• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Panigale V4 Nicky Hayden - Sempena Tribut Jentera Lumba Desmosedici GP12

Ducati Panigale V4 Nicky Hayden - Sempena Tribut Jentera Lumba Desmosedici GP12

April 26, 2019 By Aryon Leave a Comment

381
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA Mei 2017, dunia motosikal dikejutkan berita kematian bekas juara dunia kelas premier, Nicky Hayden yang bergelut kecederaan parah akibat dirempuh sebuah kereta ketika sedang berbasikal untuk latihan.

Sejak kematian tragik menimpa Kentucky Kid itu, banyak pihak daripada komuniti permotoran tampil menyatakan sokongan dan simpati. Misalnya, pemegang hak eksklusif MotoGP, Dorna Sports memutuskan merehatkan nombor milik pelumba itu di GP Amerika. Pihak berkuasa Kentucky pula membina tugu khas sempena memperingati mendiang di kampung halamannya, Owensboro, Kentucky, Amerika Syarikat.

BACA >>> Bekas Juara MotoGP, Nicky Hayden Meninggal Dunia

PANIGALE TRIBUTE, SATU UNIT SAHAJA

Satu lagi tribut buat Hayden datang dalam bentuk Ducati Panigale V4, dibikin bertemakan jentera GP12 yang pernah ditunggang legenda AS itu. Dibina MotoCorsa, juga pengedar Ducati berpangkalan di Portland, Panigale V4 edisi sepesial ini diubah suai  dari segi penampilan dan prestasi.

Ini dapat dilihat menerusi seragam motosikal dalam skema tiga warna, termasuk logo penaja, mengikut apa yang tertera pada Desmosedici GP12 ditunggang Hayden ketika bersama pasukan Ducati Team 2012. Berbanding seragam biasa yang menggunakan dekal, berupa pelekat yang ditampal pada badan motosikal, tetapi seragam tribut ini ialah buatan tangan.

Suspensi standard digantikan dengan Öhlins spesifikasi tinggi, R/T untuk fork, dan monoshock TTX berserta damper stereng. Superbike itu turut menerima kit klac kering V4 R dan set rim gentian karbon Superleggera BST dengan tayar Pirelli Diablo Supercorsa untuk berat jentera lebih ringan, manakala hamburan kuasa dilepaskan ekzos titanium jenis slip-on daripada Akrapovic.

Tambahan lain ialah indikator block-off cermin dan penyisih fender dengan signal terbina dalam, kedua-dua dari Futurismoto, termasuk komponen dimesin seperti set belakang, gad-tuil, pelana lumba, slider gandar, cermin depan lumba daripada katalog Ducati Performance.

BACA >>> Honda CBR1000RR SP2 WorldSBK Milik Nicky Hayden untuk Dijual, RM438k

Ini termasuk gad tumit gentian karbon, fender belakang, penutup tangki dan penutup swingarm serta beberapa aksesori Rizoma seperti penutup tangki dan bar belakang anod. Kemasan pula berupa nombor lumba Hayden #69 dan nombor siri 01/01 sebagai jentera khas tribut.

JUALAN UNTUK YAYASAN KEBAJIKAN

tugu-nicky-hayden-3
tugu-nicky-hayden-2
tugu-nicky-hayden-1

Jentera ini akan dilelong secara atas talian di laman eBay, tetapi tertera dengan harga 'Buy It Now', AS$69,000 (RM286,300), diambil sempena nombor lumba Hayden. Mungkin mahal di pasaran AS kerana harga Panigale V4 biasa di sana cuma AS$21,495 (RM89,200).

Namun apa yang bagusnya, semua duit jualan akan disumbangkan kepada Yayasan Nicky Hayden, iaitu badan kebajikan yang diseliakan peminat Hayden sendiri.

BACA >>> Nombor #69 Direhatkan untuk Mendiang Nicky Hayden di GP Amerika

Pengarah Urusan MotoCorsa, Jaime Rucklos berkata, Ducati mahu melakukan sesuatu yang istimewa buat Hayden dan Yayasan NH, dan cara terbaik difikirkan ialah menghasilkan motosikal tribut berasaskan seragam jentera MotoGP Ducati 2012.

"Sepanjang menjadi pelumba Ducati factory, beliau selalu mewakili jenama ini dan berikan impak positif kepada pelanggan dan pengedar seluruh dunia. Kami semestinya merindukan beliau," katanya lagi.

Related

381
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Dorna Sports, Ducati, Ducati Panigale V4 Nicky Hayden, MotoGP, Nicky Hayden, roda2, Tribut, Yayasan Nicky Hayden

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev