Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»5 Tip Elak Motosikal Kena Curi yang Mesti Mat Motor Buat!
Autotainment

5 Tip Elak Motosikal Kena Curi yang Mesti Mat Motor Buat!

AryonBy Aryon04/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


DILEMA pertama seorang penunggang sebaik saja memegang kunci motor ialah tentang keselamatan motosikal. Kalau turun bertanya mat motor secara rawak di jalanan, pasti ada saja kalangan kita yang pernah mengalami pengalaman ngeri itu. Kalau bukan motosikal sendiri, mesti kes motor kawan, abah, jiran sebelah, abang tiri makwe ataupun terbaca di surat khabar dan media sosial.

BACA >>> Kunci Motor GPS Tawar Tambahan Sekuriti Baharu Buat Penunggang

Di Malaysia, kes kecurian motor sudah letih dibualkan sampai sarjan balai pun rasa macam nak pencen awal. Itu belum diceritakan lagi suka duka mat motor yang ‘patah kaki’nya kerana hilang motosikal tercinta. Yang beli cash terpaksa buat loan bank.

Yang buat loan bank, terpaksa pinjam motor Honda petak abah dari kampung yang pulas 80kmj pun sampai bergegar habis segala macam yang tergantung. Ermm… Jadi, apa tip yang patut kita buat untuk elak motor dicuri?

1. PARKIR TEMPAT SELAMAT


Sebelum guna apa-apa peranti atau kunci, inilah langkah pertama untuk elak motosikal dicuri. Letaklah motor kita di kawasan terbuka dan dalam laluan atau pandangan awam. Elakkan memarkir motosikal di sebalik pokok, dinding, tembok atau sebarang pengadang kerana itu beri kelebihan kepada pencuri yang boleh berlindung selain mengelak tahi burung bertaburan (kalau bawah pokok).

Kalau selalu pulang lewat malam atau awal pagi, boleh parkir motor di premis 24 jam seperti kedai mamak, kedai 7 Eleven, KK Mart, warung abang burger atau kedai tomyam Leha Janda. Mahu lebih selamat, boleh parkir berhampiran tanah perkuburan, atau bilik mayat. Ingat, setakat ini tiada lagi kes motosikal dicuri di kawasan perkuburan!

2. KUNCI HENDAL

Ini ciri asas yang ada pada semua motosikal. Hendal biasanya akan dibelokkan ke sisi dan kunci dipulas habis ke kiri sebelum dapat dicabut. Sesetengah motosikal ada lubang kunci khas di tepi batang hendal. Ramai penunggang kerap mengabaikan langkah keselamatan asas ini, terutama ketika meninggalkan motosikal sekejap untuk buat sesuatu perkara seperti singgah ke kedai beli rokok, isi minyak atau ambil anak di sekolah.

Ingat, motosikal kita berisiko dicuri kerana pencuri motor memang cekap menghidu peluang sebegini. Langit tidak selalu cerah, hari ini mungkin terang, tetapi esok lusa mungkin tsunami. Jangan ambil mudah saja!

3. GUNA KUNCI RANTAI, KABEL ATAU BESI


Ini cara paling klasik turun temurun yang asalnya diwarisi sejak era perbasikalan (boleh ke ayat macam ni?). Jenis pengunci rantai dan kabel ini pula memang ada yang direka khas untuk motosikal. Boleh dibeli di kedai aksesori motosikal atau basikal dalam pelbagai bentuk, jenama dan harga.

Tetapi kalau mahu jimat belanja, boleh saja beli di kedai hardware. Ini memang jenis kunci rantai yang betul-betul real (macam rantai pagar rumah) dan boleh dipotong mengikut panjang meter. Bagaimanapun, kunci rantai jenis ini mesti dikombokan dengan kunci mangga atau ‘pedal ayam’ (paddlelock) sebagai pengunci.

Bahagian motosikal yang biasa dililit kunci rantai dan kabel ialah sekeliling rim, celahan sproket belakang dan swingarm.Kalau rantai cukup panjang, ada yang membelit rim dan pelana, termasuk swingarm untuk yang lebih mengada-ngada. Tetapi nasihat kami, cara paling selamat ialah menambatkan kunci rantai itu kepada mana-mana objek kekal yang statik seperti tiang atau palang besi. Boleh juga diikat bersama motor sebelah, tetapi pasikan motor itu milik kawan atau orang yang dikenali dan bukan entah siapa-siapa yang pasti mengundang makian dan dendam kesumat.

