Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»8 Sebab Kenapa Yamaha NVX 155 Lebih Mahal Berbanding NMAX?
Roda2

8 Sebab Kenapa Yamaha NVX 155 Lebih Mahal Berbanding NMAX?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


AMARAN: Artikel ini tidak dibayar dan bukan ingin mengampu HLYM. Berlapang dada dan  berfikir secara relevan dan logik!

Anda semua boleh menarik nafas lega kerana akhirnya Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) secara rasmi melancarkan model skuter supersport ke pasaran tempatan. Bagaimanapun, keterujaan sekian lama itu menjadi hambar apabila harga Yamaha NVX 155 tidak seperti dijangka.

Mungkin ada kalangan pengguna dua roda tempatan mengharapkan harga model tersebut tidak melebihi RM10,000. Tetapi, jangkaan itu jauh tersasar apabila HLYM mengumumkan harga NVX 155 – RM9,906 seunit!

YAMAHA NMAX
YAMAHA NVX

THAILAND, INDONESIA LEBIH MURAH?

Rata-rata pengikut setia dua roda tempatan menganggap harga jualan berkenaan agak mahal. Ini kerana mereka membandingkan harga NVX 155 di Indonesia dan Thailand (salahkan Kerajaan pun ada). Mudah saja, jika anda anggap harga itu satu pelaburan yang tidak berbaloi, gunakan kuasa pengguna yang ada.

Di Malaysia, masih banyak lagi tawaran jenama skuter lain. Sesungguhnya, pasaran bukan hanya bergantung kepada satu jenama. Masih banyak lagi pengeluar lain yang menawarkan produk skuter seperti Modenas, SYM dan Vespa.

Sebelum melatah lebih panjang, di sini penulis perjelaskan dahulu sebab kenapa NVX 155 lebih mahal berbanding NMAX. Secara peribadi, nilai yang dibayar adalah sepadan dengan spesifikasi dan teknologi ditawarkan. Bak kata pepatah, tepuk dada, tanya selera. 😉

BACA >>> Yamaha NVX 155 Kini di Malaysia – Harga RM10,500 Seunit

1. ENJIN SOHC DENGAN TEKNOLOGI VVA

NVX 155 dilengkapi enjin bersesaran 155cc SOHC, 4-lejang yang dipadukan dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA). Menurut Yamaha, teknologi VVA mampu meningkatkan respons enjin yang menyumbang kepada pecutan maksimum dalam kelajuan rendah hingga tinggi. Gabungan 4-lejang membuatkan pecutan semakin mantap dan ditambah pula teknologi Blue Core yang menjanjikan kecekapan bahan api.

2. SKRIN DIGITAL LCD 5.8 INCI

meter yamaha nvx 155 malaysia
Di tengah hendal tersedia skrin LCD berukuran 5.8 inci dengan paparan digital sepenuhnya. Ini salah satu sebab mengapa NVX 155 agak mahal kerana rata-rata skuter masih menggunakan speedometer analog. Sebagai perintis kepada ciri seumpama itu dalam segmen skuter, Yamaha merasakan mereka berhak menawarkan harga lebih premium, melainkan ada pesaing melakukan sesuatu.

3. LAMPU LED

Sistem pencahayaan depan dan belakang dipadankan dengan ciri LED untuk penglihatan lebih jelas. Ciri yang semakin digunapakai untuk menaikkan nilai premium sesebuah kenderaan. Sama juga seperti kereta, kehadiran lampu LED juga memberikan nilai ‘mahal’.

4. SISTEM KUNCI PINTAR (KEYLESS)

NVX 155 menggunakan sistem tanpa kunci yang mana pemilik hanya perlu menyimpan kunci pintar dalam kocek. Tiada lagi kunci untuk menghidupkan motor, cukup hanya memutar punat penghidup di sebelah kanan hendal dan jalan. Skuter ini juga dilengkapi ciri immobiliser yang anti kecurian.

5. CIRI ‘ANSWER BACK’

Pelengkap kepada ciri keempat ialah sistem ‘Answer Back’ yang memudahkan pemilik mengesan motosikal di kawasan parkir semudah menekan butang pada kunci pintar untuk membunyikan penggera. Walaupun bukan teknologi baharu, tetapi ciri ini masih berstatus ‘mewah’ dalam dunia motosikal. Samalah seperti sensor hujan pada kereta yang suatu masa dahulu cuma layak berada pada kereta Mercedes dan BMW. Sekarang sensor hujan ialah ciri biasa. Kunci ‘alarm’ mula masih elit dalam dunia motosikal.

