Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»5 Fakta Pantas Tentang Yamaha X-Max 250 (2018) – Harga Bawah RM25k!
Roda2

5 Fakta Pantas Tentang Yamaha X-Max 250 (2018) – Harga Bawah RM25k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/07/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan pra tayang Yamaha X-Max 250 untuk pasaran tempatan. Harap bersabar, abang, kakak dan adik skuter sekalian perlu menunggu hingga Mac nanti sebelum model itu dibenarkan berada di negara tercinta ini.

Jadi, buat masa sekarang, HLYM memutuskan untuk tidak mengumumkan harga X-Max 250. Menurut HLYM, harga skuter itu adalah di bawah RM25,000. Amacam, ada minat?

Jangan cakap banyak, kita baca dulu 5 fakta pantas tentang Yamaha X-Max 250:

1.  ENJIN BERKUASA

Sebagai skuter kelas menengah atas, X-Max 250 didatangkan dengan enjin 4-lejang 249cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 20hp pada 7,500 rpm dan tork 21Nm (6,000rpm), manakala hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan sistem transmisi V-Belt Automatik.

2. DIMENSI

yamaha x-max 250 malaysia
yamaha x-max 250 malaysia
yamaha x-max 250 malaysia

X-Max 250 memiliki dimensi panjang (2160mm), lebar (790mm) dan tinggi (1385mm). Tinggi pelana 785mm agak tinggi, manakala kapasiti tangki minyak pula 13.2 liter dengan berat jentera 182kg. Jarak kelegaan tanah cukup baik dan tinggi, iaitu 125mm yang pasti memudahkan skuter Yamaha ini meredah sebarang bonggol dan laluan tidak rata.

3. SUSPENSI

Bahagian suspensi menggunakan fork teleskopik bersama travel 110mm di depan, dan dua unit absorber spring bersama travel 84mm (belakang). Tugas membrek diserahkan kepada cakera tunggal 267mm (depan) dan 240mm (belakang) berserta ciri Sistem Keselamatan Anti-Kunci (ABS).

Dinamik tunggangan dan keyakinan membelok dibantu tayar depan bersaiz 120/70 R15 dan tayar belakang bersaiz 140/70 R14.

4. PENAMPILAN

yamaha x-max 250 malaysia
yamaha x-max 250 malaysia
yamaha x-max 250 malaysia

Skuter berbadan besar itu dilengkapi dua unit lampu depan LED dan dipadankan visor pengadang angin untuk keselesaan tunggangan jauh. Bahagian sisi terhidang ekzos besar dan ada pula ruang simpananc ukup luas yang mampu menampung dua helmet .

Tidak ketinggalan, soket mengecas atas papan pemuka. Seksyen belakang pula tersedia lampu henti gaya ramping, ditarik sepanjang sisi badan hingga belakang yang memberikan imej sporty. Secara keseluruhan, penampilan luaran X-Max 250 tampak bergaya sporty dan elegan ala skuter Eropah.

Bahagian instrumen mengadunkan paduan panel digital dan analog yang dibahagikan kepada tiga kluster. Kiri dan kanan ialah panel analog, manakala tengah adalah panel digital.

5. CIRI KESELAMATAN

Selain rekabentuk elegan dan menarik, X-Max 250 turut dilengkapkan ciri keselamatan tertinggi. Selain ABS, skuter itu dipasangkan fungsi immobiliser dan kawalan jauh menerusi kunci pintar, dipanggil Sistem Smart Key Keyless Ignition.

GALERI

yamaha x-max 250 malaysia
yamaha x-max 250 malaysia
yamaha x-max 250 malaysia
yamaha x-max 250 malaysia
yamaha x-max 250 malaysia
yamaha x-max 250 malaysia
yamaha x-max 250 malaysia
yamaha x-max 250 malaysia
yamaha x-max 250 malaysia
yamaha x-max 250 malaysia
yamaha x-max 250 malaysia
yamaha x-max 250 malaysia
yamaha x-max 250 malaysia
yamaha x-max 250 malaysia
yamaha x-max 250 malaysia
yamaha x-max 250 malaysia
yamaha x-max 250 malaysia
enjin yamaha x-max 250 harga yamaha x-max 250 roda2 skuter skuter yamaha x-max 250 yamaha x-max yamaha x-max 250 yamaha x-max 250 malaysia
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Stesen minyak Petron
Auto Terkini

Petron Malaysia Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.