Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»500 Pelanggan BHPetrol eCard Saksikan Konsert Mini Alif Satar & The Locos Secara Eksklusif!
Auto Terkini

500 Pelanggan BHPetrol eCard Saksikan Konsert Mini Alif Satar & The Locos Secara Eksklusif!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/11/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SERAMAI 500 individu bertuah menjadi tetamu eksklusif untuk menyaksikan Konsert Mini Alif Satar & The Locos secara langsung di Pusat Beli-Belah MyTOWNKL di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Persembahan waktu tengah hari itu menyaksikan Alif Satar selaku Duta Rasmi Jenama BHPetrol dan kumpulannya, The Locos memberi persembahan bertenaga, pengalaman unik dan secara personal kepada 500 jemputan yang juga pemegang setia BHPetrol eCard.

Bukan itu saja, BHPetrol turut memberi peluang keemasan kepada 100 pemegang kad eCard untuk sesi Meet & Greet dengan Alif Satar & The Locos selain menerima bag mengandungi barangan eksklusif disediakan BHPetrol.

Konsert mini itu adalah salah satu acara khas persembahan dekat yang dianjurkan kepada tetamu jemputan eksklusif untuk  merapatkan lagi ikatan persahabatan dan penghargaan daripada BHPetrol buat pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BHPetrol, Ir Azizul Azily Ahmad berkata;

Kami sangat teruja menganjurkan Konsert Mini Alif Satar & The Locos untuk ahli-ahli pemegang setia kad eCard. Konsert ini dianjurkan khas untuk berterima kasih kepada ahli-ahli eCard kerana kepercayaan dan kesetiaan berterusan terhadap jenama kami.

“Ia suatu perasaan mengembirakan melihat ikatan kuat antara Alif dan peminat beliau, dan kami berbangga dapat memberi ganjaran kepada pemegang eCard kami dengan pengalaman yang cukup bermakna.”

Alif pula berkata;

Membuat persembahan kepada ahli-ahli pemegang kad BHPetrol sememangnya pengalaman menakjubkan. Saya sangat berterima kasih kepada BHPetrol untuk peluang ini dan teruja berkongsi persembahan bermakna dan personal kepada pelanggan setia mereka.”

Konsert Mini Alif Satar & The Locos adalah antara pelbagai cara BHPetrol meneruskan penghargaan terhadap kesetiaan ahli Loyalty eCard, menawarkan pengalaman eksklusif dan ganjaran sepanjang tahun.

BAGAIMANA JADI AHLI eCARD BHPETROL

Kepada mereka yang mahu memiliki aplikasi BHPetrol eCard dan tidak mahu melepaskan tawaran program eksklusif dari BHPetrol, anda boleh memuat turun aplikasi pada telefon pintar masing-masing menerusi pautan di bawah:

  • Pengguna Peranti Apple
  • Pengguna Peranti Android
Auto Terkini BHPetrol BHPetrol eCard Ir Azizul Azily Ahmad Konsert Mini Alif Satar & The Locos Pusat Beli-Belah MyTOWNKL
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.