Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»70 Peratus Tiket Tren ‘MySawasdee Edisi Penang’ Terjual Hari Pertama Pelancaran
Auto Terkini

70 Peratus Tiket Tren ‘MySawasdee Edisi Penang’ Terjual Hari Pertama Pelancaran

SyafieBy Syafie30/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERKHIDMATAN tren MySawasdee Edisi Penang yang menghubungkan Stesen Butterworth dan Hat Yai mendapat sambutan menggalakkan, dengan 70 peratus tiket terjual pada hari pertama pelancaran.

Ketua Tugas-Tugas Khas (Hal Ehwal Antarabangsa) KTMB, Roshidi Yahaya, 360 tiket disediakan untuk setiap perjalanan sehala dan pencapaian jualan tinggi menunjukkan minat besar daripada penumpang.

Perkhidmatan khas ini diperkenalkan sebagai percubaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang akan beroperasi hingga 5 Januari depan. Laluan tersebut memberi peluang kepada penumpang untuk menikmati perjalanan tanpa perlu menukar tren, sekali gus menjadikan lebih mudah dan selesa.

Menurutnya, tujuan percubaan adalah menilai permintaan dan menyelidik potensi perluasan perkhidmatan ke destinasi lain dalam rangkaian State Railway of Thailand (SRT) pada masa depan.

Setiap perjalanan tren menawarkan tambang RM45 sehala melibatkan beberapa stesen utama di Semenanjung Malaysia seperti:

  • Bukit Mertajam
  • Sungai Petani
  • Alor Setar
  • Arau
  • Padang Besar

Waktu perlepasan dari Butterworth adalah jam 7.40 pagi dan dijangka tiba di Hat Yai sekitar jam 12.05 tengah hari waktu Thailand. Tren pulang dari Hat Yai pula dijadualkan berlepas jam 3 petang waktu Thailand dan tiba di Butterworth pada 9.45 malam.

SUMBER: FB KTMBerhad

Auto Terkini Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) State Railway of Thailand (SRT) Tren MySawasdee Edisi Penang
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.