• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Tekan Starter, Tetapi Kenapa Motor Tak Hidup-Hidup?

#ApaNakBuat: Tekan Starter, Tetapi Kenapa Motor Tak Hidup-Hidup?

May 3, 2019 By Admin PanduLaju 27 Comments

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JENUH tekan penghidup elektrik (electric starter), tetapi motosikal masih tidak mahu hidup? Bukan masalah besar pun kerana masih boleh guna penghidup penendang (kick starter). Tetapi tetaplah rasa sakit hati.

Anda tentu hendak tahu juga apakah punca masalah tersebut tetapi jangan pula terus salahkan bateri kerana sebenarnya ada banyak sebab kenapa penghidup elektrik tidak berfungsi. Macam senarai di bawah ini...

* Bagi memudahkan pemahaman artikel ini, kami gunakan istilah 'starter' bagi merujuk  'penghidup elektrik'. Harap maklum.

1. SUIS STARTER

Suis starter ialah komponen yang berfungsi sebagai suis elektromagnetik untuk memutus dan menyambung arus elektrik. Apabila starter tidak berfungsi, sebaiknya anda periksa dulu fungsi komponen itu.  Caranya, sambungkan kabel antara suis starter, jika terdengar bunyi cekrek-cekrek atau seakan hidup segan mati tak mahu, itu tandanya suis starter sudah rosak atau kotor, dan perlu dibersihkan.

2. RELAY STARTER

Relay berguna untuk mencetuskan aliran elektrik daripada api sebelum disalurkan kepada penghidup dinamo. Jika relay rosak, tentunya arus elektrik tidak mampu melalui penghidup dinamo dan enjin tidak dapat dihidupkan. Perhatikan dengan teliti, jika suis starter sudah ditekan, tetapi relay tidak bertindak balas. Langsung tiada sebarang bunyi. Itu mungkin relay bermasalah.

3. PENGHIDUP DINAMO

Penghidup dinamo sebenarnya jarang rosak. Tetapi, jika rosak, ia mungkin disebabkan koil gegelung (brush) terputus atau hangus akibat litar pintas atau sebab lain. Cara memeriksa kerosakan penghidup dinamo ialah enjin masih tidak dapat dihidupkan walaupun relay bertindak balas ketika suis starter ditekan (dalam posisi ON). Jadi anda boleh syak ia berpunca daripada penghidup dinamo.

4. BATERI LEMAH

Jika seluruh komponen berada dalam keadaan baik, maka punca terakhir mungkin disebabkan bateri yang sudah lemah. Sila cas bateri anda, tetapi kalau sudah terlalu lemah, sila gantikan baharu. Kalau boleh. dapatkan bateri sel kering. Tetapi tiada masalah untuk beli bateri sel basah.

SUMBER: Suzuki.co.id

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apanakbuat, autotainment, bateri motorsikal, Electric Starter, Kick Starter, kit penghidup motosikal, Starter, suis penghidup motor

Comments

  1. Hadi akmal says

    January 28, 2020 at 9:58 PM

    Salam bos nk tnya sy ada bli scotter eletrik dgn org scooter x lite bila sy start ada bunyi zring je tpi x hidup pun motonya nk wt apa ya tuan klu blh tlong bgi pencerahan whatsapp sy ya sy x thu bab2 repair ni 0199097813

    Reply
  2. nadia says

    March 6, 2020 at 6:41 PM

    sy Nadia Dr sha alam penguna motor skuter avantiz nk tanya sikit kenapa lampu enjin x menyala dan start pun x mahu hidup tp stater berjalan guna manual pun sama jgk x mahu hidup.. blh bg tahu dgn sekadar segera

    Reply
  3. Amin says

    March 31, 2020 at 10:24 AM

    Motor yamaha R25 sya...bila tekan suis starter cuma bunyi cranks sje tp enjin x hidup....ape masalahnya...

    Reply
  4. Lipanbara says

    April 2, 2020 at 1:14 AM

    Salam tuan.. Ape masalah motor vf3i susah nak start sampai kan 30 pun tak boleh hidup..bila masa berjalan pula kekadang mati engine dengan sendiri

    Reply
  5. Hafizuddin says

    April 11, 2020 at 7:12 PM

    Relay dh tkar,dinamo pun dh tkar,tpi start x hdup jge........ape msalah

    Reply
  6. Mahathir Bin Md. Chulan says

    April 11, 2020 at 11:24 PM

    Fius untuk bateri motor sym vf3i 185cc saya terbakar. Masalahnya apabila saya gantikan yg baru nasih terbakar lagi. Boleh beritahu apa puncanya ? Motosikal saya ini tidak boleh dihidupkan enjinnya,buka suis tetapi tiada tindak balas/dipanel meternya bernyala neutral dsbnya. Tolonglah & bantulah saya
    TQ

    Reply
  7. Azizi says

    May 13, 2020 at 3:05 PM

    Salam tuan, sy pkai lc 135 v4, msalah nya, xstarter xjadi, tekan statter, mtr x hdup, kena start pkai kick jgk. Btri dh tukar. Xtahu, mslh ape. Blh tuan bantu sy

    Reply
  8. Nurain Fatihah says

    June 5, 2020 at 3:06 PM

    Assalamualaikum , saya ain . Motor skuter saya jenis nouvo lc135 pun susah nak start jugak, tapi batery baru cas ja , dia jadi macam lambat pickup tekan starter tapi tak bunyi apa pastu lepas 15minit macamtu try tekan balik baru boleh tu pun try banyak kali jugak baru ada bunyi , boleh bagitahu tak sebab apa ? 0124664797

    Reply
  9. izzuan says

    July 19, 2020 at 11:44 AM

    Selamat pg tuan.. moto sy yamaha avantis.. start x mahu hidup... tekan starter bunyi mcm nk hidup tp enjin x hidup2.. mcm mnyk x sampai tu... nk tekan lame2 takut starter rosak pulak... bateri baik.. moto dah pakai dlm 7 8 bulan...

    Reply
  10. Broha says

    July 29, 2020 at 3:11 AM

    Nak komen sikit je memandangkan ramai komen skuter taknak hidup.
    Yang pakai solariz/avantiz tu . Memang masalah normal dia dah. Aku pnye pun smpai skrg xhidup2.
    Boleh la bawa g bengkel cuba cek wiring/rectifier/coil magnet/coil plug. Kalau yang masalah tekan starter/pakai Kickstarter tak hidup2 jugak tu. Dia spark kejap ada kejap takde.. tapi aku dah tukar semua . Memang xtau apa masalah. So dah hantar yamaha terus. Biarlah kena ketuk harga pun. Menyusahkan je. Haha .
    Yg brader R25 Amin kt komen ni. Kot2 tengok semula sini . Nnt check socket rectifier. Hritu aku punya short situ.
    K panjang pulak membebel.

    Reply
  11. Nurul says

    August 2, 2020 at 5:28 PM

    Motor KTM tak hidup , kena jumper dulu bru boleh start .

    Reply
  12. Zam says

    September 1, 2020 at 3:30 PM

    Salam tuan nak tanya la..lagenda 115z start guna starter kadang senang,kadang susah hidup sampai 5 ke 6 kali start baru hidup,dinamo dah tukar baru,suis starter dah cuci,bateri baru,rally da check ok tak de masalah,umur motor dah 9 tahun

    Reply
  13. Ariff says

    December 22, 2020 at 6:17 PM

    Salam tuan... Nk tya ,bila sy nk start starter dia ada byi kat really ktik².. kadang² boleh hidup tp jarang sgt² nk hidup ,, really dh 2x sy tukar baru pn masih xjd jgk ,,model lc135 5speed, harap dpt pencerahan dari tuan yg budiman...

