Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»10 Rekabentuk Rim Sport Aftermarket Paling Ikonik
Aksesori

10 Rekabentuk Rim Sport Aftermarket Paling Ikonik

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/11/20185 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA memasuki dunia modifikasi aftermarket, jalan paling mudah mendapatkan penampilan kereta yang unik ialah menukar set rim baharu. Ada banyak pilihan rim di pasaran dalam pelbagai harga daripada murah hingga terlalu mahal.

Namun di sebalik rekabentuk, keaslian dan replika rim aftermarket itu, ada beberapa jenis rim yang dapat memberikan gaya tersendiri untuk kereta anda. Daripada gaya klasik hingga kontemporari, kami himpunkan 10 rekabentuk rim aftermarket menarik dengan gaya yang dirasakan akan kekal sebagai penanda aras terbaik saban tahun.

1. ENKEI RSM9


Tidak banyak pengeluar rim yang mampu melakar sejarah dalam sukan permotoran seperti mana Enkei. Pengeluar rim dari Jepun itu ialah pembekal rim kepada pasukan Formula Satu (F1) McLaren sejak 1995, tetapi sejak beberapa tahun ini turut membekalkan rim untuk pengeluar OEM, seperti General Motors (GM).

Sejak 1950, jenama Enkei sudah menghasilkan rekabentuk rim ikonik, tetapi rim sport Enkei RSM9 ialah rekabentuk yang akan kekal klasik untuk jangka masa lama. Ada dalam diameter 17-, 18- dan 19-inci, dan lebar daripada 7- hingga 10.5J. Rim ini terdiri daripada rekabentuk rim 9-jejari dalam kemasan piano black (hitam) atau platinum silver (perak) dengan menampilkan ciri cat anti-gelincir sebelah dalam yang dapat mengurangkan gangguan tayar ketika memecut ekstrem.

2. BBS SUPER RS


Tidak sempurna senarai rekabentuk rim ikonik aftermarket tanpa BBS Super RS. Rekabentuk rim klasik ini turut ditiru banyak pengeluar rim lain sama ada bernama besar ataupun tiada nama sejak produk itu di pasaran. Tetapi, tiada satu pun yang dapat menyerupai rim tulen.

Rim aluminium tempaan tuangan (die forged aluminium) didatangkan dalam pelbagai kombinasi warna, tetapi paling ikonik ialah rim potongan berlian dan hab emas di tengah yang menjadi rupa BBS Super RS paling dikenali. BBS Super RS mungkin tidak sesuai digunakan semua jenis kereta, terutama barisan kereta moden. Tetapi, jika dipadankan bersama kereta ‘old school’, memang cukup menyerlah. 

3. VOLK TE37


Rays Wheels datang dengan slogan ‘konsep ini ialah perlumbaan’ dan menerusi rim lumba Volk TE37, slogan itu jelas betul. Rim ini digunakan pelbagai kereta lumba daripada aksi trek hingga drift, dan terbukti sebagai antara rim paling versatil pernah dihasilkan.

Asalnya dihasilkan dalam saiz 15-inci dengan berat cuma 3.7kg, rim TE37 menjadi terkenal sebagai salah satu rim tempaan pertama di pasaran. Sejak 1996, TE7 mula menjadi rekabentuk popular dan diminati ramai serta memiliki reputasi yang tidak akan pudar.

4. OZ SUPERTURISMO WRC


Ramai pemilik sentiasa mahukan sedikit sebanyak gaya lumba untuk kereta sendiri. Jadi, itu tidak bermakna pemilik tidak boleh melengkapkan sedikit elemen rali untuk kereta harian. OZ Racing memberikan imej lumba sejak berdekad lalu, dengan memilih kereta rali sebagai rekabentuk khas rim.

Hasilnya, kini 90 peratus kereta lumba WRC dipandu menggunakan rim OZ Superturismo WRC yang cukup mudah dikenali dengan rekabentuk multi-jejari (multi-spoke) berwarna putih dengan cetakan logo merah OZ Racing dan didatangkan dalam diameter 14-18-inci. Semestinya rim ini kekal praktikal untuk pemanduan harian.

5. HRE VINTAGE SERIES 454


HRE meraikan ulang tahun ke-40 tahun ini, dan sepanjang 4 dekad pembabitan dalam bisnes rim, pengeluar dari Amerika Syarikat (AS) itu sudah mengeluarkan pelbagai rekabentuk mengagumkan, khusus untuk kereta sport premium dan supercar.

Namun HRE juga menghasilkan rekabentuk rim untuk supercar klasik menerusi produk Vintage Series, khas untuk pemilik supercar 80-90-an. Rim HRE Vintage Series 454 ini membangkitkan semangat eksotik kereta sport dan GT sekitar 1970-an. Rekabentuk rim 5-jejari ini boleh didapati dalam 80 kemasan warna dan saiz diameter 18-22-inci dan dilihat sebagai rekaan rim sempurna untuk jentera klasik buatan Itali.

6. ADV7.2 CF.2


Ini ialah pendatang baharu dalam pasaran rim, Advance One Wheels (ADV1) baru berusia kurang sedekad, tetapi sudah mampu menjadi niche di pasaran rim aftermarket menerusi produk berkualiti tinggi dan berteknologi termaju. Ada banyak rekabentuk menarik dihasilkan, tetapi selepas ADV1 dipadankan dengan pengeluar gentian karbon, Dymag, hasilnya ialah rim yang cukup hebat.

