• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Motosikal AJP dari Portugal Terjah Pasaran Dua Roda Malaysia, Tampil 4 Model Baharu

Motosikal AJP dari Portugal Terjah Pasaran Dua Roda Malaysia, Tampil 4 Model Baharu

April 27, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEGMEN dua roda dimeriahkan lagi dengan kehadiran jenama AJP yang bakal memberi saingan dalam segmen enduro di Malaysia.

Menerusi pengedarnya di Malaysia, AJP SEA Sdn Bhd, memperkenalkan empat model baharu dengan dua pilihan enjin, 250cc dan 600cc, iaitu:

  • AJP PR5 250 Enduro
  • AJP PR5 250 Extreme
  • AJP PR5 250 Supermoto
  • AJP PR7 600 Adventure

Diimport sepenuhnya (CBU) dari Portugal, anggaran harga jualan AJP PR5 250 bermula RM25,000-RM30,000, manakala AJP PR7 600 Adventure, RM55,000-RM60,000. Buat masa ini, orang ramai hanya boleh lihat dan menempah model ini di bilik pameran AJP Malaysia di Glenmarie, Selangor.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Kelajuan dan Bacaan Spidometer Moped Kerap Berbeza?

AJP PR5 250

Hadir dalam tiga varian, Enduro, Extreme dan Supermoto, AJP PR5 250 hadir dengan enjin 4-lejang silinder tunggal 250cc SOHC dengan transmisi klac manual 6-kelajuan berkuasa 30hp dan tork 27Nm.

Rekabentuk PR5 250 tampil ranggi. Ruangan roda hadapan didatangkan dengan tayar bersaiz 90/90 R21. Manakala roda belakang menampilkan tayar 120/90 R18.

BACA >> #TahukahAnda: Kenapakah Angka Spidometer Lebih Tinggi Berbanding Kelajuan Maksimum Sebenar?

AJP PR5 250 Supermoto Malaysia_PanduLaju_3
AJP PR5 250 Supermoto Malaysia_PanduLaju_1
AJP PR5 250 Extreme Malaysia_PanduLaju_3
AJP PR5 250 Extreme Malaysia_PanduLaju_1
AJP PR5 250 Enduro Malaysia_PanduLaju_1
AJP PR5 250 Enduro Malaysia_PanduLaju_2

AJP PR7 600 ADVENTURE


Sekiranya anda mahukan jentera lebih tahan lasak dan berkuasa, AJP PR7 600 Adventure mungkin yang dicari. Model advencer ini didatangkan dengan enjin 4-lejang silinder tunggal 600cc DOHC berkuasa 60hp dengan transmisi klac manual 6-kelajuan, sama sepertiPR5 250.

Dengan kapasiti tangki 17 liter model ini mampu memberikan perjalanan lebih jauh dengan satu isian penuh. Bahagian roda depan dipasangkan rim 21 inci yang dipadankan tayar90/90, manakala roda belakang rim 18-inci dengan tayar 140/80.

BACA >>> Honda CRF250L & CRF250L Rally 2017 Kini Di Malaysia - Harga Bermula RM24,378

AJP PR7 600 Adventure Malaysia_PanduLaju_5
AJP PR7 600 Adventure Malaysia_PanduLaju_4
AJP PR7 600 Adventure Malaysia_PanduLaju_3
AJP PR7 600 Adventure Malaysia_PanduLaju_2
AJP PR7 600 Adventure Malaysia_PanduLaju_1

AJP Malaysia
Keempat-empat model ini bakal memberi saingan buat segmen enduro lain di Malaysia. Persoalannya, mampukah jenama dari Portugal ini diterima peminat dua roda tempatan? Adakah mampu mencabar Honda CRF-250L, dan KTM 790 Adventure?

Maklumat lanjut mengenai AJP di Malaysia, layari ajpmotos.com.my atau laman Facebook facebook.com/ajpmotosmy.

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: AJP Malaysia, AJP PR5 250 Enduro, AJP PR5 250 Extreme, AJP PR5 250 Supermoto, AJP PR7 600 Adventure, AJP SEA Sdn Bhd, motor AJP, motor enduro

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev