ABSORBER terbalik aka upside down (USD), dan teleskopik sekali pandang nampak macam serupa, tetapi kedua-dua jenis suspensi depan itu menawarkan ciri berbeza.
Asasnya, fungsi absorber ialah menyingkirkan getaran daripada impak permukaan jalan ke atas roda stereng (hendal), dan seluruh badan motosikal. Ada dua jenis absorber depan yang banyak digunakan motosikal pengeluaran hari ini: teleskopik (konvensional) dan USD.
Dalam istilah mat motor Malaysia, absorber depan biasanya disebut fork, manakala absorber pula dikhaskan untuk sistem suspensi belakang supaya kedua-dua komponen sama itu mudah dibezakan ketika bersembang. Faktanya, absorber ada di depan dan belakang, dan fork pula ialah istilah untuk komponen berbentuk serampang seakan garpu yang terletak di depan motor. Fahamkan?
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Fork Terbalik @ USD yang Perlu Anda Tahu
Absorber dalam bentuk kelongsong (cage) kali pertama digunakan pada 1935 pada dua model BMW R12 dan R17. Absorber teleskopik masih popular dan digunakan secara meluas hari ini kerana memiliki banyak kelebihan seperti kos murah, mudah dihasilkan dan boleh disesuaikan mengikut keperluan pelbagai jenis motosikal.
Fork teleskopik, bahagian stanchion, iaitu tiub kecil diletak atas slider atau kaki fork (rujuk gmbarajah atas) yang dipautkan pada syaf roda. Model kapcai popular seperti Yamaha Y15ZR atau Honda RS150R dipasangkan absorber teleskopik bagi mengurangkan kos pembuatan dan merendahkan harga jualan walaupun apabila sampai di kedai harganya tidaklah semurah mana.
Bagaimanapun, absorber telekospik ada kekurangan dalam menyerap dan mengurangkan getaran. Sebab itu sesetengah model motosikal, terutama prestasi tinggi atau kegunaan lasak, tidak menggunakan absorber jenis ini.
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu
Bagi motosikal moden, terutama model dirt bike, pengeluar memilih melengkapkan absorber USD untuk produk masing-masing kerana komponen tersebut mampu menyerap dan mengurangkan getaran lebih baik, sekali gus meningkatkan kelancaran pengendalian tunggangan.
Sama seperti material ringan digunakan absorber teleskopik, absorber USD juga ringan. Motosikal premium seperti BMW S1000RR, Yamaha R1 hingga model enjin kecil berkelas tinggi seperti Yamaha TFX 150, Honda CRF 150, masing-masing menggunakan absorber USD.
Absorber USD juga agak mahal dan memerlukan lebih penyenggaraan berbanding teleskopik. Disebabkan bahagian stanchion diletak di bawah, absorber jenis ini lebih mudah calar. Ia juag perlu kerap diperiksa dan disenggara untuk mengelak kebocoran yang dapat dikesan menerusi lelehan minyak.
BACA >>> #ApaNakBuat: 2 Cara Mudah Periksa Absorber Belakang, Perlu Ganti Baharu atau Tidak?
bennet says
fork usd saya ada minyak kluar..apakah masalah itu dan apa yg perlu saya ganti