Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»250,000 Unit Honda City Atas Jalan Raya Malaysia Sejak 2001
Auto Terkini

250,000 Unit Honda City Atas Jalan Raya Malaysia Sejak 2001

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS Honda City facelift mencatatkan rekod tempahan 2,000 unit dalam masa 10 hari sejak dilancarkan Mac lalu, Honda Malaysia sekali lagi mencatatkan rekod baharu bulan ini apabila jualan bagi model Honda City sejak generasi ke-2 mencapai jualan 250,000 unit. Honda City dipasang di Malaysia sejak 2001 dan pencapaian tersebut ialah bukti rakyat tempatan menggemari model segmen B itu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda (CEO) Malaysia, Katsuto Hayashi menyuarakan penghargaan kepada semua pemilik City seluruh negara.

Kami menghargai dan berterima kasih kepada semua 250,000 pemilik Honda City. Sokongan dan maklum balas pelanggan mendorong kami untuk menghasilkan penanda aras baharu model ini bagi setiap generasi dihasilkan.

Sokongan pelanggan dan kepercayaan terhadap jenama Honda membolehkan model-model kenderaan kami menjadi peneraju segmen termasuk City yang merupakan peneraju kereta segmen B.”

– Katsuto Hayashi, CEO Honda Malaysia

Model global, Honda City menerima sambutan konsisten daripada rakyat Malaysia setiap kali generasi baharu memasuki pasaran. Jualan City sebenarnya adalah penyumbang utama dalam melonjakkan Honda Malaysia sebagai pengeluar automobil bukan nasional nombor satu untuk dua tahun berturut-turut pada 2015 dan 2016.

Selain itu, City turut membantu Honda Malaysia menduduki tempat kedua dalam jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) pada 2016.

FAKTA KENAPA HONDA CITY LARIS

Generasi 1
Generasi ke-2
Generasi ke-3
Generasi ke-4
  • Honda City ialah model global Honda.
  • Honda City ialah model pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia sejak generasi ke-2 hingga kini (ke-4).
  • Honda City generasi ke-2 terjual lebih 61,000 unit.
  • Honda City generasi ke-3 terjual lebih 84,000 unit.
  • Honda City generasi ke-4 paling berjaya setakat ini – 33 peratus penguasaan pasaran dalam segmen B pada 2014 dan 39 peratus pada penghujung Disember 2016.
  • Honda City generasi ke-4 terjual 100,000 unit – Mac 2014 – Disember 2016.
  • Mewakili 38 peratus daripada jualan keseluruhan Honda bermula Mac 2014 hingga Disember 2016.
  • Honda City facelift sudah ditempah 2,500 unit sejak 2 Mac 2017.
  • Taffeta White (putih) dan Modern Steel (perak) ialah warna paling popular.
  • Jualan Honda City generasi ke-4 meletakkan Honda Malaysia sebagai pengeluar automobil bukan nasional nombor satu negara ini dalam dua tahun berturut-turut, 2015 dan 2016.
  • Honda City generasi ke-4 turut membantu Honda Malaysia menduduki tempat kedua dalam jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) pada 2016.
  • Faktor pilihan ialah berteraskan konsep ‘Man Maximum Machine Minimum’, iaitu memberikan keutamaan kepada ruang berserta keselesaan pemandu dan penumpang.
  • Kereta yang ideal untuk pelbagai golongan seperti bujang, famili, pemandu muda dan senior, di mana sedan ini sesuai dipandu sama ada dalam bandar atau berjalan jauh.

Pembeli Honda City ke 250,000 ialah Tan Kian Hui dari Klang, Selangor yang memilih varian V warna Modern Steel Metallic dan model itu dibeli daripada Tiong Nam Motor (M) Sdn Bhd. Tuah Kian Hui itu membolehkan dia menerima hadiah daripada Honda Malaysia berupa baucar servis bernilai RM1,000, set barangan Honda dan pakej Modulo Urban dan Utility bernilai RM5,300.

Kian Hui adalah salah seorang daripada 25 pemenang bertuah baucar servis bernilai RM1,000, dan masih ada lagi 24 baucar yang terbuka buat pelanggan Honda. Honda Malaysia turut menganjurkan beberapa program seperti Promosi Tawaran Terbaik (Best Deals Promotion), Masa Terbaik untuk Dapatkan Perlindungan Terbaik dengan Ecotint (Best Time to Get Best Protection with Ecotint) dan Peraduan Dinding Mencari Harun Karun Digital (The Digital Treasure Hunt Wall Contest).

Auto Terkini Honda Honda City Honda Malaysia kenapa Honda City laris sedan segmen-B
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026

3 Comments

  1. Suriati Azahari on 19/12/2018 11:07

    Tlg semak kelayakan

    Reply
  2. Suriati Azahari on 19/12/2018 11:08

    Wasap no 01158378965

    Reply
  3. Muhamad farus azahar on 30/09/2019 13:01

    Tolong semak kelayakan

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.