• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Vox 125 - Street Tracker Ala Ducati Scrambler yang Cuma Ada Satu Unit di Indonesia

Vox 125 - Street Tracker Ala Ducati Scrambler yang Cuma Ada Satu Unit di Indonesia

April 24, 2019 By Aryon Leave a Comment

204
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODEL Vox 125 memang spesial kerana dibawa masuk Klasik Honda cuma satu unit sahaja, khas buat peminat motosikal neo klasik di Indonesia sebagai produk hobi. Ya, bayangkan pengedar rasmi Honda menjual produk motosikal buatan China. Pelik tapi benar.

Vox 125 sekali pandang mirip Scrambler Ducati dengan frem tiub dan subfrem aluminium terdedah dan memanjang serta bersambung dengan rak pelana. Absorber belakang daripada jenis tunggal sebelah, manakala swingarm menggunakan tiub ganda yang cukup tersendiri.

BACA >>> #BikinMotor: Ducati Panigale V4 Versi Streetfighter yang Mampu Buat Rusuk Bergetar

Lampu depan direka bulat, sesuai dengan imej model klasik, dan kapasiti tangki kacang menawarkan isian petrol 13 liter. Rekabentuk pelana juga klasik, manakala bar hendal diposisikan tinggi dan lebar seperti jentera dirtbike. Dimensi model seberat 123kg ini memiliki ukuran panjang 2015mm, lebat 770mm dan tinggi 1,085mm.

Antara ciri moden yang diadun bersama rupa klasik Vox 125 ini ialah sistem brek cakera di depan dan belakang. Brek depan didatangkan dengan kaliper radial yang ditambatkan pada fork terbalik (USD). Ciri lain ialah penghidup elektrik, lampu LED, panel meter digital dan rim jejari 17 inci.

Vox 125 buatan pengeluar dari China, Zhejiang Riya Motorcycles ini dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 125cc dan dijual pada harga Rp22.5 juta (RM6,593). Tak adalah mahal sangatkan?

BACA >>> #BikinMotor: Yamaha R15 Tekno dengan Penghidup Biometrik, Guna Pengimbas Cap Jari

Related

204
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: China, Ducati Scrambler, Indonesia, Klasik Honda, motosikal, roda2, street tracker, Vox 125, Zhejiang Riya Motorcycles

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev