Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»10 Perkara Tentang Toyota Innova (2016) + 109 Foto Menarik
Roda4

10 Perkara Tentang Toyota Innova (2016) + 109 Foto Menarik

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

toyota-innova-2016
TOYOTA INNOVA 2016 serba baharu sebentar tadi baru saja selamat dilancarkan, sekali gus menamatkan spekulasi tentang bilakah masa kenderaan pelbagai guna (MPV ) kelas kompak itu akan melakukan debut di pasaran Malaysia.

Innova serba baharu sebenarnya sudah menjengah pasaran Indonesia sejak November tahun lalu, termasuk India dan Filipina pada Februari tahun ini dan disusuli Timur Tengah, Vietnam dan Thailand. Innova 201 untuk pasaran Malaysia menampilkan enjin lama daripada varian 2.0L dengan mengekalkan kod enjin sama, tetapi ditala semula. Bagaimanapun, rekaan dalaman dan luaran mengalami perubahan sepenuhnya.

Jadi, apa yang menarik tentang Toyota Innova 2016?

1. ADA 3 VARIAN

Toyota Innova 2016 serba baharu tampil dengan tiga varian:

  • 2.0G (AT)
  • 2.0E (AT)
  • 2.0E (MT)

* AT – Transmisi Automatik; MT – Transmisi Manual

2. ENJIN DIPERBAHARUI

Semua varian Toyota Innova 2016 dibekalkan enjin 4-silinder sebaris 2.0L 1TR-FE, DOHC dengan DVVT-i bersama dua transmisi pilihan, automatik 6-kelajuan dengan Penganjak Jujukan (Sequential Shifter) atau manual 5-kelajuan.

Kuasa maksimum dihasilkan ialah 137hp pada 5,600rpm, manakala tork maksimum mencatatkan 183Nm, 4,000rpm. Kapasiti tangki mampu menampung bahan api sebanyak 55 liter.

3. EKSTERIOR KONTEMPORARI

Walaupun struktur asas casis Toyota Innova 2016 masih sama seperti generasi terdahulu dengan perubahan dimensi minimum, tetapi desain ditampilkan adalah baharu sepenuhnya. Antaranya ialah:

  • Lampu depan disepetkan dan gril radiator dibuka lebih luas.
  • Lampu kabus dikembarkan dengan lampu signal.
  • Tiada lagi rekaan bersegi dan berkotak pada tingkap pintu. Desain kali ini direncongkan.
  • Lampu belakang juga mengambil gaya sama seperti lampu depan – disepetkan menjadi lampu belakang gaya kombi – tipikal rekaan moden masa kini.
  • Rekaan belakang tidak lagi mendatar, sebaliknya ditambah beberapa garis atau lekuk badan – penampilan jadi lebih maskulin dan trendy.
  • Lampu siang (DRL) jenis mentol.
  • Lampu depan halogen multi reflektor dengan ciri ON-OFF automatik, lampu iring Follow Me Home dan pengarasan (levelling) manual.
  • Spoiler dengan lampu brek ketiga LED.
  • Hendal pintu krom (2.0G sahaja)
  • Gril krom dengan cat perak dan hitam (2.0G sahaja)

4. INTERIOR KELAS PREMIUM

Rekaan dalaman adalah perubahan paling ketara yang dapat dilihat pada Toyota Innova 2016. Segalanya serba baharu dan berbeza. Di bawah ini ialah pembaharuan ditampilkan Toyota Innova dengan ciri standard seperti:

  • Sistem audio pemain CD dengan tuner, MP3, jek-auksiliari (AUX), USB dan Bluetooth, dan 6 pembesar suara.
  • Suis audio di stereng bersama MID, dan ciri bebas tangan Bluetooth.
  • Mod pandu – Normal, ECO dan Power Drive.
  • 2 outlet kuasa 12V.
  • Material kerusi fabrik hitam.
  • Pelbagai konfigurasi tempat duduk – Kerusi pemandu boleh laras 6-tetapan; Kerusi penumpang depan boleh laras 4-tetapan; Kerusi baris kedua boleh lipat 60:40 dan Suis One Touch Tumble dengan 3 perehat kepala; Kerusi baris ketiga boleh lipat 50:50 dan suis One Touch Easy Space dengan 3 perehat kepala.
  • Ruang storan – Laci glove box (atas dan bawah), storan cermin mata hitam, pemegang cawan, poket di belakang kerusi depan (dengan cangkuk barang).

Jika membeli varian paling premium, Innova 2.0G,  anda akan diberikan beberapa ciri tambahan seperti:

  • Panel meter Optitron dengan kawalan iluminasi.
  • Butang tekan-mula.
  • Trim pintu fabrik dibalut kemasan hitam Piano dan perak.
  • Panel instrumen kemasan kayu dan perak
  • Tingkap kuasa dengan perlindungan anti-jepit.
  • Tombol gear kemasan kulit.
  • Paparan multi-info (MID) dengan skrin 4.2 inci TFT.
  • Panel instrumen kemasan kayu dan perak.
  • Roda stereng kemasan kulit dengan trim kayu dan perak, dan boleh laras.
  • Lampu ambien LED di bumbung.
  • 2 meja boleh lipat di belakang kerusi depan.
  • Pemegang cawan di perehat lengan kerusi baris kedua.

5. TAYAR & RIM

205/65R16, Aloi

6. CIRI KESELAMATAN DIPERTINGKAT

Toyota Innova 2016 mendapat penarafan keselamatan 4-bintang untuk varian 2.0E dan 5-bintang daripada ASEAN NCAP (2.0G). Berikut ialah ciri keselamatan standard diberikan:

  • 2 beg udara depan (pemandu dan penumpang depan) dan beg udara lutut (bahagian pemandu).
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD).
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC).
  • Sensor parkir (depan dan belakang).
  • 2 tali pinggang keledar ELR 3-poin dengan pra penegang dan pengehad daya (kerusi depan).
  • 3 tali pinggang keledar ELR 3-poin (kerusi baris kedua dan ketiga).
  • Penambat tali pinggang keledar boleh laras (depan sahaja).
  • ISOFIX (kerusi baris kedua).
  • Sistem penggera – Immobiliser, 2 kunci kawalan jauh, siren dengan bateri sokongan, sensor ultrasonik, sensor kaca pecah, sistem kunci berganda, kunci pintu auto pantas.

Seperti biasa, jika anda pemilik varian 2.0G, MPV anda itu akan dilengkapkan dengan ciri keselamatan tambahan seperti di bawah:

  • 7 beg udara (2 depan, 1 lutut, 2 sisi, 2 tirai).
  • Bantuan Brek (BA).
  • Kawalan Traksi (TRC).
  • Kawalan Bantuan Mula-Daki (HAC).
  • Signal Henti Kecemasan (ESS).

7. OPSYEN INFOTAINMENT

  • Pemain DVD dengan skrin sentuh kapasitif 8 inci, sambungan telefon pintar, WiFi, pelayar Internet, pengecaman suara, HDMI, USB, Bluetooth, sistem navigasi (opsyen) dan Kamera Undur dengan Garis Panduan.
  • Cermin gelap.

8. JAMINAN REALIBILITI

Toyota Innova 2016 menawarkan waranti 5 tahun dengan perbatuan tanpa had, tertakluk terma dan syarat.

9. HARGA

  • 2.0G (AT) – RM126,000
  • 2.0E (AT) – RM117,000
  • 2.0E (MT) – RM109,000

* Harga atas jalan bagi Semenanjung Malaysia, Individu.

10. GALERI

Toyota Innova 2016
Auto Terkini Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Roda4 Toyota Toyota Innova 2016 UMW Toyota Motor
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.