Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»11 Perkara Tentang Lexus UX yang Perlu Anda Tahu
Roda4

11 Perkara Tentang Lexus UX yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman25/06/2020
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEXUS UX
mula membuka tempahan pasaran Malaysia pada Februari tahun ini menerusi varian UX200 sebagai model SUV baharu dalam barisan famili Lexus. UX juga SUV Lexus pertama dibangunkan berasaskan platform arkitektur global kompak GA-C baharu sebagai crossover dengan struktur ringan dan rigid yang menawarkan pusat graviti rendah dan talaan suspensi diperhalusi.

Dalam siri SUV Lexus lain, UX adalah crossover aras mula yang juga model paling bajet jenama itu. Namun status ‘bajet’ UX ini bukanlah bermaksud Lexus sanggup mengetepikan nilai estetika dan kemewahan yang sinonim dengan jenama berkenaan.

Malah UX boleh dianggap sebagai peneraju segmen SUV kompak mewah dengan menawarkan ciri-ciri terbaik yang tidak dimiliki pesaing lain. Mahu tahu apa yang menarik tentang Lexus UX secara am, dan spesifik untuk pasaran Malaysia?

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Tentang Lexus ES ‘MB Peja’ yang Perlu Anda Tahu

1. Lexus UX untuk pasaran Malaysia adalah model UX 200 dengan trenkuasa petrol yang ditawarkan dalam tiga varian: UX 200 Urban (RM235,472), UX 200 Luxury (RM274,027), dan UX 200 F-SPORT (RM289,364), iaitu harga baharu selepas pengecualian cukai jualan. Harga adalah Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti 5 tahun tanpa had perbatuan.

2. UX 200 dipacu enjin petrol 4-silinder 2.0L berkuasa 169hp dan tork 205Nm serta transmisi automatik CVT 10-kelajuan yang disalurkan terus ke roda depan.

3. Antara ciri moden dilengkapkan pada SUV kompak ini ialah pakej keselamatan Lexus Safety System+ (LSS+), pengecasan wayarles, cermin panorama dan but elektrik dengan fungsi sensor buka, Power Back Door.

4. UX ialah singkatan kepada perkataan ‘Urban Crossover‘.

5. Lexus UX direka khas untuk pembeli urban moden yang mencari elemen segar, kontemporari dan dinamik dalam pemanduan mewah. Ia juga direka untuk menarik perhatian pembeli muda yang mencari bukan hanya kenderaan baharu dan mengujakan, tetapi juga relevan dengan gaya hidup mereka.

6. Ciri utama platform GA-C yang menjadi asas pembangunan UX adalah kekuatan casis dan pusat graviti rendah dengan menawarkan pengendalian dinamik dan sporty. Platform ini juga menawarkan fleksibiliti konfigurasi enjin yang membolehkan model ini dipasangkan trenkuasa hibrid dan elektrik untuk dipasarkan mengikut kesesuaian dan pemintaan pasaran negara tertentu.

BACA >>> Driver Power 2020: Lexus, Pengeluar Automotif Terbaik Pilihan Pengguna UK

7. Dari segi rekabentuk, personaliti seksi diserlahkan menerusi rekaan gril spindel dan garis bumbung rendah seperti gaya coupe sport. Rekabentuk lampu belakang unik dipadankan spoiler ala kereta lumba memberikan daya mendap (downforce) tambahan dan kestabilan selain meningkatkan nilai estetika.

8. Kemasan kabin menampikan kerusi kulit Sashiko, iaitu bentuk paten sulaman dekoratif yang mula diperkenalkan pada pakaian pahlawan Jepun era Edo (1615-1868). Kemasan papan pemuka pula berilhamkan tekstur kertas tradisi Jepun, Washi dengan sentuhan unik dan memiliki artistik tersendiri. Menariknya, UX adalah satu-satunya model Lexua yang diterapkan elemen Sashiko dan Washi.

9. Padanan kluster meter digital penuh 7 inci dan paparan EMV 10.3 inci di konsol tengah, menawarkan kawalan mudah pada sistem navigasi, sistem audio Premium Lexus dengan 8 pembesar suara dan fungsi lain.

10. Lexus UX 200 dijana enjin 2.0L berkuasa 169hp. SUV ini juga dipadankan sistem transmisi pertama Lexus yang menawarkan kemudahan pemanduan dunia nyata. Kotak gear baharu ini menggunakan gear satu mekanikal untuk pecutan mula sebelum fungsi diambil alih CVT. Ini memberikan pemanduan lebih senyap dan penjimatan bahan api mengagumkan.

11. UX juga dilengkapkan ciri keselamatan aktif baharu lengkap di bawah Lexus Safety System+, dengan ciri standard 8 beg udara, Sistem Pra Perlanggaran (PCS), Bantuan Jejak Lorong (LTA), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dengan fungsi henti-mula Stop & Go, dan Sistem Suluh Tinggi Adaptif (AHS), manakala tambahan Pemantau Titik Buta (BSM), dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) diberikan kepada varian UX200 Luxury dan UX200 F Sport.

Pakej keselamatan UX200 juga adalah ciri paling lengkap dengan harga berbaloi yang ada pada SUV mewah jika dibandingkan pesaing lain dalam segmen sama.

BACA >>> Lexus LC Limited Edition – Sedan GT Mewah Edisi Khas Tunjuk Muka Sebelum ke Paris

GALERI
Auto Terkini Lexus Lexus Malaysia Lexus UX Lexus UX200 Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aksesori

LS2 Lancar Helmet OF628 Compass, Harga Mula RM388

03/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

05/02/2026
Aksesori

LS2 Lancar Sarung Tangan Baharu Chaki EVO, Dart II EVO, Harga Mula RM89

03/02/2026
Aksesori

LS2 X-Terrain Jacket Rasmi Dilancar, Harga RM599

03/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce Serba Baharu Rasmi Mula Dihasilkan di Pekan, Tempahan Dibuka Minggu Ini

By Syafie03/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Denza D9 2025
Kenderaan Elektrik (EV)

MPV EV Mewah Denza D9 2025 Kini Fasa Akhir Jualan Sebelum Harga Naik

By Han Othman27/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.