Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»5 Sebab Kenapa Perlu Pilih SYM VF3i – Kapcai 185cc Pertama di Dunia!
Auto Terkini

5 Sebab Kenapa Perlu Pilih SYM VF3i – Kapcai 185cc Pertama di Dunia!

ZYBy ZY01/02/201960 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDA tiada masa untuk sakit kepala?

Sejak SYM VF3i dilancarkan lewat petang semalam, peti mesej kami diserbu rakan-rakan dan followers yang bertanyakan tentang ‘moped paling berkuasa di dunia’ ini.

Buat masa ini kami sedang cuba mendapatkan peluang menunggang uji model ini. Tetapi kepada anda yang sudah tidak sabar dan pening kepala mahu buat perbandingan, berikut 5 alasan kenapa perlu memilih SYM VF3i berbanding kapcai super lain di pasaran berdasarkan analisis awal kami.

BACA >>> 40 Foto Ini Mungkin Akan Buat Anda Jatuh Cinta Pada SYM Super Moped VF3i

1. MOTOSIKAL BERBAKUL PALING BERKUASA

SYM VF3i Malaysia
Tipikal rakyat Malaysia, kapcai menjadi motosikal pilihan atas sebab praktikaliti. Pada masa sama penunggang negara ini juga mahukan jentera berkuasa yang sekurang-kurangnya mampu bersaing dengan kenderaan empat roda lain di jalan raya.

Jika itu yang anda mahukan, super moped terbaru SYM ini pasti tidak mengecewakan. Nadi 4-lejang 185cc silinder tunggal SOHC dengan penyejukan cecair ini mampu menghamburkan kuasa setinggi 17.7hp @ 8,500rpm dengan angka tork yang juga tidak mengecewakan, iaitu 15.3Nm @ 7,500rpm dan prestasi dihasilkan itu kemudian disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 6-kelajuan.

Sebagai perbandingan, ketiga-tiga kapcai 150cc popular di pasaran cuma menawarkan kuasa sekitar 15hp dan tork 13Nm. Jadi, perbezaan dimiliki memang tampak ketara. Malah boleh dikatakan, perbandingan kuasa paling hampir dengan moped SYM ini ialah moped 2-lejang seperti Yamaha 125Z dan Modenas Dinamik 120.

Tetapi maaf, bakul tidak didatangkan sebagai aksesori standard.

2. KAPCAI STANDARD KILANG TERPANTAS (?)

SYM Super Moped VF3i
Kami belum berkesempatan menunggang uji, tetapi menurut SYM, kapcai terbaharu ini mampu menembusi kelajuan 155kmj atau 135kmj menurut ukuran GPS, yang boleh dikatakan angka yang cukup laju bagi motosikal sub-200cc.

Masih tidak puas hati? Jangan risau kerana kami yakin SYM VF3i berpotensi mencapai kelajuan lebih tinggi jika dilihat pada angka tork dan ukuran enjin 185cc yang menggunakan nisbah oversquare. Cukup saja tukar sprocket belakang lebih kecil, kapcai ini mungkin boleh mencapai kelajuan lebih tinggi.

Daripada sesi live di Facebook Arena Permotoran yang dikongsikan pagi tadi juga, wakil MForce (pengedar rasmi SYM) ada menyentuh mengenai cut-off enjin, yang mana berdasarkan respon peminat, had 9,500rpm adalah terlalu awal. Jadi, bagi memenuhi permintaan pembeli, memang ada kemungkinan dinaikkan, cuma tidak diperincikan berapa RPM.

BACA >>> Bagaimanakah Kenali Karakter Motosikal Berasaskan Gerek (Bore) x Lejang (Stroke)?

3. REKABENTUK CITA RASA MALAYSIA


Rupa memang subjektif, tetapi boleh dipersetujui rata-rata peminat motosikal Malaysia tidak sukakan penampilan lampu signal di depan terasing atau ‘capang’.

Berita baik pula, SYM VF3i didatangkan dengan lampu signal LED bersepadu di depan. Jadi pemilik boleh abaikan hasrat mahu mengubah suai signal dalam senarai modifikasi hari pertama. Dari belakang, kekal dengan lampu signal capang (tidak boleh buat apa, peraturan Malaysia), tetapi rekabentuk ekor gaya sporty dengan permukaan tekstur gentian karbon mungkin dapat meyakinkan anda untuk mengekalkannya.

Secara keseluruhan, SYM VF3i mempunyai rekabentuk menarik yang mana kami rasa mengambil ilham daripada model motosikal yang sedia menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Cuma ada sedikit kejanggalan pada beberapa bahagian tertentu seperti rekaan panel tengah dan grafik yang nampak terlalu minimalis, termasuk cermin sisi yang seakan ‘tangkap muat’.

