SEMUA tahu tentang kehebatan Kawasaki Ninja H2 sebagai superbike paling berkuasa di dunia hari ini yang dijana kuasa induksi paksaan daripada enjin supercas. Tetapi jika anda lihat apa yang mampu dilakukan Suzuki Hayabusa, anda mungkin berfikir dua kali.
Ini belum lagi versi turbo kilang yang khabarnya akan dipasangkan pada Hayabusa serba baharu nanti. Namun, Hayabusa yang diubah suai kepada turbo bukanlah perkara asing di kalangan pemilik superbike Suzuki itu.
Bagi aksi lumba drag di bawah ini, tidak dapat dipastikan sama ada Hayabusa tersebut sudah diturbokan, tetapi deskripsi mendakwa jentera itu ialah versi turbo berkuasa 250hp. Adakah enjin lama Hayabusa masih relevan untuk menentang superbike era baharu seperti Ninja H2?
BACA >>> Suzuki Hayabusa Ucap Sayonara Selepas 20 Tahun, Beri Ruang Pengganti Baharu?
Namun atas kertas, Hayabusa (dengan label 1320 pada visor cermin) sudah tentu lebih berkuasa daripada Ninja H2, dengan ledakan kuasa turbo setinggi 250hp. Tetapi Ninja H2 pun bukan calang-calang superbike, kuasa dihasilkan ialah 200hp dengan berat jentera lebih ringan dan bersaiz lebih kompak. Jadi sedikit kuasa sudah cukup untuk melonjakkan model Kawasaki ini ke depan dengan pantas.
Faktanya, Ninja H2 langsung tidak diberikan peluang, malah berdepan masalah besar pada roda depan yang kerap wheelie setiap kali penunggang memulas terotel dengan keras. Ini secara tidak langsung menghilangkan traksi dan memperlahankan pecutan, sekali gus membuatkan Hayabusa meninggalkan jauh lawannya itu.
Hayabusa pula nampak begitu relaks, stabil dan bertenaga. Mungkin juga penunggangnya lebih berpengalaman. Mungkin keputusannya berbeza jika bantuan elektronik digunakan Ninja H2 untuk mengehadkan situasi wheelie berlaku, dan kawalan traksi (TCS) untuk berikan henjutan lebih baik.
BACA >>> Videotomotif: Kawasaki Ninja H2 vs Lightning LS-218, Siapa Juara Lumba Drag?
mandrem says
hayabusa Tu swing arm dh panjang Cuba h2R tu tukar swingarm panjang tengok cmne
Oji says
Berdasarkan kajian pemerhatian:
Wheelbase Hayabusa lebih memanjang dan rendah so gravity stability dia lebih dari H2, Tinggi dan pendek... thats why H2 tu kerap terpacak... so pada pendapat aku kalau H2 tu swingarm dia panjang takde masalah nak kitai walaupun HP sikit...
madi says
rider h2r noob, kalau tukar rider busa tu naik h2r,konfem busa tu kalah...
Pokmat says
Dua2 moto ni boleh kita well match..tp masalahnya skrg..busa tu drag ready setup vs street version kawa.. lowered front fork, long swing arm.. tayar blum tau lg tu