Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»7 Sebab Kenapa Anda Wajib Turun Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Racing di JB
Auto Terkini

7 Sebab Kenapa Anda Wajib Turun Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Racing di JB

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Toyota Gazoo Racing MAEPSKEPADA anda yang ingin bertemu selebriti tempatan dan melihat model Toyota lebih dekat, jangan lepaskan peluang berkunjung ke Festival Perlumbaan Toyota GAZOO Racing (TGR) di Medini City, Johor Bahru bermula Jumaat dan Sabtu ini.

Pengunjung yang hadir juga berpeluang menyaksikan acara utama dalam Festival Perlumbaan TGR, iaitu TGR Vios Challenge yang kini memasuki siri pusingan ketiga. Jadi, apakah yang menarik tentang Festival Perlumbaan TGR di Johor Bahru?

1. MASUK PERCUMA

Masuk percuma bagi semua acara sepanjang  Festival Perlumbaan TGR. Semua aktiviti  bermula jam 9 pagi hingga 6.30 petang. 

2. TEMUI SELEBRITI KESAYANGAN DAN SWAFOTO BERSAMA

Jangan lepaskan peluang menemui dan berikan sorakan kepada pelumba selebriti kesayangan anda yang turun sebagai pelumba dalam saingan Vios Challenge kelas Promotional seperti Fattah Amin, Shukri Yahaya, Diana Danielle, Janna Nick, Geraldine Gan, Danny Koo, Venice Min dan Shawn Lee. Anda juga berpeluang berjumpa pelumba selebriti itu pada sesi ‘Meet and Greet’.

Kepada kaki drama TV, anda boleh menemui artis bas jelajah Media Prima daripada siri TV, Drama Sangat seperti Nazrief Nazri, Intan Najwa, Adiba Yunos, Aishah Azman, Raja Afiq, Ruhainies, Zie Zainal dan Aliff Yasraff yang akan turut serta dalam acara TGR.

Kanak-kanak juga tidak ketinggalan kerana Ejen Ali bersama kucingnya, Comot turut bersama sepanjang acara ini berlangsung.

3. BAWA PULANG TOYOTA VIOS SPORTS EDITION

Jangan lepaskan peluang berkunjung ke reruai (booth) disediakan. Sertai peraduan dan permainan dianjurkan untuk membawa pulang pelbagai hadiah dan cenderahati menarik. Bagi acara cabutan bertuah, UMW Toyota Motor berbesar hati menawarkan seunit Toyota Vios Sports Edition kepada pengunjung bernasib baik.

Caranya mudah saja, anda cuma perlu hadir ke Karnival Perlumbaan TGR dan mengisi borang sambil menjawab beberapa soalan mudah. Setiap borang dengan jawapan betul secara automatik layak membawa balik Toyota Vios Sports Edition yang diberi penggayaan sama seperti jentera lumba Vios Challenge.

BACA >>> Toyota Vios Sports Edition Kini Sedia Ditempah – Harga RM85,300

4. BOLEH SENTUH, TENGOK C-HR?

Peminat Toyota juga berpeluang mendekati model terkini pengeluar itu seperti Vios (2018). Paling menarik perhatian tidak lain dan tidak bukan ialah C-HR yang baru saja dibukakan tempahan kepada pembeli di Malaysia. Lebih menarik, sesi pandu uji turut disediakan kepada pengunjung yang datang. Jadi, jangan lepaskan peluang melihat model SUV yang paling dinanti-nantikan itu.

Toyota C-HR Penang5. ADA 40 PELUMBA BERENTAP KEJAR KEJUARAAN

Selain kategori Promotional yang terdiri daripada pelumba selebriti, Vios Challenge turut disertai 10 pelumba profesional terbaik yang akan berentap dalam kategori Super Sporting, dan 17 pelumba campuran antara amatur dan profesional dalam kategori Sporting.

Kategori Sporting bakal menampilkan aksi menarik daripada pelumba baharu bersama beberapa pelumba tanah air seperti Datuk Ken Foo, Brendan Anthony, Patrick Tam, Keneeth Koh, Jackson Tan dan ramai lagi bagi berentap menjadi juara dalam Vios Challenge.

Pelumba profesional pula terdiri daripada Keifli Othman, Boy Wong, Kenny Lee, William Ho, James Veerapan, Syafiq Ali, Mark Darwin, Mitchel Cheah, Rocky Seow, Akina Teo dan Tengku Djan Ley.

6. ENJIN STANDARD, KOMPONEN TERHAD

Semua pelumba dalam setiap kategori akan memandu model Vios yang perlu mematuhi peraturan ditetapkan pihak Toyota Racing Development (TRD) dan tidak modifikasi tambahan dibenarkan. Ini bermakna spesifikasi setiap jentera lumba adalah sama yang menggunakan komponen dan alat ganti perlumbaan daripada TRD, seperti sistem ekzos, suspensi dan kit aerodinamik.

Spesifikasi enjin adalah standard, manakala rim, tayar dan bahan api menjadi bahan kawalan yang dibekalkan penganjur sepanjang perlumbaan. Pengurusan dan peraturan perlumbaan pula berasaskan peraturan ketat Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan di bawah pengawasan Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

Toyota Gazoo Racing Johor Bahru7. AKSI DRIFTER DITERBANGKAN KHAS DARI JEPUN

Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan drift dan skil memandu juara dunia dari Jepun, Masato Kawabata dan Drift Samurai Takahiro Imamura. Pasangan itu akan melakukan aksi drift selama 30 minit setiap hari sepanjang karnival berlangsung dengan memandu Toyota 86.

Sebarang perkembangan terkini, maklumat acara dan lain-lain perkara berhubung Festival Perlumbaan TGR dan TGR Vios Challenge, sila lawati laman rasmi Toyota GAZOO Racing Malaysia, atau ikuti akaun Instagram dan Facebook disediakan. 

Festival Perlumbaan Toyota GAZOO Racing (TGR) TGR Vios Challenge Toyota Toyota C-HR Toyota Gazoo Racing (TGR) Toyota Gazoo Racing JB Toyota Gazoo Racing Johor Bahru
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.