Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»248 Stesen Minyak di Kelantan Kekal Operasi Sepanjang Aidilfitri Nanti
Auto Terkini

248 Stesen Minyak di Kelantan Kekal Operasi Sepanjang Aidilfitri Nanti

SyafieBy Syafie27/03/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBANYAK 248 stesen minyak di seluruh Kelantan akan beroperasi seperti biasa sempena Aidilfitri nanti, menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail.

Beliau memberi jaminan orang ramai tidak perlu risau tentang bekalan minyak pada perayaan ini.

Azman menjelaskan, kebanyakan stesen minyak beroperasi seperti biasa, tetapi beberapa stesen memohon untuk beroperasi sedikit lewat. Selain itu, beberapa premis juga memohon melanjutkan waktu perniagaan, dan permohonan tersebut sudah diluluskan KPDN.

Beliau menegaskan, sebarang operasi yang tidak mematuhi peraturan, seperti menutup atau beroperasi lewat tanpa pemberitahuan kepada KPDN, akan dikenakan tindakan undang-undang. Ini bagi memastikan kestabilan perkhidmatan dan keperluan rakyat sepanjang perayaan.

Dari segi jumlah, Kelantan mempunyai 248 stesen minyak, dengan 48 stesen terletak di kawasan sempadan. Stesen di kawasan sempadan itu turut memohon menambah kuota minyak bagi menghadapi permintaan lebih tinggi pada Aidilfitri.

Sementara itu, Kerajaan Negeri Kelantan menetapkan hanya empat premis ditutup pada Hari Raya pertama, iaitu pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka, dan restoran makanan segera. Premis selain daripada kategori itu dibenarkan beroperasi seperti biasa.

SUMBER: HarianMetro

Auto Terkini Hari Raya Aidilfitri 2025 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan Stesen Minyak Kelantan
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.