• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Xiaomi Himo T1 - Moped EV yang Sangat Murah, Harga RM1.8k Sahaja

Xiaomi Himo T1 - Moped EV yang Sangat Murah, Harga RM1.8k Sahaja

April 26, 2019 By Aryon 2 Comments

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


XIAOMI nampaknya benar-benar serius mahu merancakkan pasaran kenderaan elektrik (EV). Pengeluar peranti pintar dan kelengkapan elektronik itu sebelum ini pernah melancarkan basikal elektrik, Himo C20 pada harga cuma AS$375 (RM1,500) dengan jarak perbatuan 80km.

Terbaharu, muncul pula Himo T1. Jika Himo C20 ialah basikal elektrik,  Himo T1 ini pula ialah moped EV yang juga didatangkan dengan harga cukup mampu milik, AS$450 (RM1,800) sahaja! Murahkan?

BACA >>> Xiaomi Perkenal Himo C20, Basikal Elektrik Bajet Rendah Harga RM1.5k Sahaja!

Himo T1 dilengkapkan lampu utama LED dan kluster instrumen digital penuh yang memaparkan maklumat seperti peratusan bateri, halaju, masa dan lain-lain. Moped ini dikuasakan bateri 14Ah dengan kapasiti cas 672Wh. Bagaimanapun, Xiaomi turut menawarkan bateri lebih besar, 28Ah sebagai pilihan tambahan.

Varian standard mampu ditunggang sejauh 60km, tetapi dengan bateri lebih besar, ia dapat pergi sejauh 120km untuk sekali cas penuh.

Tugas suspensi dijaga fork konvensional di depan dan dual spring di belakang, manakala sistem brek ialah jenis brek cakera di depan dan brek dram di belakang berserta brek jana semula menerusi motor  bergerak. Tiada angka kelajuan maksimum dan berat didedahkan, tetapi undang-undang baharu China tentang basikal EV menetapkan minimum 25kmj dengan berat sekurang-kurangnya 55kg. Jadi Himo T1 dijangka mematuhi angka diberikan.

BACA >>> SURU Scrambler - Moped Elektrik dengan Pedal Kayuh yang Boleh Ditunggang Off-Road

Sama seperti Himo C20, Himo T1 ialah produk buatan China dan tidak diketahui adakah dibawa masuk Xiaomi untuk pasaran Malaysia. Jika ya, harganya mesti meningkat lebih mahal.

xiaomi-himo-t1-3
xiaomi-himo-t1-1
xiaomi-himo-t1-2
xiaomi-himo-t1-4
xiaomi-himo-t1-5
xiaomi-himo-t1-6
xiaomi-himo-t1-7

SUMBER: ZigWheels

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kenderaan Elektrik (EV), Moped Elektrik, Moped EV, roda2, Xiaomi, Xiaomi Himo T1

Comments

  1. Blin says

    October 1, 2019 at 10:10 PM

    Jual di mana dengan harga ni saya nak beli

    Reply
  2. Hometown says

    May 23, 2020 at 11:42 PM

    I am interested.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev