Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»7 Fakta Pantas | Isuzu D-Max X-Series Edisi Terhad di Malaysia – RM118k, 210 Unit Sahaja
Auto Terkini

7 Fakta Pantas | Isuzu D-Max X-Series Edisi Terhad di Malaysia – RM118k, 210 Unit Sahaja

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/07/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ISUZU Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan Isuzu D-Max X-Series edisi terhad yang berkonsepkan sport urban dan dikeluarkan dalam 210 unit sahaja.

Ada beberapa penambahbaikan ditampilkan Isuzu dalam menyerlahkan personaliti trak pikap edisi istimewa ini:

1. Penambahbaikan luaran, termasuk skirt depan atletik bercat merah dengan kemasan dwi tona untuk penampilan lebih menarik, manakala skirt belakang sporty direka bersama bar sport aero.

2. Kemas kini aksesori lain termasuk tulisan logo Isuzu berwarna merah eksklusif pada but belakang dengan lambang X-Series. Bahagian depan didatangkan dengan gril kelabu dan logo Isuzu merah.

3. Menyerlahkan imej X-series berbanding model standard ialah pelekat jalur sporty atas bonet dan cermin depan.

4. D-Max X-series Edisi Terhad ini dilengkapkan lampu aluan (welcome lights) sebagai ciri standard. Lampu itu akan menyala apabila kunci kereta dibuka, dan lampu sorot putih terus diaktifkan dan dilimpahkan pada permukaan jalan selama 30 saat.

5. Trak pikap ini juga dilengkapi lampu LED merah dalam kabin dan LED iluminasi pada sil pintu bagi meningkatkan sentuhan premium buat pemandu dan penumpang. Lampu merah akan menyala sebaik saja pintu dibuka dan dikunci, sekali gus membantu meningkatkan kejelasan dalam kabin ketika gelap.

6. Aksesori standard lain ditawarkan ialah sistem Monitor Pandangan Keliling (AVM) 360º, taq elektronik (Touch ‘n Go) siap terbina dan kerusi kulit dengan sulaman paten sarang lebah. AVM ialah ciri bantuan pemanduan baharu yang menggunakan 4 kamera luar untuk membantu pemandu melihat objek sekeliling kereta.

7.  Ditawarkan dalam 2 pilihan warna: Silky Pearl White (putih) dan Stallion Black Metallic (hitam). Harga D-Max X-Series edisi terhad ini ialah RM118,000 (2.5L) dan RM124,000 (3.0L). Setiap pembelian didatangkan dengan pek premium, terdiri daripada beg silang X-Series eksklusif, bekas air, rantai kunci dan kad Touch ‘n Go.

GALERI
Isuzu Isuzu D-Max Isuzu D-Max X-Series ISUZU Malaysia Sdn Bhd pikap trak
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Stesen minyak Petron
Auto Terkini

Petron Malaysia Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.