BERMULA 1 Mei depan, syarikat insurans am, Allianz Malaysia, Allianz General Insurans Company (Malaysia) Berhad menawarkan perlindungan tambahan, Insurans Allianz Motorcycle Plus, khas buat motosikal kecil bersesaran 245cc ke bawah, yang juga pertama seumpamanya di Malaysia.
Premium insurans bagi Allianz (Komprehensif) adalah antara RM150 dan RM230, manakala Pihak Ketiga ialah RM70 hingga RM100. Perlindungan ini tanpa kos tambahan dikenakan kepada penunggang berikutan kebanyakan polisi insurans ketika ini adalah pada kadar hampir sama.
Ada dua pakej perlindungan ditawarkan:
ALLIANZ MOTORCYCLE PLUS (KOMPREHENSIF) - RM150-RM230
Pakej ini menawarkan perlindungan kemalangan RM5,000 (untuk kematian atau kecacatan kekal), pendapatan hospital RM50 sehari (hingga 60 hari) dan perlindungan jumlah diinsuranskan sepenuhnya untuk kes khas (perlindungan banjir, tanah runtuh atau bencana alam lain).
BACA >>> Polisi Insurans Khas Buat Pemandu Kurang Memandu (Maaf, di UK Sahaja)
ALLIANZ MOTORCYCLE PLUS (PIHAK KETIGA SAHAJA) - RM70-RM100
Pakej ini menawarkan perlindungan kemalangan RM5,000 (untuk kematian atau kecacatan kekal) dan pendapatan hospital RM50 sehari (hingga 60 hari) tanpa bayaran premium tambahan. Sebagai sebahagian kempen yang berlangsung 1 Mei hingga 31 Julai depan, semua pemegang polisi Allianz Motorcycle Plus baharu berpeluang memenangi enam unit kapcai SYM SM Sport 100cc.
Leave a Reply