• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #2018GPMalaysia: Marquez Juara, Rossi Sengsara, Hafizh Harap Keajaiban!

#2018GPMalaysia: Marquez Juara, Rossi Sengsara, Hafizh Harap Keajaiban!

November 4, 2018 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


WALAUPUN  sudah sah bergelar juara MotoGP 2018, nafsu adinda Marc Marquez seakan tidak kunjung padam apabila meraih kemenangan buat sekian kalinya di GP Malaysia yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) 2018, sebentar tadi.

Pada masa sama, pelumba paling berduka cita sudah tentu kekanda Valentino Rossi apabila terjatuh ketika saingan cuma berbaki lagi 4 pusingan. Lebih menyedihkan, dia ketika itu berada di depan sekali dan hampir pasti bergelar juara GP Malaysia.

Malah insiden malang itu membuka ruang kepada adinda Marquez memintas beliau untuk merangkul kejuaraan GP Malaysia yang tinggal satu lagi pusingan sebelum menutup tirai 2018. Rossi turut terlepas peluang memintas Andrea Doviziosodi tempat kedua dalam ranking keseluruhan yang kini ketinggalan 25 mata di belakang lawannya itu.

BACA >>> Status Pasal Hafizh Lebih Laku daripada Marquez dan Rossi

Sementara itu, dalam perebutan rookie terbaik, pelumba negara Hafizh Syahrin nyata tidak menghampakan peminat di tanah air apabila menamatkan aksi dalam kelompok 10 pelumba terbaik, iaitu di kedudukan kesepuluh dengan meraih 6 mata berharga.

Namun, pesaing rookie paling hampir, Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) pun tidak jauh  ditinggalkan, iaitu di tempat ke-12 dengan mengumpul 4 mata. Jadi, secara keseluruhan, Hafizh masih di belakang Morbidelli dengan beza 10 mata. Cuma keajaiban mampu melakarkan sejarah buat Hafizh di Sepanyol, dua minggu nanti.

KEPUTUSAN GP MALAYSIA 2018

  1. Marc Marquez ESP Repsol Honda (RC213V) 40m 32.372s
  2. Alex Rins ESP Suzuki Ecstar (GSX-RR) 40m 34.270s
  3. Johann Zarco FRA Monster Yamaha Tech3 (YZR-M1) 40m 34.846s
  4. Maverick Viñales ESP Movistar Yamaha (YZR-M1) 40m 37.039s
  5. Dani Pedrosa ESP Repsol Honda (RC213V) 40m 38.562s
  6. Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP18) 40m 43.620s
  7. Alvaro Bautista ESP Angel Nieto Team (GP17) 40m 47.983s
  8. Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP17) 40m 51.381s
  9. Danilo Petrucci ITA Pramac Ducati (GP18) 40m 55.293s
  10. Hafizh Syahrin MAL Monster Yamaha Tech3 (YZR-M1)* 40m 59.291s
  11. Aleix Espargaro ESP Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 41m 1.875s
  12. Franco Morbidelli ITA EG 0,0 Marc VDS (RC213V)* 41m 3.305s
  13. Stefan Bradl GER LCR Honda (RC213V) 41m 7.694s
  14. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V)* 41m 10.284s
  15. Bradley Smith GBR Red Bull KTM Factory (RC16) 41m 12.047s
  16. Thomas Luthi SWI EG 0,0 Marc VDS (RC213V)* 41m 14.192s
  17. Xavier Simeon ESP Reale Avintia (GP17)* 41m 16.350s
  18. Valentino Rossi ITA Movistar Yamaha (YZR-M1) 41m 30.660s
  19. Scott Redding GBR Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 41m 32.563s
  • Pol Espargaro ESP Red Bull KTM Factory (RC16) DNF
  • Michele Pirro ITA Ducati Team (GP18) DNF
  • Karel Abraham CZE Angel Nieto Team (GP16) DNF
  • Andrea Iannone ITA Suzuki Ecstar (GSX-RR) DNF
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2018 MotoGP, GP Malaysia, Hafizh Syahrin, Marc Marquez, MotoGP 2018, sukan permotoran, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
  • #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
    #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my