• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / 5 Tip Dikongsi Juara Rali Ini Mampu Bantu Anda Memandu Lebih Baik

5 Tip Dikongsi Juara Rali Ini Mampu Bantu Anda Memandu Lebih Baik

June 17, 2016 By Azhan O 1 Comment

696
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMINAT sukan lumba rali pasti sudah biasa mendengar nama Antoine L’Estage. Beliau ialah juara rali asal Kanada yang sudah memenangi Kejuaraan Rali Kanada (CRC) sebanyak lapan kali, termasuk menaiki podium sebagai juara enam tahun berturut-turut.

Di bawah ialah tip memandu yang dikongsi L’Estage khas kepada umum. Walaupun pemanduan di laluan atau trek off-road jauh berbeza dengan jalan raya biasa yang berturap, tetapi tetap sama dari segi kemahiran dan kepekaan diperlukan. Jangan lupa praktikkan semua tip di bawah ini:

1. JANGKAAN

Antoine-LEstage-iii
Jangkaan adalah amat penting ketika memandu. Mengetahui apa di hadapan, apa yang mungkin berlaku dan bersedia untuk bertindak adalah sangat penting. Dalam perlumbaan rali, cengkaman dan permukaan boleh berubah dalam masa beberapa saat.

Di atas jalan raya, situasi sama juga boleh berlaku, terutama ketika cuaca buruk seperti salji (atau hujan lebat). Mengetahui bagaimana permukaan jalan berubah dan bagaimana bertindak akan membantu anda memberi respon pantas ketika memandu. Jika pemandu sentiasa menitik beratkan hal jangkaan semasa memandu seharian, sudah pasti insiden perlanggaran jarang berlaku. Segalanya adalah tentang sentiasa bersiap sedia.

2. RASAKAN CENGKAMAN


Memang penting, membuat jangkaan tentang keadaan yang boleh berubah, tetapi kemampuan merasai perubahan dan bagaimana ia mempengaruhi cengkaman kereta juga sangat penting. Pemandu tidak selalu merasakan cengkaman dalam keadaan berbeza dan hanya mengagak atau meneka tentang apa yang mungkin berlaku.

Misalnya, di bawah salji ialah ais, aspal dan air. Tanpa mengetahui keadaan ini, mustahil anda dapat mengetahui berapa banyak daya membrek, memecut dan cengkaman membelok yang dimiliki. Cara terbaik untuk merasai cengkaman adalah cuba mengurangkan tekanan brek ketika berhenti dalam keadaan tidak pasti, supaya dapat mencari titik di mana cengkaman berakhir dan tayar mula menggelincir.

Jangan hanya terus menekan brek. Perkara sama apabila memecut daripada situasi henti atau memasuki selekoh, terus saja gunakan terotel dan brek dengan yakin dan lancar untuk memaksimumkan cengkaman. Anda mudah kehilangan traksi jika teragak-agak atau terlalu gopoh dengan pedal.

3. KONSENTRASI DAN FOKUS


Perkara ini memang kerap didengar, tetapi penting bagi anda memberikan perhatian terhadap apa yang dilakukan di sebalik roda. Pemandu mesti tahu ke mana mereka mahu pergi dan apa yang sedang kereta lakukan. Ramai orang tidak fokus 100 peratus ketika memandu dan situasi begini bertambah buruk saban tahun.

Konsentrasi penuh sangat penting apabila memandu rali bagi mengekalkan pemanduan dalam trek dengan pelbagai halangan muncul yang kadangkala berjarak beberapa inci sahaja. Namun, jika disebabkan kelajuan lebih perlahan ketika memandu biasa, itu tidak bermakna fokus anda perlu dikurangkan. Konsentrasi atas  setiap tugasan dilakukan mampu menjadikan anda pemandu yang baik.

4. REHAT SECUKUPNYA

Antoine L’Estage
Dalam perlumbaan, sangat penting untuk anda sihat dan mendapat rehat secukupnya kerana anda perlu menggunakan tenaga sepenuhnya dan fokus yang betul, terutama malam. Berlumba sememangnya sukan yang menuntut tenaga dan adrenalin tinggi, di mana setiap deria anda perlu aktif dengan persekitaran sepanjang kejuaraan berlangsung. Ia tugasan yang sangat meletihkan.

Situasa sama juga berlaku apabila anda memandu di jalan raya. Selama mana anda menghabiskan masa memandu, selama itulah prestasi diri anda merosot sedikit demi sedikit. Pada malam, penglihatan anda terhad dan ramai pemandu mudah letih dan goyah atau hilang fokus. Jadi, sentiasa berhati-hati, rehat secukupnya dan bersiap sedia tidak kira di mana saja anda memandu.

5. SIAP SEDIA KERETA ANDA

Pemandu terbaik di dunia tidak akan memenangi mana-mana kejohanan rali jika kereta mereka tidak disiapkan dengan baik mengikut kondisi jalan atau trek. Memandu atas laluan kotor, kerikil, ais dan salji memerlukan pilihan tertentu dari segi tetapan tayar dan casis.

Walaupun anda tidak perlu mengubah suai kereta anda setiap hari, usaha memastikan tayar dan bendalir yang betul digunakan dalam fasa tertentu adalah amat penting. Anda memerlukan tayar salji jika memandu ketika musim sejuk. Ini termasuk memastikan semua jadual penyenggaraan anda dikemas kini supaya kereta anda dapat beraksi pada tahap terbaik.

SUMBER: Autoguide.com

Artikel Berkaitan

696
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Antoine L’Estage, autotainment, pelumba rali Kanada, tip automobil, tip memandu, tip memandu terbaik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
    Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
  • Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
    Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my