• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Renault EZ-FLEX - Van Kurier Elektrik Rekabentuk Kotak Unik yang Serba Praktikal

Renault EZ-FLEX - Van Kurier Elektrik Rekabentuk Kotak Unik yang Serba Praktikal

April 24, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

189
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEKALI pandang Renault EZ-FLEX, teringat pula Perodua Kenari. Siapa sangka kereta bentuk kotak boleh popular di negara kita dan sehingga kini masih ada yang model pengganti Kenari.

Kenderaan dengan rekabentuk begini memang popular di Jepun disebabkan praktikaliti, kadar cukai rendah, saiz dan sesaran enjin kecil ditawarkan.

BACA >>> Renault Megane RS di Malaysia, Harga Bermula RM279k, Langkawi Pula RM178k

KHAS PEMANDUAN URBAN

Renault EZ-FLEX (3)
Renault EZ-FLEX (4)
Renault EZ-FLEX (2)

EZ-FLEX dibangunkan Renault untuk pemanduan dalam bandar. Ukurannya kecil saja, iaitu 3.86 meter panjang, 1.65 meter lebar dan 1.88 meter tinggi. Saiz ini sangat baik untuk petak parkir kerana tidak memerlukan ruang besar. Ruang isian barang memberikan isian 3 meter padu (3,000 liter) yang dicapai melalui saiz kargo tinggi dan luas serta ditambah ruang pemandu bersaiz kompak.

Radius putaran stereng hanya 4.5 meter dan ini memudahkan pergerakan di mana-mana jalan bandar. EZ-FLEX sebenarnya dibina bagi memenuhi keperluan pengguna van kurier. Ini dapat dilihat pada bukaan pintu lebar, jarak pandangan luas dan kawalan pemanduan yang mudah dan ringkas.

Sebagai kenderaan elektrik (EV), EZ-FLEX mampu bergerak sejauh 100km dengan sekali isian cas penuh. Lebih menarik, Renault nampaknya serius dalam bidang kenderaan penghantaran kerana 12 unit EZ-FLEX akan dipinjamkan kepada agensi profesional, syarikat, pihak berkuasa tempatan dan majlis perbandaran di Eropah.

BACA >>> Ghosn Lepaskan Jawatan dalam Renault, CEO dan Pengerusi Baharu Dilantik

EKSPERIMEN SOSIAL

Renault EZ-FLEX (6)
Renault EZ-FLEX (5)
Renault EZ-FLEX (1)

Eksperimen ini dijangka berterusan hingga dua tahun. Data akan dicerap melalui sensor yang dipasang pada van kurier ini untuk memahami realiti penggunaan harian. Persoalannya, kenapa Renault mahu meneroka bidang ini?

Jawapannya, tahap urbanisasi global sedang meningkat dan dunia dipercayai akan mempunyai lebih 60 peratus populasi yang menginap di bandar menjelang 2030. Bayangkan pada masa itu kebanyakan kereta masih lagi jenis konvensional, ia bakal meninggalkan kesan tidak baik yang bukan saja kepada alam sekitar, tetapi juga masalah harian seperti parkir dan kesesakan lalu lintas, termasuk urusan logistik.

Bukankah memiliki sebuah van yang praktikal itu lebih baik?

BACA >>> Jualan Kenderaan Penumpang dan LCV Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Tewaskan VW, Toyota

Related

189
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Renault, Renault EZ-FLEX, Roda4, Van, Van Kurier

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev