Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»4.95j Pesalah Saman JPJ Bakal Disenarai Hitam Mula 2026
Auto Terkini

4.95j Pesalah Saman JPJ Bakal Disenarai Hitam Mula 2026

SyafieBy Syafie09/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli

DENGAN hanya baki 20 hari sebelum menutup tirai 2025, jutaan pemandu masih gagal melangsaikan saman trafik, dan bakal berdepan risiko disenarai hitam dan dilarang terus berada di jalan raya apabila pihak berkuasa memperketatkan penguatkuasaan bermula tahun depan.

Kini, 4.95 juta saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bernilai kira-kira RM1.48 bilion masih belum dijelaskan, manakala hampir RM6.6 bilion saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) kekal tertunggak.

Pemandu yang gagal melangsaikan saman bukan saja bakal dihalang memperbaharui lesen memandu atau cukai jalan, tetapi berisiko dikenakan tindakan mahkamah.

Lebih membimbangkan, kegagalan menyelesaikan saman juga boleh menyebabkan kelayakan subsidi petrol BUDI95 digugurkan, kerana bantuan tersebut berkait terus dengan status lesen memandu.

Diskaun hingga 70 Peratus Tamat 31 Disember

Sejak November lalu, JPJ dan PDRM menawarkan diskaun 50 hingga 70 peratus bagi menggalakkan pesalah melunaskan saman tertunggak. Bagaimanapun, tempoh tawaran itu berakhir 31 Disember 2025.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata setakat Isnin lalu, hanya 362,230 saman bernilai RM47.85 juta diselesaikan sejak tempoh kelonggaran bermula 1 November 2025, bersamaan kira-kira 7 peratus daripada keseluruhan saman tertunggak.

Kira-kira 4.95 juta saman yang dikeluarkan sejak 2010 masih belum dibayar,” katanya.

Beliau menasihatkan pemilik saman segera mengambil peluang membayar sebelum tamat tempoh diskaun bagi mengelakkan tindakan lanjut dikenakan.

Disenarai Hitam, Lesen dan Cukai Jalan Tidak Boleh Diperbaharui

Aedy Fadly berkata, pemandu yang gagal menjelaskan saman sebelum tarikh akhir bakal dikenakan tindakan lebih tegas, seperti:

  • Disenarai hitam
  • Sekatan pembaharuan lesen memandu
  • Sekatan cukai jalan kenderaan
  • Tindakan mahkamah

Peraturan trafik diwujudkan bagi memastikan pemanduan lebih selamat dan bertanggungjawab. Rasa tanggungjawab bersama di jalan raya perlu dipupuk demi keselamatan semua pengguna.

“Melunaskan saman mengukuhkan pematuhan terhadap undang-undang lalu lintas dan membantu membina budaya keselamatan jalan raya yang ideal,” katanya.

‘Pay Fast, Pay Less‘ Bermula 1 Januari 2026

Bermula 1 Januari 2026, semua saman trafik JPJ dan PDRM diselaraskan di bawah sistem baharu berasaskan konsep:

“Bayar cepat, bayar kurang.”

Di bawah struktur kompaun baharu itu:

  • Diskaun 50 peratus jika bayar dalam tempoh 15 hari
  • Diskaun 33 peratus jika bayar dalam tempoh 30 hari
  • Tiada diskaun selepas 30 hari
  • Disenarai hitam dan tindakan mahkamah jika gagal bayar dalam 60 hari

Sistem baharu itu menggantikan pendekatan kempen diskaun besar-besaran yang selama ini dilaksanakan secara bermusim.

Respons Orang Ramai ‘Menggalakkan’

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, sambutan terhadap tempoh kelonggaran sejak awal November amat memberangsangkan.

Setiap hari ramai hadir untuk membayar saman. Kami menasihatkan semua pemilik saman tertunggak mengambil peluang ini kerana diskaun akan tamat pada 31 Disember,” katanya.

Beliau menegaskan, mereka yang masih enggan melunaskan saman selepas tarikh tersebut akan dikenakan sekatan pembaharuan cukai jalan dan disenarai hitam.

Saluran Pembayaran Saman

Bagi memudahkan orang ramai menjelaskan saman, JPJ menyediakan beberapa saluran pembayaran seperti:

  • Aplikasi MyJPJ
  • Kiosk JPJ
  • Kaunter di pejabat JPJ seluruh negara

SUMBER: TheStar

 

Auto Terkini Datuk Aedy Fadly Ramli Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) saman jpj Saman Trafik
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.