Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»6 Situasi Kurang Enak yang Penunggang Motosikal Kena Hadap Setiap Hari
Auto Terkini

6 Situasi Kurang Enak yang Penunggang Motosikal Kena Hadap Setiap Hari

ZYBy ZY10/11/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBAGAI penunggang motosikal sepenuh masa, memang seronok melihat pengguna jalan raya lain tersangkut berjam-jam lama di tengah kesesakan lalu lintas, sebaliknya anda pula dapat mencilok sana sini dan sampai ke destinasi yang mahu dituju.

Tapi aku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.”

Berikut adalah 6 perkara kurang enak yang terpaksa dihadapi hampir semua penunggang motosikal seperti kita semua.

1. Sarung Sut Keselamatan yang Leceh


Melainkan anda jenis yang main redah saja, mengenakan sut keselamatan memang mengambil masa. Ada sut yang perlu dipakai mengikut turutan. Misalnya, helmet dengan pengikat keledar D-ring hanya boleh dipakai sebelum mengenakan sarung tangan. Jika tersilap urutan, jenuhlah pula kena buka dan sarung semula.

BACA >>> Tip Pilih Helmet [SIRI 1]: Ketahui Jenis Helmet Pilihan Anda

2. Gatal Ketika Menunggang


Sudahlah leceh mahu kenakan sut keselamatan. Apabila tayar sudah bergolek, masa itulah sindrom gatal mula menyerang. Memang azab rasanya, lagi-lagi kepala. Tapi, takkan nak garu helmet pula?

3. Dilibas Tali Helmet atau Beg Galas


Sesetengah helmet atau beg galas mempunyai tali strap yang terlebih panjang. Jika tidak diikat kemas, memang boleh lebam kena libas. Lebih-lebih lagi ketika menunggang laju.

BACA >>> Tip Pilih Helmet [SIRI 2]: Ketahui 5 Kriteria Penting Ini Sebelum Beli Helmet

4. Panas ‘Berkicap’


Panahan matahari terik membuatkan suhu persekitaran mencecah lebih 30°C. Tambahan pula jasad terperangkap dalam sut keselamatan yang pastinya membuatkan ‘peluh berkicap’ membasahi badan. Sudahnya, sampai ke ofis memang cari surat khabar buat kipaslah jawabnya.

5. Perubahan Cuaca Tidak Dijangka


Melihat cuaca cerah, anda tidak teragak-agak meneruskan perjalanan tanpa membawa baju hujan. Tetapi, apabila sudah berada atas jalan, hujan mencurah-curah pula. Memang tidak boleh berpatah balik, melainkan cepat-cepat berhenti bawah jambatan.

6. Pemandu Teragak-Agak


Walaupun kerap kali diingatkan tentang kepentingan membaca situasi, kadangkala tindak balas pemandu kenderaan lain sukar dijangka. Mungkin mereka tidak melanggar anda secara langsung. Tetapi, reaksi spontan anda mengelak turut mendedahkan diri kepada kemalangan yang lebih serius.


* Ada lagi pengalaman kurang enak sepanjang menunggang motosikal yang biasa anda hadapi? Kongsikan dengan kami di ruangan komen. 😀

autotainment motosikal roda2 situasi penunggang perlu hadap
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Roda2

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 untuk Jepun Guna Transmisi AMT!

05/03/2026

1 Comment

  1. Zull Arai on 22/01/2020 11:22

    Ada lagi dua pengalaman kurang enak, iaitu keadaan silau matahari dan anjing yang berkeliaran dan kadangkala mengejar penunggang, tak jarang juga anjing tersebut menyebabkan kemalangan kepada penunggang….

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.