Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Mitsubishi Triton (2019) – Masuk Malaysia Tahun Depan!
Roda4

5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Mitsubishi Triton (2019) – Masuk Malaysia Tahun Depan!

Han OthmanBy Han Othman13/11/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SAWADIKAP! Kami sekarang berlintas langsung dari Bangkok, Thailand sempena majlis pelancaran Mitsubishi Triton (2019), juga debut antarabangsa untuk trak pikap itu.

Dijadualkan mula dijual di Thailand bermula 17 November ini, Mitsubishi Triton @ L200 (2019) menampilkan rekaan lebih seksi dan garang. Jika dibandingkan dengan versi terdahulu. trak pikap yang dihasilkan dari kilang Laem Chabang milik Mitsubishi Motors (Thailand) Co Ltd (MMTh) itu turut didatangkan dengan pelbagai ciri terkini selain aspek keselamatan dipertingkatkan.

Susulan pelancaran di Thailand, Mitsubishi Triton (2019) juga akan dilancarkan di pasaran negara Asean lain, termasuk Oseania, Timur Tengah, Eropah, Afrika dan Amerika Latin serta 150 negara seluruh dunia.

BACA >>> Mitsubishi Triton Athlete Lebih Garang, Ada Umphh! Harga RM126,990 Sahaja

Bagi anda yang ingin ketahui lebih lanjut mengenai trak pikap ini, inilah lima fakta menarik mengenai Mitsubishi Triton (2019)?

1. REKABENTUK ‘ENGINEERED BEYOND TOUGH’

Rekabentuk Mitsubishi Triton (2019 dibina di bawah konsep ‘Rock Solid’ untuk dalaman dan luaran, iaitu intipati penuh daripada pembangunan ‘Engineered Beyond Tough’, yang disokong asas kejuruteraan hebat.

Pandangan Depan

  • Rupa depan menggabungkan konsep rekabentuk depan ‘Dynamic Shield’ generasi baharu. Garis bonet enjin tinggi dan lampu besar yang terletak tinggi memberikan rupa depan lebih berkuasa.

Pandangan Sisi dan Belakang

  • Lekuk badan baharu dengan garis tajam kontras menyerlahkan personaliti moden yang menjadi kekuatan trak pikap Mitsubishi. Bahagian bampar dan lampu menjadi bahagian rekabentuk paling rumit.

Dalaman

  • Ruang dalaman yang digayakan semula memberikan rasa moden daripada panel suis hingga ventilator penyaman udara. Rupa berkualiti tinggi terhasil daripada material pad lembut dan sulaman pada konsol lantai, perehat lengan dan brek parkir.


2. SISTEM 4WD BERIKAN PRESTASI DIPERTINGKAT UNTUK AKSI PELBAGAI RUPA BUMI

Mitsubishi Triton (2019) 4WD dilengkapkan opsyen Super-Select 4WD, yang memberikan traksi optimum dan karakteristik pengendalian untuk sebarang cabaran rupa bumi.

Easy-Select 4WD pula memudahkan penukaran mod pandu untuk permukaan jalan berbeza. Dengan tambahan mod pandu baharu, kedua-dua sistem 4WD memberikan prestasi off-road dipertingkat.

Mod Off-Road Baharu

  • Kedua-dua sistem 4WD: Super-Select dan Easy-Select menggunakan mod off-road baharu dengan tetapan kepelbagaian rupa bumi seperti GRAVEL (kerikil), MUD/SNOW (lumpur/salji), SAND (pasir) dan ROCK (batu) (dalam 4LLc sahaja). Apabila dihubungkan, mod off-road secara bersepadu mengawal kuasa enjin, transmisi dan brek untuk mengatur jumlah gelincir roda dan memaksimumkan prestasi semua rupa bumi (all-terrain).

Kawalan Turun Bukit (HDC)

  • Kelajuan kenderaan secara elektronik dikawal untuk membolehkan pemandu berdepan situai jalan cerun dan licin dengan lebih selamat dan tenang.


3. SISTEM KESELAMATAN AKTIF/BANTUAN PEMANDU

Mitsubishi Triton (2019) mengekalkan frem jenis ladder berketahanan tinggi, dan struktur kabin keselamatan impak tinggi dengan dilengkapi sistem bantuan pemandu dan keselamatan aktif termaju yang mendahului kelas.

Sistem tersebut terdiri daripada:

  • Mitigasi Perlanggaran Depan (FCM) – Mengesan kenderaan dan pejalan kaki di depan.
  • Amaran Titik Buta (BSW dengan LCA) – Membantu mengesan kelibat kenderaan lain ketika mahu menukar lorong dengan mengesan objek di belakang atau di sepertiga belakang, dan memberi amaran kepada pemandu dengan amaran audibel dan kelipan lampu pada cermin sisi.
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) – Mengelak perlanggaran ketika mengundur.
  • Sistem Mitigasi Nyahpecutan Ultrasonik (UMS) – Mengurangkan kemalangan yang disebabkan kesilapan menggunakan pedal minyak ketika mengundur kenderaan di parkir atau ruang tertentu.

Memberikan lebih keselesaan kepada pemandu ialah monitor multi sekeliling (MAM) yang memberikan sudut pandang burung atau 360º di sekeliling kenderaan, dan sensor parkir.

4. PRESTASI DAN FUNGSIONALITI TRAK PIKAP

Mitsubishi Triton (2019) menampilkan banyak penambahbaikan lebih terperinci yang sesuai untuk kegunaan komersial dan peribadi.

Prestasi dan fiil membrek dipertingkat menerusi penggunaan cakera depan besar dan piston kaliper. Pemanduan juga ditambah baik dengan menggunakaan damper belakang besar yang mengandungi lebih minyak redaman. Perubahan kotak gear automatik 5-kelajuan kepada automatik 6-kelajuan menjadkan pemanduan lebih lancar, dan pecutan lebih berkuasa.


TRITON DI MALAYSIA?

Bagi pasaran Malaysia, Mitsubishi Triton (2019) dijangka akan dilancarkan secara rasmi seawal tahun depan. Bagaimanpun, tiada sebarang tanda harga didedahkan. Kami anggarkan harga Mitsubishi Triton (2019) akan berada tidak jauh beza dengan trak pikap versi sedia ada di pasaran. Mungkin harga akan naik sedikit memandangkan pelbagai ciri dan teknologi baharu ditampilkan pada Mitsubishi Triton (2019).

Sekiranya anda ingin melihat dengan lebih dekat trak pikap ini, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akan melakukan previu khas Mitsubishi Triton (2019) sempena Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) bermula 23 November hingga 2 Disember ini.

Pengunjung juga boleh melihat sendiri Mitsubishi Triton (2019) di lokasi seperti berikut:

GALERI
Foto Mitsubishi Triton (2019)
Mitsubishi Triton 2019 Malaysia
harga Mitsubishi Triton 2019 Malaysia
HARGA Mitsubishi Triton 2019 Malaysia
2019 Mitsubishi Triton enjin Mitsubishi Triton 2019 harga Mitsubishi Triton 2019 Mitsubishi Mitsubishi Thailand Mitsubishi Triton (2019) Mitsubishi Triton (2019) malaysia mitsubishi triton baru Osamu Masuko Roda4 Thailand top speed Mitsubishi Triton 2019 Trak pikap
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026

1 Comment

  1. Jok Saling on 10/12/2020 13:48

    Setakat ini Triton adalah salah satu trak yang boleh menandingi Kereta 4x4yangblain jimat minya

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.