Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»MotoGP»#MotoGP2026: 20,000 Peminat Gegar Ibu Kota Sempena Pelancaran Musim 2026
MotoGP

#MotoGP2026: 20,000 Peminat Gegar Ibu Kota Sempena Pelancaran Musim 2026

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam21/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Tirai MotoGP 2026 gegar Kuala Lumpur

KEJUARAAN Dunia MotoGP memulakan tirai musim 2026 dengan cara paling dramatik apabila Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi pelancaran musim rasmi.

Bukan sekadar acara biasa, ibu kota Malaysia itu menyaksikan dua hari ‘takeover’ penuh warna-warni yang menghimpunkan 20,000 peminat untuk menyambut kehadiran pelumba dan pasukan kegemaran mereka.

Acara itu membuktikan status Malaysia sebagai antara pasaran penting dalam kalendar MotoGP. Dari acara glamor hingga aksi deruman enjin di ibu kota, Kuala Lumpur bertukar menjadi pentas global sebelum lampu perlumbaan rasmi menyala.

Malam Gala Penuh Glamor Tengah Kota

Tirai MotoGP 2026 gegar KL
Tirai MotoGP 2026 gegar KL

Tirai dibuka dengan acara parti rasmi di Menara Permata Sapura pada malam Jumaat, lengkap dengan pemandangan panorama bandar yang memukau. Padukan pelumba melangkah di karpet merah, manakala seluruh padok tampil segak dalam busana formal sebelum bertukar ke mod perlumbaan untuk acara utama.

Sentuhan glamor itu memberi dimensi berbeza kepada pelancaran musim, menampilkan MotoGP bukan sekadar sukan, tetapi jenama hiburan global yang menggabungkan gaya hidup, selebriti dan budaya pop.

Cuaca Tidak Menentu, Acara Tetap Berjalan

Tirai MotoGP 2026 gegar KL

Selepas jentera dipamerkan sekitar bandar pada hari pertama, malam Sabtu menjadi kemuncak apabila enjin dihidupkan untuk sesi Show Run. Hujan sebelum acara bermula hanya menambah elemen dramatik, sebelum cuaca kembali reda tepat pada masa.

Setiap pasukan diberi peluang melakukan dua pusingan persembahan di jalan raya yang dipenuhi peminat.

Pelumba bukan saja mempamerkan kelajuan, tetapi gaya tersendiri sebelum menuju pentas utama untuk menyapa ribuan penyokong.

Konsert Mega, Final Taraf Antarabangsa

Acara rasmi bermula sekitar jam 7.30 malam, sebelum jentera pertama dilepaskan sejam kemudian. Selepas semua pelumba grid 2026 membuat kemunculan, suasana bertukar menjadi festival muzik dengan persembahan kumpulan terkenal The Script, DJ PAWSA dan kumpulan tempatan DOLLA.

Kemuncak malam menyaksikan semua pelumba naik ke pentas bersama artis untuk sesi fotografi terakhir, menutup acara dengan penuh gaya. Gabungan sukan dan hiburan ini jelas menunjukkan hala tuju baharu MotoGP sebagai pengalaman menyeluruh untuk peminat.

Seterusnya: Ujian Buriram, Musim 2026 Bermula

Selepas pelancaran penuh gemilang di Kuala Lumpur, tumpuan beralih ke sesi ujian pramusim di Buriram, Thailand. Dua hari ujian penting itu bakal menjadi pentas terakhir sebelum musim sebenar bermula.

Musim 2026 menjanjikan 22 sesi Grand Prix (GP), menjadi antara kalendar paling padat dalam sejarah MotoGP. Dengan momentum yang sudah dibina di Kuala Lumpur, pentas kini benar-benar tersedia untuk satu lagi musim yang dijangka mencipta sejarah.

SUMBER: MotoGP

Tirai MotoGP 2026 gegar Kuala Lumpur
Tirai MotoGP 2026 gegar Kuala Lumpur
Tirai MotoGP 2026 gegar Kuala Lumpur
Tirai MotoGP 2026 gegar Kuala Lumpur
Tirai MotoGP 2026 gegar Kuala Lumpur
Tirai MotoGP 2026 gegar Kuala Lumpur
Tirai MotoGP 2026 gegar Kuala Lumpur
Tirai MotoGP 2026 gegar Kuala Lumpur
Tirai MotoGP 2026 gegar KL
Tirai MotoGP 2026 gegar Kuala Lumpur
Tirai MotoGP 2026 gegar Kuala Lumpur
Tirai MotoGP 2026 gegar Kuala Lumpur
Tirai MotoGP 2026 gegar KL
Tirai MotoGP 2026 gegar Kuala Lumpur
Tirai MotoGP 2026 gegar Kuala Lumpur
Tirai MotoGP 2026 gegar Kuala Lumpur
2026 MotoGP Auto Terkini Kejuaraan Dunia MotoGP klcc Konsert Mega Kuala Lumpur Menara Berkembar PETRONAS MotoGP Kuala Lumpur Musim 2026 MotoGP Pelancaran MotoGP
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Lebuhraya WCE
Auto Terkini

160,000 Kenderaan Dijangka Penuhi WCE Hujung Minggu Ini

21/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

21/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Beri Potongan 30 Peratus untuk Balik Kampung Tanpa Jem

20/02/2026
Auto Terkini

Toyota RAV4 PHEV 2026 Lancar di Jepun, Jarak Pemanduan Elektrik 150 km!

19/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.