Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»5 Motosikal Paling Mahal yang Boleh Beli Online di Malaysia! [untuk Orang Kaya Sahaja]
Auto Terkini

5 Motosikal Paling Mahal yang Boleh Beli Online di Malaysia! [untuk Orang Kaya Sahaja]

ZYBy ZY29/10/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI peminat dua roda Malaysia, terutama pembaca setia portal PanduLaju memang cukup sensitif dengan harga. Skuter 155cc berharga RM11,000? Tidak berbaloi katanya. Sportbike 250cc dengan ciri terkini, tetapi harga pula khabarnya bakal menyaingi jentera lain yang lebih besar?

Huh, tidak perlu bawa masuk, baik beli sportbike lesen B-penuh terus. Mungkin bagi kalangan penunggang marhen, tidak perlulah dipasarkan motosikal mahal melampau, tidak sesuai situasi ekonomi semasa.

BACA >>> 7 Motosikal Terbaik untuk Penunggang Urban Harian di Malaysia

Tetapi, bagaimana pula pengikut dan pembaca lain yang lebih berkemampuan? Pastinya golongan tersebut memasang niat mahu memiliki motosikal mahal dan terbaik supaya sepadan dengan imej ‘orang kaya’. Jika anda kalangan mereka yang dimaksudkan, jangan risau. Menerusi pelbagai portal jual-beli atas talian, misalnya Mudah.my, anda sebenarnya ada cukup banyak pilihan motosikal yang sesuai dengan status kewangan.

Berikut ialah 5 motosikal pilihan paling mahal yang boleh anda pertimbangkan. Cuma klik sahaja pautan disediakan untuk maklumat lanjut.

1. 2017 Honda CBR1000RR SP – RM159,900 (Baharu)

Tidak lagi membawakan imej ‘Rabbit’, SP 2017 ini boleh dikatakan versi Fireblade serba baharu dengan penampilan lebih agresif dan pengurangan berat 16kg berbanding model SP terdahulu. Kuasa juga turut ditingkatkan 10hp, menghasilkan janaan maksimum 189hp, yakni peningkatan nisbah kuasa-berat 14 peratus.

Walaupun serba baharu, hanya 20 peratus sahaja berbeza dengan model SP 2016, menjadikan model tersebut sebagai pilihan lebih berbaloi buatmereka yang mengimpikan superbike Honda dengan ciri terkini.

2. 2016 Yamaha YZF-R1 60th Anniversary Limited Edition – RM170,000 (Baru)

Seperti kebanyakan jentera edisi terhad Yamaha yang menampilkan strip ala jentera perlumbaan, YZF-R1 membawakan skema warna kuning ‘speedblock’ yang diilhamkan daripada motoiskal milik pelumba legenda, Kenny Roberts Sr pada 1970.

Pada harga RM170,000, unit ditawarkan itu ialah versi Euro Spec yang dilengkapi ekzos slip on Akrapovic dengan hamburan kuasa setinggi 200hp @ 13,500rpm.

3. 2012 Harley Davidson FLTRXSE CVO Road Glide Custom (Skunk) – RM200,000 (Terpakai)


Walaupun tidak semahal Harley Davidson kepunyaan Dato Seri Vida yang dikatakan bernilai RM300,000, The Skunk yang ditawarkan pengedar motosikal besar dari Klang itu adalah antara unit Harley Davidson yang sukar didapati. Didatangkan dengan aksesori bernilai hingga RM30,000, mungkin motosikal tersebut ialah pilihan paling berbaloi buat penggemar jentera V-Twin pin tunggal dari Amerika Syarikat itu.

4. 2015 Ducati 1199 PANIGALE R – RM215,000 (Terpakai)

Walaupun motosikal terpakai, jangan pandang remeh. Masih dalam kondisi sangat baik dengan perbatuan rendah, superbike terulung buatan Ducati itu pasti dengan mudah dapat menghambat jentera-jentera lain yang lebih baru kerana unit tersebut memang dihasilkan sebagai unit homologasi untuk perlumbaan FIM World Superbike Championship. Dalam keadaan standard, Panigale R menghamburkan 205hp daripada enjin V-Twin 1198cc.

5. 2017 MV Agusta F4 RC Reparto Corse LIMITED EDITION – RM226,500 (Baharu)


Inilah jentera superbike jalanan termahal yang kami jumpa setakat ini. Apa yang membuatkan superbike eksotik ini lebih mahal, bukanlah sekadar corak strip edisi terhad, tetapi turut dimahalkan lagi dengan hamburan kuasa 205bhp, sistem ekzos penuh Termignoni, dan set fairing gentian karbon penuh, sekali gus memberikan prestasi superbike terbaik yang anda boleh tunggang di atas jalan raya negara ini.

BACA >>> Mahu Beli Motosikal Pertama? Baca Dulu 5 Kriteria Utama Ini…

Kit perlumbaan standard mampu meningkatkan kuasa kepada 212hp yang membolehkan jentera ini berentap di litar lumba antarabangsa tanpa sebarang modifikasi tambahan seandainya itulah kemahuan anda (kalau ikutkan, mahu simpan saja dalam rumah buat pameran, sayang nak lanyak dalam trek).

motosikal paling mahal di Malaysia dalam online roda2
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

10/04/2026
Honda Vario 125 Street 2026
Roda2

Honda Vario 125 Street 2026 Rasmi Tiba di Malaysia – Gaya Street, Harga RM7,468

10/04/2026
Auto Terkini

Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

10/04/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

10/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Proton X50 2026 Quartz Black
Roda4

Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

By Shazwan Hisam09/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.