Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: 5 Gajet Asas yang Perlu Ada Sebaik Saja Beli Kereta
Autotainment

#ApaNakBuat: 5 Gajet Asas yang Perlu Ada Sebaik Saja Beli Kereta

Han OthmanBy Han Othman05/01/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA banyak gajet yang boleh dibeli untuk kegunaan dalam kereta bagi memudahkan kerja memandu anda. Sebelum ini kami pernah menyiarkan artikel mengenai 11 Aksesori Wajib Ada Dalam Kereta yang perlu anda sediakan sebaik saja memegang kunci kenderaan. Bagaimanapun, kebanyakan aksesori itu lebih bersifat pasif atau siap siaga (standby) yang cuma berguna apabila berlaku situasi kecemasan.

Kali ini, kami kongsikan pula 5 gajet asas yang perlu disediakan dalam kereta. Kebanyakan gajet di bawah ini bersifat aktif kerana anda mungkin menggunakannya lebih kerap berbanding 11 aksesori yang kami senaraikan itu. Semua gajet di bawah ini ialah sudah jadi keperluan penting yang memang diperlukan pemandu kereta moden masa kini.

Jadi, tunggu apa lagi? Segera ke kedai aksesori berdekatan dan lengkapkan senarai gajet di bawah:

1. PENGECAS TELEFON PINTAR

pengecaj-kereta
Hari ini, telefon bimbit sudah jadi keperluan penting yang sebaris dengan kad pengenalan dan dompet atau beg duit. Telefon bimbit bukan tentang keseronokan saja seperti mengemaskini Facebook dan Twitter, atau mengambil foto, tetapi juga penting untuk melakukan perkara utama peranti itu dicipta, iaitu buat panggilan telefon! Anda perlu kekal berhubung, terutama ketika kecemasan.

Jadi, telefon pintar perlu sentiasa aktif dengan kuasa bateri mencukupi. Banyak kereta hari ini sudah menyediakan port USB yang boleh digunakan untuk mengecas. Namun, bagi kereta yang tiada ciri itu, anda boleh membeli pengecas yang boleh dipasang pada soket 12V dalam kereta. Belilah pengecas 2 port atau lebih supaya dapat berkongsi dengan penumpang lain.

BACA >>> 6 Perkara Menarik Anda Perlu Tahu Mengenai Perodua Myvi Baharu (2018) – Harga Bermula RM44,300

Namun, kebanyakan kereta moden hari ini seperti Myvi dan Saga baharu, sudah siap dilengkapi palam USB siap terbina dalam kereta.  Cuma perlu sediakan kabel pengecas saja.

2. PEMEGANG FON

pemegang-fon
Perlu dibeli sebagai persediaan jika mahu menggunakan aplikasi navigasi (GPS) seperti Waze atau Google Maps. Ingat, memandu sambil memegang telefon bimbit ialah satu kesalahan dan boleh ditahan peronda jalan raya (baca: polis). Ada banyak jenis pemegang fon, sama ada jenis pelekap pada cermin depan atau atas papan pemuka, ataupun jenis pengepit yang diselitkan pada ventilator penyaman udara atau

Gajet ini juga berguna ketika memandu jauh kerana boleh digunakan sebagai pemegang fon untuk peranti tablet seperti iPad supaya penumpang dalam kereta, terutama kanak-kanak tidak bosan duduk lama dalam kereta.

BACA >>> Apakah Android Auto? Ketahui Fakta Lengkap Tentang Aplikasi Bebas Tangan Memandu Ini

Abaikan jika kereta anda sudah ada set infotainment siap dengan fungsi GPS sama ada versi pengeluar atau dilengkapkan sistem operasi Apple CarPlay atau Android Auto. Tetapi, lokasi dituju mesti diset sebelum memandu.

3. KIT BEBAS TANGAN

fon-telinga
Kit bebas tangan (handsfree) sebenarnya dikhaskan untuk menjawab panggilan telefon, tetapi juga boleh dijadikan fon telinga untuk mendengar muzik. Seperti semua tahu, menggunakan telefon ketika memandu ialah satu kesalahan dan boleh dikompaun abang polis.

Pilihlah kit bebas tangan jenis konvensional dengan wayar bersambung terus ke telefon, ataupun jenis wayarles yang disambung menggunakan Bluetooth.

Pun boleh diabaikan jika kereta anda sudah ada ciri bebas tangan yang boleh dipadankan terus antara telefon pintar dan stereo kereta, termasuk pembesar suara menggunakan Bluetooth. Tetapi tidak salah beli kalau mahukan privasi, tambahan lagi kalau perlu jawab panggilan ketika ada penumpang dalam kereta.

4. KAMERA PEMUKA (DASHCAM)

dashcam-kamera-pemuka
Ini gajet baharu yang semakin meluas digunakan dalam kereta moden hari ini. Toyota misalnya antara pengeluar yang menawarkan kamera pemuka atau dashcam sebagai ciri standard kenderaan itu di Malaysia. Dashcam biasanya dipasang di sebalik cermin pandang belakang, cermin depan atau atas papan pemuka. Fungsi utama ialah sebagai perakam apa saja yang berlaku di depan cermin (atau belakang).

Rakaman diaktifkan secara automatik apabila enjin dihidupkan, manakala had rakaman bergantung kepada kapasiti kad memori. Dashcam berfungsi sebagai peranti keselamatan dan bukti sekiranya terbabit kemalangan atau menyaksikan insiden kecemasan.

5. PAYUNG

payung
Walaupun bukan alatan elektronik, payung mungkin juga boleh dimasukkan dalam senarai gajet asas kereta. Payung cuma sangat berguna apabila hujan. Tambahan pula jika tinggal di rumah jenis apartment kerana anda perlu berjalan beberapa meter sebelum sampai ke kawasan lif atau tempat berbumbung.

Tidak apa kalau basah kuyup ketika balik kerja, tetapi lain pula jadinya kalau baru masuk kerja. Hah, tak pasal-pasal kena minta cuti kecemasan untuk balik rumah tukar baju. Boleh beli payungsaiz kompak dan letak di bawah kerusi. Tidak perlu yang mahal sangat pun. Payung juga boleh dijadikan senjata jika diperlukan.

5 gajet kereta wajib ada aksesori autotainment gajet asas kereta gajet kereta Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

06/03/2026
Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.