• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 2 Golongan Ini Layak Dapat Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar

2 Golongan Ini Layak Dapat Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar

July 29, 2020 By AI 1 Comment

447
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar yang menumpukan kepada golongan memerlukan.

Ada dua golongan peminjam yang layak mendapatkan Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar, iaitu:

1. Individu yang kehilangan pekerjaan tahun ini dan masih belum dapat pekerjaan baharu. Golongan ini akan menikmati moratorium lanjutan bersasar untuk tempoh tiga bulan. Selepas tiga bulan, tempoh moratorium boleh dilanjutkan bank-bank mengikut situasi individu itu.

2. Individu yang masih bekerjam tetapi gaji terjejas atau berkurangan akibat Covid-19. Golongan ini akan mendapat pengurangan bayaran ansuran bulanan selaras kadar pengurangan gaji mengikut jenis pinjaman.

Contohnya, bagi pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan pada kadar sama dengan pengurangan gaji. Bantuan ini adalah untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dan lanjutan boleh diberikan tertakluk kepada situasi gaji semasa individu terbabit.

Bagi pinjaman sewa beli, pihak bank akan menawarkan pilihan penjadualan ansuran bersesuaian tertakluk Akta Sewa Beli. Contohnya, memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan lebih rendah.

Langkah-langkah ini dijangka memanfaatkan tiga juta individu dan Pengusaha Kecil Sederhana (PKS). Jika lebih ramai memerlukan bantuan, institusi perbankan memberikan komitmen untuk menimbangkan bantuan sewajarnya. Justeru peminjam yang layak boleh menghubungi bank masing-masing untuk buat permohonan bermula 7 Ogos ini.

BACA >>> Covid-19: Bank-Bank Malaysia Tawar Tangguh Bayaran Pinjaman
BACA >>> Beli Dulu Bayar Kemudian, Isuzu Malaysia Tawar Moratorium untuk D-Max Baharu!

447
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Covid-19, Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar, Moratorium, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Comments

  1. Mohd suhaimi says

    July 31, 2020 at 4:02 AM

    Mohon pinjaman

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
    Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
  • Nissan Kicks (2019), Model Termurah Menang Anugerah Interior Terbaik WardsAuto 2019
    Nissan Kicks (2019), Model Termurah Menang Anugerah Interior Terbaik WardsAuto 2019
  • Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
    Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my