LOGIKKAH membandingkan naked bike dengan sportbike fairing penuh?
Kami yakin ini persoalan yang bakal dilontarkan di ruangan komen, tetapi tidak mengapa, kerana memang lebih mudah mengkritik daripada klik link dan baca. Hakikatnya, dalam segmen motosikal 250cc, harga dan kuasa masih jadi faktor utama yang diambil kira majoriti pembeli Malaysia.
Lebih-lebih lagi jika seseorang itu baru kali pertama mahu menaik taraf jentera 250cc, dan enjin dwi-silinder seakan jadi kewajipan untuk motosikal yang berharga sekitar RM20,000. Mengambil kira faktor inilah, kami rasa saingan sebenar Kawasaki Z50 (2019) yang baru dilancarkan beberapa hari lalu bukanlah Honda CB250R atau KTM 250 Duke yang dikuasakan nadi 1-silinder.
Jujur saja, anda tidak akan tunggu kehadiran Z250 baharu jika cuma mahukan naked bike 250cc kerana jentera itu sememangnya antara terbaik dalam kelas naked aras mula.
BACA >>> Perbandingan Rupa: Ottimo VIZ110 vs Honda RS150R yang Sama Tapi Tak Serupa
Bagaimanapun, pertembungan antara Yamaha R25 dan Z250 (dua model ini baru saja dilancarkan tahun ini), nampaknya sukar dielakkan walaupun dalam kategori berbeza. Nak tahu kenapa? Lihat sahaja senarai spesifikasi di bawah.
Z250 LEBIH BERKUASA, SELAMAT?
Pasti ramai peminat tahu, Z250 (2019) baharu dibina berasaskan Ninja 250 (2018) yang menerima banyak pembaharuan, terutama sekali rekabentuk enjin baharu dengan peningkatan kuasa puncak kepada 39hp @ 12,500rpm. Bagaimanapun, bagi model naked, kuasa maksimum dihadkan kepada 36.5hp dengan tork maksimum dikekalkan 23.5Nm @ 10,000rpm.
Menariknya, angka itu cuma sedikit tinggi daripada kuasa maksimum yang mampu dicapai R25 (2019) yang masih mengekalkan enjin sama dengan model sebelum ini. Mungkin bagi Kawasaki, itu sudah cukup untuk bersaing dan pada masa sama menjaga pasaran model sportbike mereka (Ninja 250) sebagai jentera suku liter paling berkuasa setakat ini.
Jadi dengan tambahan cuma RM2,000, bakal pemilik Z250 (2019) akan mendapat enjin yang sedikit lebih berkuasa, 'mungkin' tahan lasak (memandangkan enjin tidak dipaksa hingga keupayaan maksimum seperti Ninja 250), dan juga kelebihan dalam aspek keselamatan, kerana dibekalkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai standard, dan tiada langsung varian ABS untuk R25.
BACA >>> Yamaha R25 Facelift (2019) Kini di Pasaran, Harga RM19,998 - Sampai Kedai Berapa Pula?
Jika tujuan anda untuk tunggangan harian ke tempat kerja, sukar menolak bahawa Z250 (2019) baharu ialah pilihan yang lebih praktikal.
BUKAN KUASA, PRAKTIKALITI SEMATA-MATA
Namun, bukan semua peminat dan penunggang motosikal melihat kepada sudut praktikal semata-mata. Walaupun atas kertas ada sedikit kekurangan pada kuasa dan ciri keselamatan, R25 (2019) masih boleh dilihat sebagai sportbike aras mula yang sesuai dijadikan platform latihan sebelum menaik taraf kepada sportbike aras tinggi yang lebih liar.
Malah, jika anda sanggup membongkok setiap masa seperti pelumba, defisit kuasa R25 (2019) tidak mustahil dapat diatasi dengan posisi menunggang yang lebih aerodinamik (lebih membongkok berbanding model R25 sebelum ini). Jadi, jika top speed jadi isu, kami tidak menolak kemungkinan R25 masih mampu menggugat Z250 (2019) baharu.
Dengan bajet yang hampir sama, iaitu lebih kurang RM20,000, dan spesikasi kompetitif, pilihan muktamad akhirnya bergantung kepada cita rasa sendiri.
BACA >>> Yamaha R25 Baharu (2019) vs Lama (2014), Mana Satu Lebih Laju?
Jika anda peminat motosikal naked atas alasan lebih santai, anda pasti gembira apabila mengetahui Z250 (2019) baharu ini paling berkuasa dalam kelasnya, malah mampu menggugat pesaing daripada kelas sportbike. Sebaliknya jika minat anda tetap kepada sportbike fairing penuh, R25 (2019) masih antara sportbike aras mula paling berkuasa, lebih murah, lebih bergaya dan tidak salah dikatakan, lebih glamour.
Thanraj says
I'm going to buy this bike ^_^ Kawasaki Z250 ...But the thing that bothers me is this motorbike is suitable for 6 feet tall riders? Because of I never tried to get on one before. Need help on this.
Shahrul says
Hello Thanraj,is your concern is seat height,mostly entry level naked and sport bike is around that height,it doesn't matter how tall you is, as long as one of your feet can touch the ground, it need
practice along the way,hope this might help you,