ADV7.2 CF.2 menampilkan aluminium tempaan gred aeroangkasa di tengah, dipadankan dengan gelung hibrid gentian karbon Dymag BOXSTROM. Pembinaan struktur hibrid tersebut menjadikan rim 40 peratus lebih ringan berbanding rim aluminium terapan (cast) biasa, sekali gus menjanjikan peningkatan prestasi bersama rekabentuk memberangsangkan.

7. AMERICAN RACING TORQ THRUST


Sama ada kereta muscle klasik, moden atau off-road, rim American Racing mampu memberikan kepuasan tersendiri dengan barisan produk rekabentuk klasik. Tetapi jika mahu memilih satu yang terhebat dan menyerlah, itu ialah rim aluminium terapan klasik Torq Thrust.

Rekabentuk ringkas rim didatangkan dalam saiz 14-inci hingga 20-inci, dan cukup versatil untuk nampak menarik pada jentera muscle klasik, hot rod, dan muscle moden. Bagi peminat kereta klasik Amerika, inilah apa dinamakan rekabentuk rim Amerika klasik.

8. VOSSEN CVT


Vossen mula melonjak popular dan mendapat tempat sejak kebelakangan ini, tetapi jenama itu sebenarnya sudah ada di pasaran sejak 3 dekad lalu. CVT ialah rekabentuk signatur Vossen buat masa ini, dan menjadi antara rim paling banyak ditiru dunia.

Apapun, tiada yang mampu menghasilkan rim dengan kualiti sama seperti produk asli Vossen. Rim terapan one-piece ringan ini memerlukan 4 acuan bagi memastikan kualiti pembuatan yang seimbang dan sepadan dalam setiap sudut dan arah. Rim ini ditawarkan dalam pilihan saiz 19, 20 dan 22-inci. Tetapi bukan semua kereta sesuai dan padan dengan rim ini.

9. ROTIFORM BM1


Rotiform ialah pengeluar pakar dalam rekabentuk rim OEM+, untuk pengeluar automotif yang mahukan sesuatu yang lebih daripada kebiasaan ditawarkan. Namun, Rotiform turut mengeluarkan barisan rim berasaskan ilham OEM yang kekal relevan saban tahun.

Salah satu daripada rekaan tersebut ialah Rotiform BM1, iaitu rim yang mengingatkan peminat automotif tentang model sport enjin tengah, BMW M1 (1970-80-an). Ditawarkan dalam 3 kemasan, rim tempaan 3-piece ini memberikan lebih nilai daripada sekadar gaya retro.

10. CARBON REVOLUTION CR-9


Selain salah satu rim di atas yang menggunakan tong genting karbon, rim terakhir ini menampilkan rekabentuk one-piece gentian karbon penuh dengan pembuatan berasaskan teknologi gred angkasa untuk menghasilkan produk rim yang kuat dan ringan.

Carbon Revolution ialah nama pengeluar, manakala CR-9 ialah rekabentuk rim one-piece premium yang dihasilkan. Rim ini mampu beraksi sebaik rupa yang hebat, mampu mengurangkan berat unsprung, dan menambah baik pengendalian dan prestasi menerusi konsep ringkas rigiditi dan pengurangan berat. Sesuai dipadankan untuk kereta sedan sport hingga supercar. Juga sesuai digunakan dalam apa saja kondisi dan paling istimewa, rupanya sangat menarik!

SUMBER: CarBuzz

ADV aksesori America Racing BBS Carbon Revolution Enkei HRE Oz rim rim aftermarket rim sport Roda4 Rotiform sport rim VOLK Vossen
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

KitKat jadi penaja rasmi coklat F1 2026
Formula Satu

KitKat, F1 Jalin Kerjasama Hasilkan Coklat Tema Jentera F1

26/01/2026
Kia Niro 2026 Facelift
Roda4

Kia Niro 2026 Facelift Lebih Bersahaja, Bakal Kembali ke Malaysia?

26/01/2026
Jualan Geely Auto
Auto Terkini

Geely Holding Catat Rekod Jualan 4.11 Juta Unit Sepanjang 2025

26/01/2026
Frauscher x Porsche 790 Spectre
Kenderaan Elektrik (EV)

Frauscher x Porsche 790 Spectre – Bot Guna Trenkuasa Porsche Macan!

26/01/2026

5 Comments

  1. azimidon on 30/06/2018 20:52

    how to get@buy sport rim enkei rsm9 16″(4hole)

    Reply
    • AO on 17/11/2018 23:03

      Boleh pergi survey mana-mana kedai tayar dan rim.

      Reply
  2. Akudin on 24/11/2018 03:21

    Salam tuan tanah kedaung…
    tumpang tanya… Rim size dan lebar berapa yg sesuai untuk dipadankan dgn ford ranger wildtrak?

    Reply
  3. Zainuddin Idris on 04/02/2020 23:44

    7. AMERICAN RACING TORQ THRUST. Dimana saya boleh beli. Terima kasih

    Reply
  4. Azmi b. Mohamed Demyati on 17/04/2020 15:24

    Salam tuan
    Nk tanya
    Bumper wish 2.0 lejen boleh pasang UTK wish 1.8 lejen?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.