• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harga Tulen, Tapi Jual Barang Tiruan - KPDNHEP Rampas 198 Unit 'Lower Spring'

Harga Tulen, Tapi Jual Barang Tiruan - KPDNHEP Rampas 198 Unit 'Lower Spring'

April 30, 2019 By Abang GYL 1 Comment

17.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARGA tulen, tapi jual barang tiruan. Itulah kegiatan yang berjaya dibongkar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya dalam satu serbuan di dua premis di Petaling Jaya, Selangor. 

Susulan serbuan itu, KPDNHEP berjaya merampas 198 unit spring rendah (lower spring) dan satu unit absorber jenama tiruan yang dianggarkan bernilai lebih RM141,000. Lebih mengejutkan, siasatan mendapati produk tiruan itu dijual pada harga sama seperti tulen.

DENDA RM10,000 ATAU PENJARA 3 TAHUN

Timbalan Pengarah (Operasi Khas) Penguatkuasa KPDNHEP, Rosli Ahad berkata, sepasukan 10 anggota melakukan pemeriksaan mengejut terhadap premis jual alat ganti kenderaan.

“Pemeriksaan turut dilakukan terhadap stor penyimpanan alat ganti kenderaan yang disyaki menjadi lokasi menyimpan barangan tiruan. 

“Kami juga mendapati kualiti dan standard produk tiruan dirampas tidak sama seperti yang tulen dan tindakan menjual barangan palsu dibimbangi boleh membahayakan nyawa pengguna kerana tidak menepati piawaian keselamatan. 

“Siasatan dan tindakan akan diambil mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 yang mana pemilik syarikat boleh didenda tidak lebih RM10,000 bagi setiap barngan menggunakan perihal dagangan palsu atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali,” katanya lagi. 

Buat semua pengguna di luar, kami syorkan supaya dapatkan alat ganti tulen dan pastikan diri anda tidak  ditipu pihak tidak bertanggungjawab. 

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Tanda Minyak Enjin Kereta Anda Kena Tukar Cepat!

BACA >>> #TahukahAnda: 3 Punca Klac Manual Cepat Rosak, Tetapi Pemandu Jarang Perasan

SUMBER: HarianMetro

Related

17.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: alat ganti tiruan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP, KPDNHEP rampas, lower spring, operasi KPDNHEP, penyerap hentak

Comments

  1. Solomon says

    May 1, 2019 at 7:30 AM

    Kes spt ini sepatutnya denda dinaikkan tinggi.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev