• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Bagaimanakah Beg Udara Berfungsi, Benarkah Halang Pernafasan?

#TahukahAnda: Bagaimanakah Beg Udara Berfungsi, Benarkah Halang Pernafasan?

May 4, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUNGKIN ada yang anggap tali keledar saja sudah cukup untuk menjaga keselamatan ketika kemalangan. Tetapi perlu diingatkan, selain tali keledar, beg udara juga salah satu ciri keselamatan penting yang sangat membantu jika  berlaku nahas.

BACA >>> #RetroAuto: Sensor-Rempuh Allen K Breed Sempurnakan Ciptaan Beg Udara

BAGAIMANA BEG UDARA BERFUNGSI APABILA KEMALANGAN

airbag-deploy-airbag-kembung-2
airbag-deploy-airbag-kembung-3

Beg udara berfungsi apabila berlaku hentakan kuat yang dikesan sensor kereta sebelum signal dihantar supaya ia mengembung. Beg udara akan melindungi bahagian utama tubuh seperti kepala, leher dan dada.

Tanpa beg udara sebagai pelindung, tubuh yang cuma ditahan tali keledar berisiko mengalami kecederaan pada leher dan dada, terutama jika  impak sangat kuat. Kedudukan beg udara bergantung kepada jenis kenderaan. Kebanyakan kereta moden standard hari ini sudah sedia dipasangkan beg udara di bahagian depan, manakala beg udara untuk penumpang belakang ialah pilihan tambahan.

BACA >>> Hyundai Bakal Hasilkan Beg Udara Boleh Mengembung Banyak Kali, Pertama di Dunia

BEG UDARA BOLEH HALANG PERNAFASAN?

Jawapannya, TIDAK. Ini kerana beg udara sudah diuji untuk keselamatan pengguna. Jenis material yang digunakan untuk beg udara ialah nilon nipis dengan lubang-lubang kecil. Menerusi lubang itulah gas nitrogen akan mengembungkan beg udara sebelum ia mengempis sendiri perlahan-lahan.

Berbahayakah gas nitrogen? Jangan bimbang kerana udara yang kita hirup pun mengandungi 78 peratus kandungan nitrogen. Jadi, boleh disimpulkan, nitrogen ialah jenis gas yang selamat seandainya tersedut.

Kesimpulannya, beg udara sudah menjadi ciri keselamatan penting dalam pembuatan kenderaan moden masa kini. Ia termasuk dalam ciri keselamatan pasif yang hanya berfungsi apabila kemalangan berlaku pada skala impak tertentu. Jadi tidak perlu bimbang beg udara kereta anda akan mengembung tiba-tiba jika berlaku kemalangan  kecil.

Malah, ciri beg udara sepatutnya menjadi kriteria penting pembelian kereta baharu. Tidak salah berbelanja lebih untuk mendapat tambahan ciri keselamatan yang bukan saja untuk diri sendiri, tetapi juga penumpang kereta anda.

BACA >>> 9 Sebab Kenapa Anda Perlu Beli Jaket Beg Udara AIRSAV (Buatan Malaysia)

SUMBER: Suzuki.co.id

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Airbag, bagaimana beg udara berfungsi, beg udara, ciri keselamatan kenderaan, tahukah anda, Tali Keledar, teknologi keselamatan kenderaan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev