• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / 5 Finalis Berebut Gelaran Motosikal Terbaik Indonesia 2018, Skuter Dominasi Pencalonan

5 Finalis Berebut Gelaran Motosikal Terbaik Indonesia 2018, Skuter Dominasi Pencalonan

October 16, 2018 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


KALAU kapcai menjadi pilihan popular penunggang di Malaysia, sebaliknya penunggang Indonesia lebih sukakan skuter. Ini mungkin disebabkan faktor jalan raya di bandar besar sana yang macet atau sesak teruk hingga menyebabkan motosikal jenis klac mati semakin diabaikan.

Sama situasinya dengan pemilik kereta Malaysia yang perlahan-lahan melupakan transmisi manual dek tidak sanggup menekan klac ketika beratur atas jalan.

BACA >>> 10 Motosikal Paling Laris di Indonesia, Skuter Honda BeAT Jadi Kegilaan

Terbaharu di Indonesia, 4 daripada 5 model motosikal yang menjadi pilihan ahli Persatuan Industri Motosikal Indoensia (AISI) ialah daripada segmen automatik (dipanggil matic) atau lebih jelas lagi, skuter. Pilihan dibuat pasukan juri Forum Wartawan Automotif (Forwot) Indonesia.

Ada 5 model terpilih ke final berdasarkan pilihan 73 juri daripada jurnalis permotoran media cetak dan atas talian, terdiri:

  • Honda PCX
  • Honda PCX Hybrid
  • Kawasaki W175
  • Suzuki NEX II
  • Yamaha Lexi

Semua motosikal di atas mengalahkan 25 model lain yang berada di pasaran republik itu sepanjang September 2017 hingga Ogos 2018. Menariknya, finalis Forwot tahun ini didominasi produk dalam segmen skuter. Kemudian, daripada 5 calon tersebut, pasukan juri akan memilih pula satu model juara untuk dinobatkan sebagai motosikal terbaik FMY (Forwot Motorcycle of the Year) 2018.

Ada 10 aspek akan dinilai pasukan juri, iaitu:

  • Rekabentuk
  • Keselesaan
  • Sekuriti
  • Nilai ekonomi
  • Pengendalian
  • Prestasi
  • Fungsional
  • Mesra alam
  • Pengalaman tunggangan
  • Harga

Setiap juri jurnalis dibuat berdasarkan kajian, pengetahuan dan pengalaman sebenar jurnalis tentang sesuatu model motosikal tersebut. Anugerah FMY 2018 akan diumumkan pada 28 Oktober ini di Jakarta.

BACA >>> Skuter Kuasai 84 Peratus Pasaran Motosikal Indonesia, Kapcai Bakal Pupus?

HONDA PCX HYBRID
HONDA PCX
KAWASAKI W175
SUZUKI NEX II
YAMAHA LEXI

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: AISI, Auto Terkini, FMY 2018, Forum Wartawan Automotif (Forwot) Indonesia, Forwot, Forwot Motorcycle of the Year, Indoensia, Motosikal Terbaik Indonesia 2018, Persatuan Industri Motosikal Indoensia (AISI), roda2, Sepeda Motor, skuter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev