Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»5 Fakta Pantas Tentang Volvo XC60 (2018) – Kini di Malaysia, Harga Bermula RM298,888
Auto Terkini

5 Fakta Pantas Tentang Volvo XC60 (2018) – Kini di Malaysia, Harga Bermula RM298,888

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/05/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLVO Car Malaysia (VCM) secara rasmi memperkenalkan XC60 T8 Twin Engine ke pasaran Malaysia. Berikut fakta ringkas yang perlu anda tahu tentang model kenderaan utiliti sukan (SUV) premium itu, yang diiktiraf Euro NCAP sebagai SUV besar paling selamat pada 2017:

1. HARGA PREMIUM, 2 VARIAN

Ada dua pilihan varian ditawarkan, T8 (dua trim) dan T5. Semua varian yang dibawa masuk adalah versi import (CBU) sepenuhnya, manakala unit pemasangan tempatan (CKD) dijadualkan diperkenalkan April ini.

  • XC60 T8 Twin Engine Inscription- RM333,888
  • XC60 T8 Twin Engine Inscription Plus- RM343,888
  • XC60 T5- RM298,888

2. DUA OPSYEN TRIM

Varian XC60 T8 Twin Engine ditawarkan dalam dua opsyen trim: Inscription dan Inscription Plus, merangkumi sistem audio Premium Bowers and Wilkins, dan 15 unit pembesar suara bersama ampilifier Class-D.

3. PLATFORM SPA, 5-BINTANG EURO NCAP

volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018

Seperti model Volvo lain, XC60 dibangunkan menggunakan platform Arkitektur Produk Berskala (Scalable Product Architecture – SPA) yang  mengekalkan rekabentuk sama seperti abang besar yang lain. Persamaan rekaan luaran dapat dilihat menerusi bentuk badan maskular dan kehalusan kualiti yang ditampilkan.

XC60 turut mencatatkan rating 5-bintang dalam ujian perlanggaran Euro NCAP 2017 dengan skor 98 peratus bagi perlindungan ke atas Penumpang Dewasa dan 95 peratus untuk Bantuan Keselamatan dalam kelas Off-Road Besar (Large Off-Road). Malah XC60 dinobatkan sebagai model paling selamat 2017 dalam kelas Off-Road Besar daripada badan ujian keselamatan dari Eropah itu.

Skor tinggi itu diperoleh menerusi penambahbaikan ciri teknologi keselamatan Volvo yang terdiri daripada sistem sokongan pemandu dan sistem keselamatan aktif, IntelliSafe.

4. PADUAN TURBO, SUPERCAS DAN MOTOR ELEKTRIK

Volvo XC60 dilengkapi paduan enjin T8 Twin pengecas turbo dan supercas petrol dengan motor elektrik yang menghasilkan kuasa 407hp (320hp – enjin + 87hp – motor elektrik) dan tork 640Nm (400Nm – enjin + 240Nm – motor elektrik). XC60 T5 pula dijana enjin pengecas turbo berkuasa 254hp dan tork 350Nm.

Kotak gear menggunakan sistem transmisi automatik 8-kelajuan Geartronic. Pecutan 0-100kmj boleh dibuat sepantas 5.3 saat, manakala catatan penjimatan bahan api ialah 2.1 liter per 100km.

5. CITY SAFETY™, DENGAN MITIGASI LORONG

Sistem IntelliSafe diberikan sebagai ciri standard pada XC60, terdiri daripada sistem keselamatan dalam bandar, City Safety™ menerusi ciri Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS) dan Amaran Perlanggaran Belakang (RCW) dan Mitigasi (cuma menyebut beberapa ciri).

City Safety™  dan BLIS kali ini didatangkan dengan Bantuan Kemudi (Steer Assists) yang membolehkan stereng dikawal automatik apabila situasi memerlukan bagi mengelak sebarang potensi perlanggaran. City Safety™  akan mengesan dan mengelak risiko kemalangan dengan kenderaan lain, termasuk pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan bersaiz besar.

Mitigasi Lorong (Lane Mitigation) pula ialah sistem baru ditawarkan XC60 yang berfungsi membantu pemandu mengelak bertembung kenderaan di laluan sisi menerusi amaran. Jika situasi terdesak, Bantuan Kemudi akan diaktifkan dan haluan kereta akan dipesongkan daripada arah kenderaan yang datang.

Bantuan Pilot (Pilot Assist) Volvo pula berfungsi mengawal stereng, pecutan dan brek sepanjang pemanduan dengan kelajuan hingga 130kmj.

GALERI

harga volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
harga volvo xc60 malaysia 2018
harga volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
harga volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
volvo xc60 malaysia 2018
City Safety Intellisafe Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV VCM Volvo Volvo Car Malaysia Volvo XC60 XC60 XC60 T5 XC60 T8 Twin Engine XC60 T8 Twin Engine Inscription XC60 T8 Twin Engine Inscription Plus
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Toyota Hilux Travo 2026 Debut Di Bangkok, Generasi Kesembilan Kini Dengan Versi EV

    30/03/2026
    Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu maut
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Ragut Nyawa, Politikus Desak Hukuman Lebih Berat

    30/03/2026
    Petronas logo
    Auto Terkini

    Petronas Tidak Terlibat Cadangan Bekal Bahan Api ke Filipina

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Thailand Terima Toyota Land Cruiser FJ – SUV Kompak, 166 Horsepower, Dari RM152k

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.