Kelemahan cara kunci rantai ini ialah nampak tidak ranggi dan dipanggil skema kerana nampak seperti abah-abah dan geng pakcik masjid. Tetapi peduli apa orang kata, macamlah loan motor kita, dia yang bayar. Kalau tidak tahan digelak, eloklah rantai saja kawan kita itu ke tiang elektrik supaya dia tahu erti penyesalan.

4. KUNCI MANGGA @ PADDLE LOCK

Ini cara mengunci motosikal paling popular dan hip kerana nampak kemas dan bergaya rempit walaupun tidak efisien. Jenama paddlelock paling popular ialah Solex yang boleh dibeli semurah RM10 untuk versi klon di Uptown dan pasar malam. Populariti Solex membuatkan mat motor menggantikan istilah kunci motor kepada Solex (baca: Solek). Antara contoh ayat: “Eh, gua dah ‘solek’ motor ke belum tadi aa?” (walaupun dia guna paddlelock cap ayam)

Sesetengah mat motor cuba nampak classy dengan beli paddlelock khas untuk motosikal yang boleh dipasangkan pada lelubang brek cakera depan dan belakang.

Bahagian mana dikunci? Biasanya, celahan brek cakera depan atau belakang. Kalau motosikal jenis brek dram, paddlelock akan dikunci pada celahan sproket belakang. Dari jauh akan nampak paddlelock itu tergantung dan berkilauan yang sedikit sebanyak menimbulkan rasa bangga dan puas.

Kelemahan ketara mengunci motosikal cara ini ialah tuan punya motor sendiri pun selalu terlupa hendak bukakan paddlelock hingga menyebabkan rim patah atau bengkok atau tersangkut di celahan sproket. Malah pencuri biasa-biasa cuma perlu menggunakan tukul untuk menggodam dan ada pula menggunakan asid seperti McGyver. Kalau pencuri profesional yang berstatus kongsi gelap, mereka akan terus saja angkat motor atas lori atau trak pikap dan sempat pula pekena teh semacam tiada apa-apa yang berlaku.

5. PASANG GPS TRACKER


Ini antara cara paling moden dan selamat, iaitu pasang saja peranti pengesan GPS atau GPS tracker macam STOPANIK. Ingat, peranti ini boleh dipasang untuk apa saja jenis motosikal, termasuk kapcai.

Dengan STOPANIK, kita dapat mengesan lokasi motosikal menerusi aplikasi mobil (mobile app) dan laporan web (web version) secara masa nyata (real time), sepantas setiap 5 saat ketika ada pergerakan motor dan pada bila-bila masa.

Paling canggih, kalau ada sesiapa menyentuh dan sebaik saja motor bergoyang, peranti ini akan menghantar amaran secara panggilan kepada tuan punya motor. Ini temasuk dibekalkan fungsi mematikan atau cut-off enjin motosikal untuk mematahkan hasrat si pencuri durjana.

Malah, GPS tracker ini juga memiliki jangka hayat backup bateri yang optimum dan cukup tahan lasak selain menawarkan ketepatan lokasi sehampir 5 meter.

autotainment GPS Tracker mat motor motosikal roda2 Stopanik tip Tip Elak Motor Kena Curi tip keselamatan Tip Keselamatan Motosikal
Aryon

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
View 7 Comments

7 Comments

  1. syamshiah Fakeh on 20/07/2018 10:42

    STOPANIK…aku baru terfikir cara ni…ok tak..review sikit produk ni..padan tk dgn rege

    Reply
    • Adib on 25/02/2019 13:09

      memang terbaik boss . Kucing duduk atas motor pun dpt call bro kalau activekan anti vibrate .

      Reply
  2. syaiful on 22/07/2018 21:46

    brp hrga stopanik untuk motorsikal..agent di wangsa maju or ampang ada x?

    Reply
    • Adib on 25/02/2019 13:10

      Boleh cari dekat website stopanik bro . Harga dlm Rm 400 untuk 6 bulan trial ,lepas 6 bulan kene renew . Dalam 250 setahun / 100+ 6 bulan .

      Reply
  3. Azlizuddin on 24/07/2018 11:11

    Sangat menarik

    Reply
  4. yulida on 12/09/2019 11:12

    boleh tahu kedai yang boleh pasang stopsnik area selangor/kl ?

    Reply
  5. Athilah on 13/11/2020 12:17

    Kalau skuter boleh (skuter besar)

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.