KEHADIRAN Proton Persona 2016 dilihat berjaya mengubah persepsi buruk orang ramai terhadap jenama nasional ini.
Rata-rata memuji perubahan dan usaha keras yang dilakukan Proton dalam penghasilkan kenderaan lebih berkualiti serta mencapai standard global.
Saya lihat Proton kini sudah semakin berubah dan berusaha memastikan sedan segmen-B ini mencapai standard global untuk bersaing dengan model-model pesaing sedia ada.
Antaranya memiliki pelbagai ciri keselamatan terkini dan material yang digunakan sangat berkualiti dan tidak tampak murah. Paling penting, Proton dilihat benar-benar serius mahu meletakkan jenamanya dalam kelas tersendiri!
Kami juga akui cukup teruja dan kagum dengan tahap kesenyapan dalam kabin Persona 2016 atau NVH yang berada pada paras terbaik. Ini adalah hasil usaha keras jurutera Proton yang berjaya melakukan penambahbaikan termasuklah 3-poin mounting yang disendat dalam tubuh Persona 2016.
Kami juga sudah pandu uji Proton Persona 2016. Anda boleh baca semula ulasan pandu uji di SINI.
Cuma artikel kali ini kami ingin memberikan anda gambaran lebih jelas mengapa rata-rata suka pada Proton Persona 2016. Salah satunya adalah rekabentuk dan kualiti digunakan. Untuk itu, terimalah 84 foto Proton Persona 2016 yang mampu membuatkan anda terpikat melihatnya.
Leave a Reply