• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / ETCM Sah Perkenal Nissan Almera Serba Baharu, Termasuk Kicks, Sylphy dan Leaf

ETCM Sah Perkenal Nissan Almera Serba Baharu, Termasuk Kicks, Sylphy dan Leaf

May 2, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) mengesahkan akan membawa masuk tiga model baharu ke pasaran tempatan selepas agak lama menyepi. Sebagai permulaan, wakil pengedar jenama Nissan di Malaysia itu akan membawa masuk Nissan Almera generasi keempat.

Bayangan model itu boleh dilihat pada model Nissan Versa (2020) yang didedahkan pada Pameran Auto Antarabangsa New York (NYIAS) 2019. Ia juga model Almera serba baharu yang dibangunkan berasaskan platform V hasil kerjasama Renault-Nissan.

BACA >>> Nissan Versa (Almera) Lancar di AS dengan Rupa Lebih Mengancam!

Nissan Versa.10
Nissan Versa.02

Almera serba baharu menampilkan rekabentuk lampu depan berbentuk boomerang dengan gril signatur Nissan, V-Motion. Ruang kabin diserlahkan rekaan stereng baharu, sama seperti model Kicks dan Leaf bersama skrin sentuh di konsol tengah. Buat masa ini, sedan subkompak itu hanya didatangkan dalam varian enjin petrol 1.6L berkuasa 122hp dan tork 154Nm dengan pilihan transmisi  CVT Xtronic atau manual 5-kelajuan.

BACA >>> #LAAS2017: Nissan Kicks Tiba di Amerika, Hulurkan Salam kepada Honda HR-V, Mazda CX3

KICKS, SYLPHY DAN LEAF AKAN MENYUSUL

NISSAN LEAF_3
Nissan Kicks.01
nissan-sylphy-gen-4-2019-shanghai-1

Selain Almera serba baharu, ETCM juga akan memperkenalkan crossover segmen-B, Nissan Kicks. Walaupun belum ada masa tepat bilakah model ini akan tiba di Malaysia, Pengarah Urusan Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata, Kicks versi Asean akan tiba selepas Almera.

Menambahkan lagi keterujaan, Sylphy baharu juga akan diperkenalkan ke pasaran Malaysia selepas Almera dan Kicks. Tidak ketinggalan model elektrik (EV), Leaf yang dijangka dilancarkan pertengahan tahun ini. Bagaimanapun, ETCM tiada perancangan untuk memperkenalkan Teana versi dipertingkat (facelift).

Mungkin ETCM terpaksa mengetepikan seketika pasaran sedan segmen-D bagi menumpukan pasaran segmen kecil yang lebih popular.

BACA >>> Nissan LEAF Catat Rekod EV Pertama Dunia Lepasi Angka Jualan 400,000 Unit!

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, crossover kompak, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), ETCM, Nissan, Nissan Almera, Nissan Kicks, Nissan LEAF, Nissan Sylphy (2019), Nissan Versa (2019), Sedan, sedan segmen-B, sedan segmen-D

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev