UMW Toyota Malaysia menyiarkan foto acah Toyota Avanza baharu di laman web rasmi dan Facebook wakil pengedar itu dengan kapsyen ringkas 'The New Avanza, Coming Soon' (Avanza Baharu, Akan Datang).
Imej ditunjukkan cuma separuh rupa depan model itu yang khabarnya akan dilancarkan suku ketiga tahun ini.
Avanza versi kemas kini itu menampilkan rekabentuk depan ala model premium, Vellfire dengan lampu depan Bi-LED dan lampu henti ketiga LED. Di atas bumbung kelihatan antena bentuk sirip yu, manakala bahagian belakang ditambah reflektor dan bampar rendah.
BACA >>> Kembar Toyota Avanza, Daihatsu Xenia (2019) Kini Ada Varian Enjin 1.5L
Penambahbaikan kabin dapat dilihat pada rekabentuk konsol tengah bawah penyaman udara yang digantikan panel warna hitam piano dengan tekstur baharu lebih menarik. Pasaran Malaysia ditawarkan dalam tiga varian: 1.5S+ (RM87,888), 1.5S (RM83,888) dan 1.5E (RM80,888).
Pasaran Malaysia didatangkan dengan enjin 4-silinder 1.5L DOHC dengan teknologi Dual VVT-i berkuasa 102hp @ 6,000rpm dan tork 136Nm @ 4,200rpm. Hantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi automatik 4-kelajuan .
BACA >>> Toyota Avanza 1.5X Versi Sporty dan Ranggi, Harga RM82,700
Kenderaan pelbagai guna (MPV) ini turut didatangkan dengan ciri keselamatan dua beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD), Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).
Leave a Reply