• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / 5 Sebab Kenapa Perlu Pasang Penulen Udara Kereta Blueair Cabin Air P1

5 Sebab Kenapa Perlu Pasang Penulen Udara Kereta Blueair Cabin Air P1

November 16, 2020 By AO Leave a Comment

62
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

RUANG kabin kereta cenderung terdedah kepada pencemaran udara yang berisiko tinggi memudaratkan kesihatan seperti asma, alergik, sinus, sakit kepala dan pening kepala. Tahukah anda, ruang tertutup lebih tercemar berbanding ruang terbuka di luar?

Bagaimanakah pencemaran dalam kabin kereta boleh berlaku?

Pencemaran dalam kabin kereta berpunca daripada debu, habuk, asap dan bendasing yang menyelinap masuk dari luar menerusi penyaman udara, atau ketika tingkap dibuka. Ataupun udara cemar yang terbebas daripada kelembapan dalam kabin menerusi kesan tumpahan makanan dan minuman, bahan kimia pewangi atau racun serangga, asap rokok, pakaian, hiasan dan aksesori dalam kabin.

Jadi usaha memastikan udara di persekitaran kabin kereta kekal bersih dan segar memang penting. Ini dapat dilakukan dengan memasang peranti penulenan udara seperti Blueair Cabin Air P1 yang dikhaskan untuk menapis dan menulenkan udara dalam kabin kereta.

Blueair Cabin Air P1 ialah peranti penulen udara buatan Sweden seberat 1.3kg, yang juga menjadi penapis udara untuk model Volvo.

Apa yang istimewa mengenai Blueair Cabin Air P1 ini?

1. MUDAH PASANG, SENYAP

air-purifier-blueair-p1-7
air-purifier-blueair-p1-3
air-purifier-blueair-p1-4
air-purifier-blueair-p1-1

Blueair Cabin Air P1 sangat mudah dipasang dengan hanya mengikat peranti di belakang penyandar kepala pada kerusi pemandu atau penumpang, dan bekalan kuasa disambungkan dari soket 12V.

Kemudian, laraskan kelajuan kipas dan lampu akan menyala yang bermaksud peranti siap sedia beroperasi.

Apabila enjin dihidupkan, 6 minit pertama kelajuan akan berada pada tetapan 3 sebelum perlahan-lahan menurut kepada tetapan 1.

2. BERAPA LAMA UDARA DITAPIS, DITULENKAN

Bagi kereta jenis sedan dan hatchback, masa diperlukan ialah 5-6 minit, manakala kenderaan lebih besar seperti utiliti sukan (SUV), dan MPV memerlukan masa antara 8-11 minit.

3. DI MANAKAH BOLEH BELI?

Blueair Cabin Air P1 boleh dibeli di pusat beli-belah dan kedai barangan elektrik dan elektronik seperti Harvey Norman, TBM, ESH, SENQ, dan laman web atas talian lain seperti Shopee, Lazada dan laman web Visionary Solutions.

4. BERAPA LAMA PERLU TUKAR PENAPIS?

Disarankan ditukar setiap enam bulan sekali, atau sekurang-kurangnya setahun sekali.

5. APAKAH KELEBIHANNYA?

Blueair Cabin Air P1 menawarkan manfaat seperti berikut:
▪️Memberikan udara bersih dalam kabin.
▪️Membebaskan udara bersih sepantas kurang 6 minit.
▪️Ada sensor automatik, tidak perlu dihidupkan setiap kali masuk kereta.
▪️Bunyi senyap kerana menggunakan teknologi HEPASilent™.
▪️ Mampu menyingkirkan 99.9 peratus virus dan bakteria.
▪️Ada waranti dua tahun.

6. SIAPA SESUAI GUNA?

Blueair Cabin Air P1 sesuai dipasangkan dalam kereta milik eksekutif dan mereka yang kerap memandu untuk pelbagai urusan kerja dan perniagaan, termasuk pemandu atau keluarga bermasalah alergi. Selain itu, peranti ini juga sesuai untuk pemandu Grab, teksi, pekerja logisitik dan sesiapa saja mahukan kualiti udara dalam kabin kereta yang bersih.

7. BERAPAKAH HARGA?

air-purifier-blueair-p1-5
air-purifier-blueair-p1-6

Blueair Cabin Air P1 dijual pada harga RM1,488, tetapi kini dijual pada harga promosi RM1,188 yang dipakejkan bersama waranti dua tahun.

Menariknya, istimewa untuk pembaca dan pengikut PanduLaju, anda kini boleh menebus baucar diskaun Blueair Lazada bernilai RM50 yang sah bermula 26 Oktober hingga 30 November 2020. Caranya, klik saja pautan SINI atau imbas kod QR.

Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman Facebook Blueair Malaysia dan Instagram Blueair_Malaysia

62
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Blueair Cabin Air P1, Penulen Udara Kereta, Sistem Penulenen Udara Pintar Hyundai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Nak Tau Status Kereta Terpakai Malaysia, Jepun, UK dan AS? Semak dengan OTOFACTS!
    Nak Tau Status Kereta Terpakai Malaysia, Jepun, UK dan AS? Semak dengan OTOFACTS!
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
    Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my