Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Driver Power 2020: Lexus, Pengeluar Automotif Terbaik Pilihan Pengguna UK
Auto Terkini

Driver Power 2020: Lexus, Pengeluar Automotif Terbaik Pilihan Pengguna UK

Abang HirataBy Abang Hirata23/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SABAN tahun, penerbitan automotif di Britain, Auto Express akan membuat kajian pemilikan kenderaan dinamakan sebagai Driver Power. Antara kategori dipilih ialah model paling reliabel, dan pengeluar dengan model terbaik.

Kajian itu melibatkan ribuan pemilik yang akan menilai kenderaan masing-masing dan dianggap sebagai tinjauan paling menyelutuh di negara Eropah itu. Siapakah pengeluar terbaik Britain tahun ini?

Tidak lain tidak bukan, Lexus! Menariknya, ini tahun keempat berturut-turut pengeluar Jepun itu memenangi anugerah sama.

BACA >>> Lexus UX200 Buka Tempahan, Harga Serendah RM243k

Berdasarkan maklum balas diberikan, pemilik Lexus jelas sangat berpuas hati dengan kenderaan mereka. Pemilik jenama itu mendakwa tiada pengeluar lain yang menghasilkan kereta paling reliabel atau lebih baik berbanding Lexus.

Pemilik Lexus juga bukan sekadar meminati rekabentuk luaran dan dalaman, tetapi juga mengakui kehebatan jenama mewah Jepun itu dalam menghasilkan enjin dan transmisi terbaik.

Selain itu, pemilik juga  sukakan pengalaman pemanduan hebat ditawarkan Lexus dan gembira dengan kualiti pemanduan seperti karakter stereng yang jitu dan sistem pembrekan baik.

Kedudukan kedua diraih pengeluar dari Korea Selatan, Kia. Jenama ini sebenarnya tewas sipi saja di belakang Lexus. Di tempat ketiga diduduki Subaru dan Mazda (keempat). Honda dan Toyota pula masing-masing menduduki posisi 10 terbaik bersama empat jenama Eropah, iaitu Skoda, Peugeot, Alfa Romeo dan Volvo.

Keputusan diperoleh jelas mendedahkan dominasi jenama dari Asia.

BACA >>> EV Pertama Lexus, UX 300e Debut di China

10 PENGELUAR TERBAIK  DRIVER POWER 2020

  1. Lexus – 90.85%
  2. Kia – 90.84%
  3. Subaru – 90.60%
  4. Mazda – 90.51%
  5. Skoda – 90.26%
  6. Toyota – 90.09%
  7. Honda – 89.95%
  8. Peugeot – 89.87%
  9. Alfa Romeo – 89.84%
  10. Volvo – 89.55%

Keputusan penuh dan analisis setiap model Driver Power 2020 boleh dilihat menerusi majalah dan laman web AutoExpress.

BACA >>> Toyota GR Supra GT4 Dibuka untuk Tempahan, Khas Litar Lumba Sahaja!

Auto Express Auto Terkini Driver Power Driver Power 2020 Driver Power UK 2020 Jenama Automotif Pilihan Pengguna UK Lexus survei
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.