4. SAIZ TANGKI TERBESAR DALAM KELAS


Tidak sekadar berkuasa, SYM VF3i hadir dengan tangki bahan api terbesar dalam kelas kapcai, iaitu 7 liter berbanding barisan kapcai lain yang didatangkan dengan saiz tangki sekitar 4 liter sahaja.

Angka ekonomi bahan api itu bagaimanapun tidak didedahkan. Menurut pihak MForce, ujian menunjukkan super moped itu mampu ditunggang dari Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang ke Kuala Perlis dengan sekali isian penuh dalam kelajuan purata sekitar 120kmj. Mengambil kira jarak perjalanan sekitar 170km, pengiraan kasar kami menunjukkan tahap penggunaan bahan api ialah sekitar 24km/liter.

Mungkin dibaca agak boros bagi sebuah kapcai, tetapi itu cuma anggaran kasar sahaja kerana tidak dijelaskan berapa pula jumlah bahan api yang berbaki apabila tiba ke destinasi. Ataupun memang ditunggang sampai tangki kosong?

Mungkin lebih baik kalau kita sama-sama tunggu laporan tunggang uji kami akan datang.

5. HARGA TIDAK MASUK AKAL

SYM Super Moped VF3i
Bermula RM7,888 tanpa cukai dan insurans, harga SYM VF3i memang sangat menarik perhatian peminat motosikal tempatan kerana kapcai dengan enjin 185cc itu ditawarkan jauh lebih murah berbanding kapcai 150cc di pasaran.

Super moped SYM ini datangkan dalam 3 pilihan warna: biru, merah dan hitam. Namun, warna hitam cuma ditawarkan untuk varian SE pada harga sedikit mahal, RM8,288, tidak termasuk cukai dan insurans.

Dengan perbezaan RM300, selain warna eksklusif, varian SE dilengkapkan aksesori tambahan seperti tuil brek/klac boleh laras dan peg kaki racing. Bagaimanapun bagi varian asas, ciri diberikan masih memuaskan seperti enjin penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (Fi), panel meter digital dengan indikator gear, signal kecemasan dan saiz tayar besar mengikut standard kapcai prestasi tinggi masa kini.

Kepada yang berminat dan mahu menyaksikan sendiri dengan lebih dekat, SYM VF3i sudah pun mula diedarkan kepada wakil penjual hari ini. Unit jualan dijangka berada di pasaran seawal bulan depan.

REVIU AWAL

Review Penuh Super Moped SYM VF3i Bahasa Melayu
harga super moped sym Harga SYM Super Moped VF3i kapcai SYM MForce Malaysia moped sym super moped SYM Malaysia SYM Super Moped VF3i SYM Super Moped VF3i Malaysia SYM VF3i sym vf3i vs y15zr vs rs150r vs benelli rfs150i
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Batal Lesen PSV Serta Merta Terhadap Pelaku Gangguan Seksual

03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

03/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Protected: Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Catat 30,073 Unit Terjual Sejak 2023, Rangkaian Terus Diperluas

03/02/2026

60 Comments

  1. Adlan on 17/04/2018 10:00

    X setuju kata harga tak masuk akal, sesuai lah dgn jenama, kalau yamaha, honda atau kawasaki ke baru lah boleh kata x masuk akal.

    Reply
    • riderfadz on 18/04/2018 14:05

      berapa lama motor ni blh survive kat Malaysia? Sbb maybe next 3-4 tahun, ramai perlukan spare part tulen dan ‘local’ utk terus ride motor ni kt ats jln raya terutama untuk perjalanan ‘long distance’..

      Reply
      • nazrul on 03/07/2019 08:49

        spare part tulen tak susah nak cari…boleh dapatkan kat dealer sym atau direct terus ke sc segambut kl…lgpun sym ni memang dah lama ada dalam market malaysia…dari zaman belajar lagi dah pernah nampak sym ni…dan sekarang ni pun dah ramai yang pakai motor jenama ni atas jalan raya

        Reply
      • NORAZMAN KASIM on 10/01/2020 19:15

        Alhamdulillah dh 2020 sym vF3i aku masih smooth atas jalan.

        Jom layan video video ride VF3i

        https://www.youtube.com/channel/UCb569vGRmg6UYzIJ5WG_4Ow

        Reply
    • AO on 23/09/2019 06:47

      Harga tak masuk akal tu kalau kita compare sesama super moped. Tak semestinya ikut jenama saja

      Reply
    • DisketLapock on 23/09/2019 08:41

      Yg saya faham, penulis mengatakan ‘harga tak masuk’ kerana harganya adalah murah PER dengan CC motosikal tsbt..

      Reply
    • BoboboiJb on 01/11/2019 13:37

      Ok la tu murah .. Lagi power .. Apa nak pening bosku

      Reply
  2. MOHD ADIB BIN MUSTAFFA KAMAL on 18/04/2018 16:30

    setelah kawan saya (yo) post dalam roup ws, saya terus ingin membeli. kuasanya amat amat kuat.
    teruskan sym, saya dan yo yang menunggang.

    Reply
  3. NAZRUL SYAFIQ BIN NORMAN on 18/04/2018 16:32

    yes, saya percaya , setelah kawan saya beli, saya pasti nak naik dengan dia. untuk merasai kelajuaan sym ini

    Reply
  4. Azmi on 18/04/2018 18:22

    Terbaikkkkk…..SYM

    Reply
  5. kaki kap chai on 19/04/2018 12:45

    masalah SYM ni depa tak juai spare part…klu rosak 3 ke 4 bulan baru dapat spare part itu pon modifikasi spare part yahama..

    Reply
    • Muhaimin on 04/11/2018 10:53

      Bab spare part dengaq kata Ada syarikat Siam nk buat…tpi xtau bila

      Reply
    • nazrul on 03/07/2019 08:51

      spare part boleh dapatkan kt dealer atau sc yang berdekatan…satu lg sym ni kelebihan dia ada setengah part tu boleh kacuk dengan jenama motor lain…contoh sprokert depan boleh masuk rxz…bearing cone boleh ngam denga modenas karisma….dan lain- lain lagi…

      Reply
  6. Daniel on 05/06/2018 00:50

    Eksoz dia dpat tukar takk…. Tak brape nak merecik

    Reply
    • BoboboiJb on 01/11/2019 13:39

      Lawa exzos dia.. Xperlu tukar pun dah cantik..
      Apa nak pening bosku

      Reply
  7. Tuan Labu on 21/06/2018 10:14

    huhuhu..klu pakai kat KL tak risau ler sparepart kot, tp kami yg tinggai kat kg klu beli motor ni, ada ker sparepart nya?

    Reply
    • nazrul on 03/07/2019 08:52

      refer kt website sym…dan boleh kesan dealer yang berhampiran…

      Reply
  8. Abe Nik on 21/06/2018 19:32

    Harga dan prestasi masih dalam jangkauan rakyat marhaen berbanding dengan rs 150 repsol yang harga menjangkau 11k. Nampak gaya kena trade in honda wave 125.

    Reply
    • nazrul on 03/07/2019 08:54

      harga kt banting selangor rm8300 utk biasa dan rm8600 untuk SE…dah beli satu bulan lepas puasa ke 4 keluar kedai..so far prestasi dia memang mantap…y15 jauh tinggal ke belakang…pickup dia memang power…dengan tangki minyak besar 7 liter…tapi sekarang ni ada yang dah modified tangki jadi 9 liter…boleh pergi lebih 300km dengan isian penuh

      Reply
      • arif on 16/07/2019 16:44

        kedai mana tu.aku org banting. emel bro.. [email protected]

        Reply
  9. Hafiz on 23/06/2018 13:06

    memang terbaik SYM VF3i .

    tetapi kalau SYM VF3i ditambah cipta yang menggunakan pakai gear biasa lagi terbaik sebab sesuai dengan pelbagai golongan/lapisan usia masyarakat sekeliling.

    Reply
  10. SaiyaYangMenunuggu on 02/08/2018 20:22

    Harap part² performent ada utk sym ni..& alat ganti selepas jualan..

    Reply
  11. Fat on 26/09/2018 21:00

    Kenapa x de kick starter yek ?

    Reply
    • nazrul on 03/07/2019 08:55

      design dia macam superbike..sbb tu xde kick starter

      Reply
  12. Ezaini on 27/09/2018 21:21

    Spare part susah Moto ni…..rosak pakai buang jer……..nk repair tungu sampai mereput.

    Reply
    • Ahlek76 on 05/11/2018 11:16

      Lawak le ko der. Aku da beli. Nikmat tank 7 liter, hp tinggi rege murah, spare parts ori je so confident performance. Ko da beli ysuku ke bung Siu honda RS nafas dohc tu he3

      Reply
      • asman on 25/12/2018 15:25

        sparepart senang dpt ka bos..takut ssh dpt..

        Reply
    • nazrul on 03/07/2019 08:59

      aku dah beli motor ni…spare part kalau nak beli cari kat dealer atau sc je..konfem ori…xsusah mana pun..semua sekarang kt hujung jari je…pergi website sym dan cari dealer paling hampir..pastu call tanya ada barang ke x…setel…

      kalau xpernah pakai motor sym pastu dengar cakap orang kondem itu ini…memang xboleh pakai betul cakap ko ni

      Reply
    • razi on 15/09/2019 21:11

      dasar mangkok

      Reply
  13. zuljais on 06/11/2018 08:23

    Assalamualaikum aku pun loan dh lulus cuma tnggu sain agrement n duit dp aje rm9500 bulnn rm 291 mahal kn kt Kuantan kt phng motor ni cuma jual aje xder sedia servis selps jualn so kene gi cari pomen sndri Ler ingt nok kensel beli kt segmat murah

    Reply
  14. Zuljais69 on 06/11/2018 08:33

    Ikut orng Ler nok beli duit orng bkn duit kita so pada yg beli 185 ni aku sokong bed moped super power nok msuk 2020 xkn guna modep 150 cc yg harap rupa aje lawa tpi sparepart konden mcm y15 pring gigi kluch
    gth mudh konden jngn harap upa mengancam

    Reply
  15. Zaini on 06/11/2018 09:59

    Spare part ne apa citer

    Reply
  16. Dhill on 14/11/2018 01:15

    Puas hati dengan power standard kilang.. Belum buat apa2 lagi pun 144 dah boleh dapat…. Bukan laju2.. Tapi sedap2 ride pun dah ok.. Kalau nak di Bandingkan dgn Ysuku dan Rs mmg dok belakang.. Hehehe

    Reply
    • Alif on 24/12/2019 23:08

      Oh yeke..aku ni pun tgh plan nak beli moto SYM185cc ni la..moto alaf baru untuk aku tahun 2020 ni..mcm best je tengok..nak rasa keseronokan ride moto ni..

      Reply
  17. Broha on 05/02/2019 16:47

    Pahang moto mmg mahal bro.

    Reply
  18. high ambition on 14/02/2019 12:14

    aku berminat dengan design yang 2019 . huhuhuuuuuuu. mcm nak beli jeee. drpd aq modi moto y15 atau lc135, eloknya aq pakai sym185 ni dh okay kot. xxpyah modi dah. cuma perlu buy n ride. 🙂

    Reply
  19. buckyucky on 06/04/2019 12:46

    Tgl nak mbik mtr…risau pulak psl spare part…

    Reply
    • Zack on 06/05/2019 16:19

      Sparepart boleh kacuk motor lain bro

      Reply
  20. Ejan on 08/04/2019 14:36

    Dalam delema…beneli rs150i ke……sym VF3i……
    Atau kedua²nya ssh sparepart dipanta timur??

    Reply
  21. Fakrul anwar on 08/04/2019 21:08

    Kenapa moto sym vf3i se ni tidak di datangkan dengan brek abs..bila keluaran moto ni ada brek abs..nak memiliki sebuah moto ni bila ada abs brek

    Reply
    • Lihoseign on 26/09/2019 23:30

      Buat cara abs manual bos, Mula-mula, brek dpn ngan blkang skli, pas tu hold brek blkang kuat ringan ikut situasi, brek tangan tu main tarik lepas, jadilah abs manual. Cara nih saya pakai setiap hari. Wakakaka.

      Reply
    • Kay on 30/10/2019 10:12

      Aku paling takut nak beli moto jenama nie…spare part paling susah nak dpt…10 kedai spare part aku g tanye…semua kata not recommend jenama Ni…nak tukar spoket pun masalah…moto.kita kalau dah rosak.tgh jln…xkan nak g segambut? Knp dealer sym x supply spare part Kat kedai seluruh Malaysia…? Sebelum beli motosikal…g tanye kedai spare.part dulu…jgn ty kedai jual Moto…kompom dia kata ok sebab nak bagi.laku sales….

      Reply
      • mat dam on 03/03/2020 10:24

        slm bro.. xjgk. ak repair motor ni sendiri. tgn ak semua. sparepart ak kacuk saja. sng kerja. performance bole tune bila dh kacuk. janji jg minyak hitam n coolent. tu sj,

        Reply
  22. Azrel sym185i on 14/05/2019 10:32

    AQ rase motor ni dah terbaik setakat ni tukar ECU kenzo y15 pin bertiang2 kena tinggal spek highway spoket span 16 blkg 48.. brat permulaan dah dpt kelajuan kelajuan bole jejak 185 paling tinggi AQ bwe.. bg pendapat aqlh..sbb sparepart dah byk skrg xperlu risau cod Rmh pon bole..

    Reply
  23. idayaniez on 21/06/2019 14:47

    btol ke sparepart susah.???..ingat nak ambik satu

    Reply
  24. Joe on 22/09/2019 12:52

    Motor baru keluar semlm….
    Dah x boleh start…. Apa masalah… Boleh komen sikit…

    Reply
    • AO on 23/09/2019 06:48

      Rujuk service centre bang

      Reply
  25. pharixs on 24/09/2019 16:21

    mana lagi ok ye,sym 185, ,ysuku n rs ni…..dalam dilemma aku.chor…hmmm

    Reply
  26. fuzio on 24/09/2019 16:39

    Tumpang tanya ..sbb ada yg kata sumber vf3i Klau overhoul jauh lbih murah berbanding Honda rs150 dan y betul ke?..tapi Sya masih tertanya terhadap bahagian enjin kepada yg berpengalaman antara 3 jenis buah motorsikal Honda RS 150,Yamaha y15, dan sym vf3i ni..enjin yg mana agak2 tahan usia bagus untuk perjalanan biasa dari segi penggunaan belanja termasuk kos2 repair kalau rosak…maksud bukan guna racer sekadar jalan jauh konvoi2 je

    Reply
    • Lihoseign on 26/09/2019 23:36

      Kalo Kita anggap nya mcm bini, tahanlah skt, kalo bawa mcm tractor, pandai pandai lah. Huhuhu

      Reply
  27. Yunus on 27/10/2019 11:59

    Enjin design jepun atau china? Enjin di kilang dimana? Tkasih

    Reply
  28. Kay on 30/10/2019 10:10

    Aku paling takut nak beli moto jenama nie…spare part paling susah nak dpt…10 kedai spare part aku g tanye…semua kata not recommend jenama Ni…nak tukar spoket pun masalah…moto.kita kalau dah rosak.tgh jln…xkan nak g segambut? Knp dealer sym x supply spare part Kat kedai seluruh Malaysia…? Sebelum beli motosikal…g tanye kedai spare.part dulu…jgn ty kedai jual Moto…kompom dia kata ok sebab nak bagi.laku sales….

    Reply
  29. BoboboiJb on 01/11/2019 13:41

    Ok la tu murah .. Lagi power .. Apa nak pening bosku

    Reply
  30. Dzon72 on 04/12/2019 15:41

    Nak di ikutkan jika mengikut cc harganya agak murah la buat masa ni mungkin sbb dia tak top seperti yamaha atau honda.tapi bila sudah mendapat sambutan nanti tentu harganya akan berubah kan..

    Reply
  31. Boyhafiz on 20/06/2020 20:19

    Bole tolong terang kn sya terbaca kat sini beli moto ni takde cukai Dan insurans.. So kalau mcm tu tiap tahun takpayah sambung rotex Dan insurans ke..?

    Reply
  32. Mohd Riduan on 13/07/2020 20:35

    Yamaha fz lagi best

    Reply
  33. Y15/rs only on 27/12/2020 03:51

    Sembang lebat, klu kna blik kg, atau emergency tup2 padam enjin time matahari pacak,. Ingat dpt settle Agak2.. Dgn jwapan2 utk spepart tu dlm hari sama??? Jwbnye tolak jln kaki la

    Reply
  34. Nik Faizul on 08/01/2021 11:06

    Dah tahun 2021, spare part takde masalah rasanya. Malah makin banyak dealer SYM sekarang nie. Lagipun banyak Spare part SYM nie boleh masuk dengan spare part motor lain, Dari segi power dan top speed, memang tak dapat dinafikan lagi. Dari segi design dan style, memang menarik….Harga pulak bawah 10k untuk 185cc…. kira OK sangat.

    Reply
  35. Kajoi on 15/01/2021 16:33

    Bila gear rendah motor bergegar, apa masalah

    Reply
  36. Syed on 15/05/2021 14:53

    Rm8500 se sym…call sy 0103135603…area kl

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce Serba Baharu Rasmi Mula Dihasilkan di Pekan, Tempahan Dibuka Minggu Ini

By Syafie03/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Denza D9 2025
Kenderaan Elektrik (EV)

MPV EV Mewah Denza D9 2025 Kini Fasa Akhir Jualan Sebelum Harga Naik

By Han Othman27/01/2026
Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tokti) dilantik duta Wey
Auto Terkini

Tokti Dilantik Duta Wey, Pemilik Pertama GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026

By Syafie29/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.