• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Daimler Hairan Bagaimana Kim Jong-Un Boleh Ada Mercedes Maybach?

Daimler Hairan Bagaimana Kim Jong-Un Boleh Ada Mercedes Maybach?

April 29, 2019 By Han Othman Leave a Comment

612
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SYARIKAT induk Mercedes-Benz, Daimler AG mengaku tidak tahu bagaimana pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Un boleh memiliki limosin mewah Mercedes-Benz yang dinaikinya ketika bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin. Menurut Daimler, pihaknya tidak pernah menjalinkan urusan perniagaan dengan Korea Utara.

Jong-Un mengejutkan dunia apabila muncul dalam limosin Mercedes dalam beberapa sesi pertemuan antarabangsa, termasuk Putin. Sebelum itu dia dilaporkan berjumpa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Apa yang menghairankan, selain larangan jualan barang mewah, termasuk limosin, Korea Utara sebenarnya berdepan sekatan antarabangsa dikenakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikutan program pembangunan nuklear yang mencetuskan kebimbangan antarabangsa.

BACA >>> Mr Bean Mahu Jual Mercedes 500E Versi LHD dengan Enjin 5.0L V8, 326hp!

kim-jong-un-maybach-1
kim-jong-un-maybach-2
kim-jong-un-maybach-3

Jong-Un dilaporkan dijemput dua limosin ketika tiba di stesen kereta api Vladivostok, iaitu Mercedes Maybach S600 Pullman Guard dan Mercedes Maybach S62. Beliau juga dikatakan menggunakan S600 Pullman Guard ketika bertemu Trump di Singapura pada Jun tahun lalu dan di Hanoi pada Februari tahun ini.

“Kami benar-benar tidak tahu bagaimana kereta itu dihantar ke Korea Utara,” kata jurucakap Daimler, Silke Mockert.

Daimler AG, yang berpangkalan di Stuttgart, Jerman, ialah salah satu pengeluar automotif gergasi dunia yang menghasilkan pelbagai jenis kenderaan untuk jualan antarabangsa seperti di Eropah, Amerika Utara dan Selatan, Asia dan Afrika, tetapi tidak termasuk Korea Utara.

BACA >>> Diplomasi Volvo Lembutkan Korea Utara, Pyongyang Berhutang Lebih RM1.5b Kepada Sweden

“Kami tiada hubungan perniagaan dengan Korea Utara sudah lebih 15 tahun dan kami sangat patuh dengan peraturan embargo yang dikuatkuasakan Kesatuan Eropah (EU) dan AS.

“Bagi mencegah penghantaran ke Korea Utara dan seluruh kedutaan besar negara itu, Daimler melaksanakan proses pengawasan eksport menyeluruh. Bagaimanapun, jualan kenderaan pihak ketiga, terutama kendaraan terpakai, adalah di luar kawalan dan tanggung jawab kami,” kata Mockert lagi.

Related

612
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Daimler AG, Donald Trump, Kim Jong-Un, Korea Utara, Maybach, Mercedes Maybach S600 Pullman Guard, Mercedes Maybach S62, Mercedes-benz, Rusia, Silke Mockert, Vladimir Putin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev