• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Kuasai 30 Peratus Saham Modenas, Streetbike dan Sportbike Baharu Muncul?

Kawasaki Kuasai 30 Peratus Saham Modenas, Streetbike dan Sportbike Baharu Muncul?

April 26, 2019 By Han Othman Leave a Comment

6.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DRB-HICOM Berhad hari ini memeterai perjanjian dengan Kawasaki Heavy Industries, Ltd (KHI) untuk menjual 14,300,000 unit saham biasa dalam Modenas. Dengan perjanjian ini, KHI yang sebelum ini menguasai 19 peratus saham Modenas akan meningkatkan ekuiti kepada 30 peratus. Jualan saham itu ialah atas dasar persetujuan bersama antara pembeli dan penjual pada nilai RM40.3 juta.

KHI juga akan membeli 52,000,000 saham keutamaan boleh tukar (convertible preference shares - CPS) yang akan dikeluarkan Modenas. Apabila ditukar, pegangan ekuiti KHI dalam syarikat pengeluar motosikal nasional itu akan meningkat kepada 48 peratus.

CPS hanya akan ditukar tertakluk kepada Modenas mencapai beberapa tanda aras yang dipersetujui kedua-dua pihak.

BERI MANFAAT KEPADA MODENAS

Pengarah Urusan Kumpulan bagi DRB-HICOM, Dato’ Sri Syed Faisal Albar percaya struktur ekuiti baharu tersebut akan memberi manfaat kepada MODENAS.

“KHI memegang ekuiti dalam MODENAS sejak penubuhannya lagi. Ketika itu pun, produk mereka sudah membantu Modenas mencapai persada carta jualan di pasaran motosikal tempatan. Pegangan ekuiti lebih besar ini juga bererti KHI akan mengambil bahagian dalam operasi MODENAS, berbanding hanya sebagai pemegang saham.

"Saya yakin pengalaman dan kepakaran teknikal KHI akan membawa kepada suatu fasa produk lebih baik untuk pelanggan Modenas, terutama dalam segmen street bike dan sportbike”, kata Syed Faisal.

KHI mula mengeluarkan motosikal Kawasaki pada 1960, dan kini antara syarikat motosikal disegani di dunia. Produk pengeluar itu dihasilkan di beberapa kilang seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat (AS), Filipina, India, Thailand dan Indonesia, selain Jepun. Jenama Kawasaki juga mempunyai ramai peminat di Malaysia sejak mula dipasarkan di negara ini sekitar 70-an. Antara model popular ialah Ninja, Versys dan GTR.

MAHU BANGUNKAN PRODUK DOMESTIK

Syed Faisal berkata, hubungan sedia ada dengan KHI membolehkan kedua-dua pihak dapat bekerjasama dengan lebih berkesan untuk membangunkan produk pasaran tempatan. Beliau juga berpendapat populariti produk utama Kawasaki di Malaysia akan membantu Modenas.

“Kawasaki dan Modenas bukan tidak kenal sesama sendiri, maka sinergi kedua-dua kumpulan akan memastikan kerjasama dengan berkesan untuk membangunkan produk pasaran domestik. Rakyat Malaysia sudah lama menggemari produk Kawasaki, yang dikenali sebagai jenama global berkualiti dan ada rekod kukuh dalam arena sukan permotoran," katanya lagi.

Related

6.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Kawasaki, Modenas, saham

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my