP apabila kedua-duanya mendapat dua grid paling atas untuk aksi final hari ini menerusi pasukan satelit, Petronas Yamaha SRT.
Lebih membanggakan, Petronas Yamaha SRT baru kali pertama memasuki kelas premier dan rekod itu hanya dibuat pada pusingan keempat pasukan Malaysia itu berlumba. Malah, Quartararo, 20, yang menjadi pelumba terpantas sepanjang aksi latihan bebas dan kelayakan sepanjang dua hari lalu, ialah pelumba MotoGP paling muda pernah berada di petak pertama.
BACA >>> Rossi Kagum dengan Pelumba Petronas Yamaha, Baru 19 Tahun Sudah Lumba MotoGP
Apa aku rasa kat Jerez memang tak masuk akal. Aku masih tak percaya. Aku tak sangka dapat petak depan, jadi memang sangat fantastic. Keputusan ni ialah kerja seluruh pasukan sepanjang hujung minggu ni. Aku nak terima kasih kat diorang sebab buat semua ni jadi kenyataan.
"Petak depan dan kedua untuk Frank (Morbidelli) sangat spesial untuk pasukan ni. Kitorang pasukan baru dalam kelas ni dan sangat menakjubkan sebab dapat nombor satu dan dua dalam empat pusingan saja. Aku harap kitorang dapat capai kedudukan macam ni banyak lagi sepanjang musim ni," kata Quartararo dengan hidung kembang kempis.
Di bawah duo Quartararo-Morbidelli ialah adinda Marc Marquez (Repsol Honda), disusuli Andrea Dovizioso (Mission Winnow Ducati), Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha), Cal Crutchlow (LCR Honda Castrol), Danilo Petrucci (Mission Winnow Ducati), Takaaki Nakagami (LCR Honda Idemitsu), Alex Rins (Suzuki Ecstar) dan Francesco Bagnaia (Pramac Ducati)
BACA >>> PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team Dedah Barisan Pelumba & Jentera MotoGP 2019
Kekanda Valentino Rossi pula bermula buruk hari ini di petak ke-13.
Leave a Reply