• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Malaysia Perkenal Pelan Insurans Plus (HiP) dengan Perlindungan Menyeluruh 24 Jam

Honda Malaysia Perkenal Pelan Insurans Plus (HiP) dengan Perlindungan Menyeluruh 24 Jam

May 3, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

211
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM usaha menjaga kepentingan servis selepas jualan pelanggan, Honda Malaysia menggalakkan pemilik kenderaan jenama itu mengambil Pelan Insuran Plus Honda (HiP) yang terdiri daripada tiga teras utama:

  • Penyelamat (Rescue)
  • Perlindungan (Protection)
  • Penjimatan (Saving)

1. PENYELAMAT

Tow Truck Iberville
multimeter-bateri
tukar tayar baru

Jika berlaku sebarang kemungkinan tidak diingini, pasukan HiP akan bersedia membantu anda 24 jam sehari dengan hanya menghubungi talian 1-800-18-1177. Trak tunda akan membawa kenderaan anda ke pusat servis dalam lingkungan 450km untuk menjalani pemeriksaan dan penyelenggaraan.

Pelan insurans ini juga menawarkan perkhidmatan jalanan dengan kadar upah percuma hingga RM200 seperti jump start, menggantikan bateri, menukar tayar pancit, mengisi minyak dan menukar alat ganti eksklusif.

BACA >>> #TahukahAnda: Tidak Perlu Gelabah Kereta Rosak, Insurans Memang Sediakan Servis Tunda Kenderaan

2. PERLINDUNGAN

Bagi memastikan perlindungan komprehensif, kereta Honda pelanggan yang mengalami kemalangan atau kerosakan akan dibawa ke Pusat Baik Pulih Badan dan Semburan Cat (Body & Paint) Honda sah untuk diperiksa mengikut standard piawaian Honda. Sehingga kini, Honda Malaysia miliki 23 Pusat Baik Pulih Badan dan Semburan Cat Honda sah.

Setiap komponen dan alat ganti digunakan dijamin asli dan didatangkan dengan waranti 6 bulan atau servis 10,000km. Pelanggan juga boleh mendapatkan semula kenderaan mereka dan pengesahan tuntutan insurans dengan cepat, terutama tuntutan pra-pengesahan bawah RM20,000.

BACA >>> #ApaNakBuat: Kena Langgar, Tapi Kenderaan Tiada Insurans, Boleh Claim atau Tidak?

3. PENJIMATAN

Ahli HiP layak dapat perlindungan, termasuk 100 peratus ganti rugi akibat kecurian atau kerugian total (total lost) disebabkan kemalangan mengikut jumlah diinsuranskan. Tiada kos tersembunyi untuk penukaran bahagian baharu bagi baik pulih kenderaan hingga 10 tahun, termasuk khidmat tunda kecemasan 24 jam.

Related

211
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, cara buat tuntutan insurans, Honda, Honda Malaysia, insurans, Pelan Insuran Plus Honda (HiP)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev