Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»12 Fakta Pantas: MINI Convertible Sidewalk Edition di Malaysia, Ansuran RM3.2k Sahaja
Roda4

12 Fakta Pantas: MINI Convertible Sidewalk Edition di Malaysia, Ansuran RM3.2k Sahaja

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MINI Malaysia memperkenalkan MINI Convertible Sidewalk Edition yang mengetengahkan tradisi model  ‘Sidewalk’ pertama pada 2007 sebagai model versi konvertibel dengan kemasan istimewa pada harga RM285,899.47 .

Hanya terhad 20 unit sahaja untuk pasaran Malaysia, kehadiran model ini meraikan keseronokan pemanduan ala go-kart dengan pengendalian hebat dan berkuasa. Berikut 12 fakta pantas yang perlu anda tahu tentang konvertibel ini:

BACA >>> Harga Baharu BMW, MINI Lebih Murah RM7k-RM31k!

1. Dibina berasaskan Cooper S Convertible dengan enjin 4-silinder sebaris 2.0L Turbo B48 berkuasa 192hp dan tork 280Nm yang dipadankan transmisi dual klac (DCT) Steptronic 7-kelajuan membolehkan pecutan 0-100kmj sepantas 7.1 saat, manakala kelajuan maksimum 230kmj. Penjimatan bahan api  mencatatkan 5.7 liter per 100km.

2. Dipadankan warna metalik Deep Laguna, bumbung lembut soft-top, rim Sidewalk Edition dan kemasan kabin khas dengan perincian Sidewalk Edition. Bukaan bumbung elektrik dapat dibuat dalam masa 18 saat dan boleh beroperasi ketika kereta bergerak pada halaju 30kmj.

3. Bumbung fabrik hitam 3 dalam 1 menampilkan corak tenunan Sidewalk dalam warna Titanium Grey. Jalur bonet serba sporty dihiasi corak geometri dan disempurnakan rim aloi dwi tona Scissor Spoke 17 inci 2-tona sebagai rekaan khas Sidewalk.

BACA >>> #TahukahAnda: Vapor Lock Punca Enjin Kereta Lama Tiba-Tiba Jem

4. Masuk ke kabin, Sidewalk Edition dilengkapi MINI Yours Leather Lounge Sidewalk daripada material antrasit yang digandingkan sulaman kontra Petrol dan Energetic Yellow. Efek warna Petrol turut menghiasi trim pintu dan karpet, manakala Energetic Yellow standard untuk varian.

5. Stereng logo Sidewalk tampil kontra dengan warna Petrol yang menyerlahkan imej sporty berserta trim kokpit penuh gaya, yang juga dalam warna Petrol.

6. Menampilkan ciri LED pada lampu depan dan lampu kabus depan/belakang. Ambien kabin ditawarkan dalam 12 pilihan warna, dan turut tersedia mod pemanduan, penyaman udara dwi-zon, kerusi penumpang depan boleh laras elektrik dan pakej ruang simpanan barang.

BACA >>> #ApaNakBuat: Periksa 6 Bahagian Kereta Ini 3 Bulan Sekali

7. Tawaran Pakej Wired terdiri daripada MINI Visual Boost 8.8 inci dengan Sistem Navigasi. Visual Boost boleh dioperasikan dengan skrin sentuh intuitif menerusi fungsi kawalan Mini atau Kawalan Suara. Melalui Apple CarPlay, pemilik boleh menghubungkan iPhone secara wayarles dan menggunakan Visual Boost untuk mengakses pelbagai fungsi daripada iPhone.

8. Ciri pengecasan wayarles baharu diletakkan pada perehat tangan untuk memudahkan capaian, manakala keselesaan pemanduan dihiburkan alunan dari 12 pembesar suara Harman Kardon.

9. MINI Connected dilengkapi teknologi SIM 4G untuk fungsi Panggilan Kecemasan Pintar dengan pengesan lokasi kenderaan automatik dan status kemalangan, termasuk MINI Online dan MINI TeleServices.

10. Aplikasi mobil MINI Connected App menawarkan perkhidmatan digital seperti kemudahan menghantar destinasi navigasi daripada telefon pintar kepada kenderaan, dan menerima informasi mengenai masa bertolak ideal, serta servis kawalan jauh Remote Services.

11. Convertible Sidewalk Edition boleh dibeli menerusi MINI Online Shop bermula 15 Julai lalu pada harga RM285,899.47. Dengan program ‘Balloon Financing’ daripada Servis Kewangan BMW Group, anda boleh memiliki model edisi terhad ini dengan bayaran bulanan RM3,266 (anggaran pinjaman 80 peratus bagi tempoh lima tahun).

12. Didatangkan dengan pakej Bantuan Jalanan 5 tahun daripada MINI Malaysia, terdiri daripada bantuan kemalangan 24 jam dan 365 hari setahun, talian bantuan dan kecemasan, servis tunda percuma (jika perlu boleh lebih 200km dari tempat kediaman), dan perkhidmatan mobiliti lancar (seamless mobility) seperti servis kenderaan ganti, penginapan dan solusi perkhidmatan mobiliti seperti servis hantar pulang.

BACA >>> MINI Countryman Blackheath Edition Debut Asean di Malaysia, Harga RM254k

GALERI
BMW MINI BMW MINI Malaysia Konvertibel Mini Mini Convertible Sidewalk Edition Mini Malaysia Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    Auto Terkini

    NISMO Performance Center Dibuka di Australia, Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor

    22/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    22/05/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build, Tunjuk Keupayaan Overlanding Dengan 3.8L V6

    21/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.