Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»5 Sebab Kenapa Anda Wajib ke Malaysia Autoshow 2017
Auto Terkini

5 Sebab Kenapa Anda Wajib ke Malaysia Autoshow 2017

Abang GYLBy Abang GYL11/11/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Malaysia Autoshow 2017
BERBAKI kurang 48 jam, Pameran Auto Malaysia atau Malaysia Autoshow 2017 bakal melabuhkan tirai. Jadi, jangan lepaskan peluang ini kerana pelbagai aktiviti dan promosi menarik menanti anda di sana.

Malaysia Autoshow 2017 anjuran Institut Automotif Malaysia (MAI) yang berlangsung di MAEPS, Serdang menjanjikan kejutan selain berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Kepada mereka yang masih belum ke acara itu, berikut 5 sebab kenapa anda wajib ke MAEPS sekarang!

Malaysia Autoshow 20171. HARGA TIKET HANYA RM10

Dengan bayaran RM10, anda dihidangkan pelbagai aktiviti menarik. Tiket boleh dibeli terus di Malaysia Autoshow 2017 atau membuat belian menerusi AirAsiaRedTix.com. Bas pengantara percuma turut disediakan bagi laluan stesen KTM Serdang ke MAEPS dan sebaliknya.

Sekiranya menggunakan aplikasi Grab dari stesen KTM Serdang, anda boleh menikmati diskaun RM8 dengan memasukkan kod promosi autoshow. Bukan itu saja, anda turut diberikan dua keping tiket ke Malaysia Autoshow 2017 secara percuma!

BACA >>> 6 Perkara Menarik Anda Perlu Tahu Mengenai Perodua Myvi Baharu (2018) – Harga Bermula RM44,300

2. PELBAGAI MODEL BAHARU

Buat pertama kalinya, anda akan menjadi antara rakyat Malaysia terawal dapat melihat beberapa model baharu yang bakal menembusi pasaran Malaysia. Antaranya, debut Perodua Myvi Baharu (2018), Kia Stinger, Renault Megane GT, Mazda CX-9, Toyota Harrier dan C-HR dan model penumpang terpantas dunia, Honda Civic Type-R.

honda civic type-r malaysia
Toyota Harrier Serba Baharu (2018)

3. PANDU UJI

Anda juga berpeluang mencuba memandu kereta idaman dengan mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran pandu uji. Selain itu, anda juga dapat menaiki Bentley Bentayga dan Ford Mustang GT 5.0L dengan bayaran RM30.

Malaysia Autoshow 2017
Malaysia Autoshow 2017

4. PROMOSI HEBAT

Khas buat mereka yang merancang mahu membeli kenderaan baharu, inilah peluang terbaik anda mendapatkan kereta idaman pada harga terendah. Ada pelbagai diskaun dan promosi hebat menanti anda. Paling penting, pelbagai promosi ‘tidak masuk akal’ turut ditawarkan.

BACA >>> Honda Civic Type-R Serba Baharu Kini Di Malaysia – Harga RM320K Sahaja!

5. MENANG PEUGEOT 208 PURETECH

Dengan membeli tiket RM10, secara automatik anda layak memenangi hadiah utama berupa Peugeot 208 PureTech. Caranya mudah, anda hanya perlu mengisi butiran diri dan jawab beberapa soalan mudah menerusi aplikasi Malaysia Autoshow.

Ingat, pastikan anda ke Malaysia Autoshow 2017 sekarang! Untung-untung boleh bawa pulang pelbagai hadiah menarik.

KREDIT FOTO: FB Malaysia Automotive Institute

GALERI

Malaysia Autoshow 2017
Malaysia Autoshow 2017
Malaysia Autoshow 2017
Malaysia Autoshow 2017
Malaysia Autoshow 2017
Malaysia Autoshow 2017
Auto Terkini Autoshow malaysia MAEPS MAI Malaysia Autoshow 2017 pamera auto
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.