    Reply
  14. Abdul Rahman Osman says

    January 10, 2021 at 12:01 PM

    Asalamualaikum tuan, sy pakai moto Lagenda110. Masalahnya walau pun sy dah tukar battery baru tp ia cpt lemah. Guna starter mmg usah hidup . Jk guna kick starter ok je.
    Jk sy bejln jln agak jauh dan guna starter semula ia akn mudah hidup tp esok nya ia akn lemah semula.. Seloah olah battery bekenaan x simpan kuasa bila dicas.
    Mohon pencerahan tuan

    Reply
    • Abang GYL says

      January 10, 2021 at 10:07 PM

      Cuba semak semula bayeri baru dibeli.

      Reply
  15. Suhadan says

    January 23, 2021 at 10:33 PM

    Assalam saya pakai honda vario 150, masaalahnya masa mula start boleh hidup, tapi bila dah lama jln mati enjin start balik dah tak mau hidup, klu biar lama enjin sejuk sikit start boleh hidup, apa masaalahnya tuan

    Reply
  16. Rafiq says

    February 21, 2021 at 6:02 PM

    Admin Nak balas komen pun payah.. Admin tidur ke.. Semua masalah ni kalau admin cari yg senang2 soalan dan tdak berulang2 tolong lah bagi jawaban... Kita menunggu jawaban2 dari admin... Harap tolong lah jawab... I sinar dah nak keluar ni...😂

    Reply
  17. Fik says

    February 23, 2021 at 11:37 AM

    Assalammualaikum dan salam sejahtera bagi islam dan tidak islam saya nk bertanya sedikit pasal skuter vario150..apa punca ehh lampu break dgan stater tangan tidak berfungsiii..padahal on suiz semua saluran lampu semua nya menyala meter pun mnyalaa..tapi kat meter volt batery 12.4 selalu nya 14.4 keatas..hmm start start tak mahu berfungsi..adakah batery sudah kong ?

    Reply
  18. Bob says

    April 30, 2021 at 2:48 PM

    Salam nak tanya.batery baru tp starter lampu signal lampu brek n hon xleh guna .knp ye.

    Reply
  19. Aiman says

    November 3, 2021 at 6:40 PM

    Boss nak tanya, Saya punya starter motor tak boleh hidup selepas 3 minggu tak start motor. Saya ada tanya orang bengkel dia kata bateri lemah kena selalu bawak baru boleh guna balik. Betul ke ?

    Reply
  20. Shah says

    December 25, 2021 at 1:27 PM

    Salam bos.. saya nk tanya knapa ye moto sy ttiba padam masa tgh ride.... Padam gelap trus.. meter xmenyala langsung... Ap masalahnye eyh

    Reply
    • AO says

      January 5, 2022 at 7:49 PM

      Bawa ke bengkel. Kami pun tak tau sedara ride motor apa

      Reply
  21. eppy says

    March 14, 2022 at 10:31 PM

    salam bos.sy pakai honda rs150.moto sy bile off kunci masih lg hidup tp sangkut2.lame2 die mati sendiri.sekarang sy on kunci xde lampu meter.kenape bos.bateri dan moto starter sy br tukar 2minggu.

    Reply
  22. Adam says

    September 21, 2022 at 7:48 AM

    Salam..mto nvx Sy tiba2 xblh start..nk twist pun xleh..Sy dh caj btri n diorg ckp btri ok lg..lampu key Kat meter pun dh xnyala

    Reply
  23. Yazid says

    April 14, 2024 at 1:33 AM

    Saya ada scooter Suzuki nex kenapa ekk motor xbolehh nak start dgn x boleh berjalan terus,,puri depan ngan belting dhh tkaq selepas sya tkaq to dya jadi jem terus..saya pun dah jemm dh ni apa punca dya..

    Reply
  24. donaltrump says

    November 9, 2024 at 12:26 AM

    bang.. web ni idup lg ke?

    Reply
    • Azhan O says

      March 6, 2025 at 12:42 PM

      hidup je

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev