Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»800,000 Kenderaan Dijangka Masuk Negeri Sembilan Sempena Deepavali
Auto Terkini

800,000 Kenderaan Dijangka Masuk Negeri Sembilan Sempena Deepavali

SyafieBy Syafie13/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

800,000 kenderaan dijangka masuk Negeri Sembilan sempena Deepavali.

Polis menjangka 800,000 kenderaan memasuki Negeri Sembilan sempena Deepavali pada 20 Oktober ini, menunjukkan peningkatan sekitar 73 peratus berbanding 460,000 kenderaan pada hari biasa.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, peningkatan itu dijangka berlaku susulan cuti hujung minggu panjang yang turut disertai cuti tambahan dua hari yang diberikan Kementerian Pendidikan kepada warga sekolah.

Situasi itu dijangka menyumbang kepada aliran trafik lebih padat di laluan utama seluruh negeri.

279 Anggota Ditugaskan Sepanjang Ops Lancar

Bagi memastikan kelancaran trafik, 279 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan akan ditugaskan sepanjang Ops Lancar bermula 17 – 21 Oktober ini. Pemantauan dan rondaan akan dipertingkatk di:

  • 19 lokasi hotspot
  • Tiga kawasan blackspot seluruh negeri

Tindakan penguatkuasaan juga akan dijalankan sepanjang tempoh operasi tersebut.

Laluan Dijangka Sesak

Beberapa laluan utama dikenal pasti bakal mengalami kesesakan, iaitu:

  • Lebuh Raya Utara-Selatan (Nilai hingga Pedas-Linggi)
  • Lebuh Raya Kajang–Seremban (Pajam-Ampangan)
  • Jalan Seremban-Kuala Pilah
  • Jalan Seremban-Tampin

Nasihat Polis kepada Pengguna Jalan Raya

Orang ramai dinasihati supaya:

  • Merancang perjalanan lebih awal
  • Mengelak waktu puncak
  • Menyemak status trafik semasa melalui aplikasi seperti Waze, Google Maps atau saluran rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Alzafny turut mengingatkan pemandu supaya;

Sentiasa berhati-hati di kawasan tumpuan, pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan amalkan pemanduan berhemah. Gunakan lorong kecemasan hanya ketika kecemasan, kecuali di lokasi pengaktifan Smart Lane.”

SUMBER: AstroAwani

 

Auto Terkini Deepavali 2025 JSPT Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) negeri sembilan Ops Lancar
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nozel pam minyak
Auto Terkini

Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 Walaupun Harga Minyak Global Tidak Menentu

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.