6. SISTEM ABS

NXV 155 ditawarkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Sebagai makluman, motosikal yang dilengkapi ABS memerlukan penambahan kos kira-kira RM1,000 berbanding motosikal tanpa ABS.

BACA >>> #Videotomotif: Mampukah Ciri-Ciri Yamaha NVX 155 Ini Pikat Hati Anda?

enjin yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia

7. SISTEM ‘STOP & START’

Sistem Mula-Henti (Stop & Start) sangat berguna dalam penjimatan bahan api. Ciri ini berfungsi mematikan enjin secara automatik apabila motosikal berhenti, terutama di lampu isyarat. Bersama Sistem Penjana Motor Pintar, teknologi ini akan memastikan enjin motosikal dihidupkan kembali secara lembut dan senyap dengan hanya memulas sedikit terotel motosikal.

8. SOKET KUASA 12V

Soket mengecas telefon diletakkan dalam ruang simpanan mini di sebelah kiri hendal. Alasannya sama, walaupun bukan benda baharu, tetapi ciri tersebut masih berstatus mewah. Yamaha pastinya ada sasaran kelompok pembeli tertentu bagi skuter ini.

Kita juga seharusnya faham dengan hukum pasaran, mana-mana pengeluar yang menjadi perintis kepada apa saja teknologi atau ciri baharu (walaupun di negara lain bukan lagi benda baharu) adalah penyebab utama yang mempengaruhi harga selain tuntutan pasaran dan desakan pesaing. Pasaran yang sebenarnya akan menentukan di mana NVX 155 seharusnya berada.

BACA >>> Jika Benar Ini Moped Kawasaki 175cc, Senang-Senang Boleh ‘Tapau’ Y15ZR & RS150R

harga nvx dan nmax Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) kenapa yamaha nvx 155 mahal motosikal nvx vs nmax roda2 skuter skuter yamaha Yamaha Yamaha NMAX Yamaha NVX 155
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
View 13 Comments

13 Comments

  1. Umair on 14/07/2017 08:01

    Kebanyakkan ciri yang ada pada skuter ni tidak diperlukan sangat seperti port mengecaj paparan lcd ,sistem keyless dan answer back..boleh saja model standard yang memadai dengan spesifikasi enjin yang sama serta rupa bentuk sama sudah cukup memuaskan peminat motosikal skuter sport seluruh Malaysia .Tambahan pula, boon siee honda sudah mengemudi kebanyakan teknologi seperti start stop sytem serta remote key sebelum yamaha mengeluarkannya untuk pasaran.Kuasa pengguna ya betul ada.tp trend harga ini sesuatu yang tidak sihat dan perlu dihentikan kerana menjadikan skuter pengangkutan yang eksklusif dan bukan seperti moped yang dekat di hati rakyat Malaysia.

    Reply
    • KamarulXY on 07/01/2019 14:28

      Boon Siew Honda PCX pun harga neraka

      Reply
  2. Awanglokan on 14/07/2017 18:14

    Yamaha ni sebnarnya xlju dn cuma rupanya aja mengncm tengok 150 mopednya hampat taik palat punya puihhhh mujur aku xbeli xlju wehhh puihhhh

    Reply
  3. Badrul Asri Bin Abdul Razak on 15/07/2017 05:35

    heran jugak… kat Thailand dan Indonesia tu depa takda ke model spec tertinggi macam kita disini? semua gajed gajed dan ABS depa yang murah takda quality? wah untung lah kita.pasal kita yang perkenalkan mustilah quality yang kita punya NVX lagi canggih.
    saya nak tunggu 3bulan selepas pelancaran.berapa bijik yg akan datang complain puley atau dekat tayar belakang ada bunyi bising.memang scooter idaman saya NVX ni..tapi seperti yang di perkatakan… tepuk dada tanya selera + poket ada tebal tak

    Reply
  4. ANON on 15/07/2017 08:43

    Harap Yamaha Motor masuk Malaysia betul2, honda pun. 3rd party mcm hong leong ke boon siew ke memang makap lebey laaa. Padahal bukan CBU pun. Pasang asean je. Semua dah kaya nak kaya lagi.

    Reply
  5. chot on 08/09/2018 13:24

    kena masuk kan ciri shiftgear so senang nak drop gear

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.