
SUATU ketika dahulu, angka 1,000hp dianggap mustahil untuk kereta pengeluaran jalanan. Namun pada 2025, empat digit kuasa sudah menjadi kebiasaan, hasil pacuan teknologi elektrifikasi dan hibrid prestasi tinggi.
Berikut senarai 20 kereta paling berkuasa sepanjang 2025, disusun secara menurun daripada kedudukan ke-20 hingga kereta paling berkuasa di dunia ketika ini.
20. Tesla Model S Plaid - 1,020hp

Sedan elektrik ini membuktikan prestasi ekstrem tidak lagi eksklusif untuk supercar. Dengan tiga motor elektrik, Tesla S Plaid mampu memecut 0-100kmj sepantas sekitar 2 saat sambil mengekalkan praktikaliti harian.
- Anggaran harga baharu: sekitar RM580,000 (pasaran Amerika Syarikat)
- Nilai koleksi: Rendah ke sederhana - pengeluaran besar, tetapi signifikan sebagai ikon awal kenderaan elektrik (EV) 1,000hp
19. SUV Tesla Model X Plaid - 1,020hp

Versi kenderaan utiliti sukan (SUV) kepada Tesla Model S Plaid menawarkan prestasi setara supercar dalam badan famili 7-kerusi, satu gambaran jelas sejauh mana teknologi EV sudah berkembang.
- Anggaran harga baharu: Sekitar RM600,000
- Nilai koleksi: Rendah - Fokus utiliti, bukan eksklusiviti
18. Rivian R1T Quad Motor - 1,025hp

Trak EV dengan empat motor ini bukan saja pantas atas jalan, tetapi berupaya menawan laluan off-road ekstrem tanpa kompromi prestasi.
- Anggaran harga baharu: Sekitar RM450,000
- Nilai koleksi: Sederhana - Model perintis trak EV prestasi
17. Rivian R1S Quad Motor - 1,025hp

Rivian R1S Quad Motor berkongsi trenkuasa R1T, sebagai antara SUV paling berkuasa dunia dengan keupayaan lasak dan praktikal.
- Anggaran harga baharu: Sekitar RM470,000
- Nilai koleksi: Sederhana rendah
16. Mercedes-AMG One - 1,063hp

Mercedes-AMG One ialah kereta hiper jalanan dengan teknologi Formula Satu (F1) sebenar, yang menggunakan enjin 1.6L turbo hibrid hampir sama dengan jentera F1 Mercedes era kejuaraan dunia.
- Anggaran harga baharu: RM12 juta - RM14 juta
- Nilai koleksi: Sangat tinggi - Model F1 sah atas jalan, pengeluaran terhad
15. Chevrolet Corvette ZR1 - 1,064hp

Chevrolet Corvette ZR1 ialah model Chevrolet pertama melepasi 1,000hp, sekali gus membuktikan Amerika masih relevan dalam dunia supercar dengan enjin V8 Twin-Turbo buatan sendiri.
- Anggaran harga baharu: RM1.2 juta - RM1.4 juta
- Nilai koleksi: Sederhana tinggi - pencapaian Corvette
14. Aston Martin Valkyrie - 1,160hp

Hasil kolaborasi dengan Red Bull Advanced Technologies, Aston Martin Valkyrie ialah jentera jalanan paling hampir dengan kereta Formula Satu (F1) dari segi aerodinamik.
- Anggaran harga baharu: RM15 juta - RM18 juta
- Nilai koleksi: Sangat tinggi - Ikon kereta hiper moden
13. Ferrari F80 - 1,184hp

Pengganti spiritual kepada LaFerrari, Ferrari F80 menampilkan enjin V6 hibrid yang menekankan kecekapan dan prestasi maksimum.
- Anggaran harga baharu: Lebih RM15 juta
- Nilai koleksi: Sangat tinggi - Kereta halo Ferrari
12. Lucid Air Sapphire - 1,234hp

Sedan elektrik terpantas dunia ini mencabar persepsi EV hanya sesuai untuk kegunaan harian biasa.
- Anggaran harga baharu: Sekitar RM1.2 juta
Nilai koleksi: Sederhana - Niche EV prestasi
11. Chevrolet Corvette ZR1X - 1,250hp

Chevrolet Corvette ZR1X ialah model hibrid pacuan semua roda (AWD Corvette ZR1 yang digelar sebagai ‘Corvette paling ekstrem dalam sejarah’.
- Anggaran harga baharu: RM1.6 - RM8 juta
- Nilai koleksi: Tinggi - Corvette generasi baharu
10. McLaren W1 - 1,258hp

McLaren W1 ialah mengganti McLaren P1 yang membawa falsafah prestasi hibrid ke tahap baharu dengan menumpukan pemanduan trek.
- Anggaran harga baharu: RM10 juta - RM12 juta
- Nilai koleksi: Sangat tinggi - pengganti P1
9. SSC Tuatara Striker - 1,350 hp

SSC Tuatara Striker ialah kereta hiper Amerika yang terkenal dengan sasaran kelajuan maksimum hampir 300 batu sejam (sekitar 480 kmj), antara kereta terpantas dunia.
- Anggaran harga baharu: RM8 juta - RM9 juta
- Nilai koleksi: Tinggi – Edisi prestasi
8. Czinger 21C VMax - 1,350hp

Czinger 21C VMax menggunakan teknologi cetakan tiga dimensi (3D) dan kecerdasan buatan ( AI), 21C ialah gambaran masa depan pembangunan supercar.
Anggaran harga baharu: RM9 - RM10 juta
Nilai koleksi: Sangat tinggi - teknologi unik
7. Koenigsegg CC850 - 1,385hp

Menampilkan transmisi unik yang boleh berfungsi sebagai automatik dan manual, CC850 ialah karya kejuruteraan luar biasa dari Sweden.
- Anggaran harga baharu: RM15 juta
- Nilai koleksi: Sangat tinggi - Edisi ulang tahun
6. Bugatti Tourbillon - 1,775hp

Bugatti Tourbillon ialah kereta hiper V16 hibrid yang menggantikan Chiron dan menandakan permulaan era Bugatti baharu di bawah Rimac Group.
- Anggaran harga baharu: RM17 - RM19 juta
- Nilai koleksi: Sangat tinggi - Bugatti era baharu
5. Hennessey Venom F5 - 1,817hp

Hennessey Venom F5 direka untuk menembusi had kelajuan 300 batu sejam (483kmj) dan simbol obsesi Amerika terhadap prestasi mutlak.
- Anggaran harga baharu: RM12 - RM14 juta
- Nilai koleksi: Tinggi - Pengeluaran sangat terhad
4. Pininfarina B95 - 1,877hp

Pininfarina B95 ialah kereta hiper EV tanpa bumbung yang dihasilkan terhad 10 unit, yang bukan saja laju, tetapi juga koleksi eksklusif.
- Anggaran harga baharu: RM20 juta+
- Nilai koleksi: Sangat tinggi - hanya 10 unit seluruh dunia
3. Lotus Evija - 1,972hp

Lotus Evija ialah EV pertama Lotus yang membuktikan falsafah 'lightweight' jenama British itu masih relevan walaupun dalam era elektrik.
- Anggaran harga baharu: RM10 - RM12 juta
- Nilai koleksi: Sangat tinggi - EV Lotus pertama
2. Rimac Nevera R - 2,107hp

Rimac Nevera R ialah versi lebih ekstrem kepada Nevera asal. Model itu menetapkan penanda aras baharu prestasi EV global.
- Anggaran harga baharu: RM11 - RM13 juta
- Nilai koleksi: Sangat tinggi - kereta hiper EV ekstrem
1. Koenigsegg Gemera - 2,300hp

Inilah kereta pengeluaran paling berkuasa dunia setakat 2025. Koenigsegg Gemera didatangkan dengan 4-kerusi dan trenkuasa hibrid V8, yang mengubah definisi kereta hiper selama-lamanya.
- Anggaran harga baharu: RM18 - RM20 juta
- Nilai koleksi: Sangat tinggi – Kereta Hiper 4-kerusi
SUMBER: Motor1.com
Leave a Reply