Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»10 Motosikal Legenda Suzuki di Malaysia dalam Kenangan
Roda2

10 Motosikal Legenda Suzuki di Malaysia dalam Kenangan

Han OthmanBy Han Othman04/04/202068 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SANGAT menyedihkan apabila mendapat tahu Suzuki Malaysia terpaksa menutup operasi pengeluaran di negara ini selepas berdekad lama mewarnai industri motosikal tempatan dengan pelbagai jentera bertaraf legenda. Apa yang anda ingat tentang motosikal Suzuki?

Bagi peminat motosikal, terutama kapcai di Malaysia sekitar 80 dan 90-an, nama Suzuki memang begitu gah dan berdiri sebaris dengan jenama lain seperti Honda dan Yamaha. Malah, tiga jenama itu diakui mempunyai kekuatan tersendiri. Honda misalnya terkenal dengan jentera yang lasak, Yamaha hebat dengan kelajuan, dan Suzuki pula sudah tentu dengan tunggangan menyeronokkan.

Di bawah ini kami senaraikan motosikal legenda Suzuki yang banyak meninggalkan kenangan manis kepada peminat motosikal tempatan. Sayonara Suzuki! Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian sejarah automotif negara ini.

BACA >>> Sayonara… Suzuki Motor Tutup Kilang Pemasangan Motosikal Di Malaysia

1. SUZUKI BEST 110

suzuki-best-110
Inilah rekabentuk awal moped 2-lejang 90-an di Malaysia. Menarik tentang Suzuki Best 110 ialah penampilan moped ini yang masih kuat dengan imej sebuah motosikal ‘Jepun’ menerusi gabungan desain skuter dan kapcai. Lihat saja rekabentuk bahagian depan (kapcai) dan belakang (skuter). Anda belum cukup true Suzuki jika tidak kenal Suzuki Best!

2. SUZUKI PANTHER


Tidak diketahui kenapa motosikal berkapasiti 150cc ini menjadi pilihan unit operasi jalanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekitar era 90-an hingga digelarkan ‘motor otet’. Otet merujuk kepada polis cawangan khas (SB) atau perisik.

Mungkinkah kerana Panther berwarna hitam yang memudahkan operasi serang hendap dilakukan? Ataupun PDRM mahu tampil berbeza daripada imej penunggang awam atau mat motor yang ketika itu kebanyakannya menunggang model Yamaha. Kehadiran penunggang Panther pada tengah malam atau awal pagi sering dianggap sebagai sengaja mahu ‘bakar line’ supaya mat rempit berlumba sebelum mereka diserbu dan dicekup oleh pasukan polis beruniform.

3. SUZUKI TXR150

suzuki-txr150
Selepas Panther, Suzuki mengeluarkan TXR150R yang juga terkenal dengan panggilan Jerung. Sebenarnya jerung merujuk kepada edisi khas yang datang dengan kowl depan seperti sirip jerung, tetapi istilah itu digunakan juga secara meluas sebagai merujuk kepada generasi kedua Panther. Kata nama ‘Jerung’ juga boleh jadi diambil daripada terjemahan Suzuki Shark 150 yang bermaksud jerung. Sangat mirip seperti Panther, tetapi antara identiti khas ketara Jerung ini ialah frem kelabu dan strip badan tertulis TXR150.

Kredit foto: Small Sun Custom

4. SUZUKI GAMMA

suzuki-gamma-150
Suzuki Gamma atau TXRr150 ialah generasi terakhir Panther dengan tanda nama TXRr pada strip badan. Model ini datang secara naked dan lebih diterima umum, terutama anak-anak muda berbanding model terdahulu. Di atas jalan, motor inilah lawan sebenar Yamaha RX-Z. Bagaimanapun, produksi Gamma cuma bertahan setakat 1997.

5. SUZUKI VS125

suzuki-vs-125
Inilah satu-satunya skuter yang menyebabkan ‘mat scoot’ semalaysia dipandang tidak puas hati oleh mat kapcai. Apa tidaknya, dengan kapasiti enjin 125cc, Suzuki VS125 mampu meninggalkan mana-mana kapcai standard secara senyap dan bersahaja.

Skuter VS125 juga mencetuskan penubuhan pelbagai kelab skuter di Malaysia yang terkenal dengan trend mewarnakan set badan motosikal menggunakan teknik berus angin (air brush). Tidak cukup mewarna, pemilik VS125 juga cenderung menambah set audio yang mampu menandingi kekuatan bunyi pembesar suara motor penjual aiskrim Mat Kool.

Kegilaan modifikasi mencecah ratusan hingga ribuan ringgit itu membuatkan pemilik VS125 sering dianggap sebagai anak orang kaya. Malah, ramai juga mengakui majoriti gadis yang menunggang VS125 berwajah cantik dan pandai bersosial.

6. SUZUKI RG SPORTS 110

suzuki-rg-sport-100
Jika mahu bercerita tentang kapcai Suzuki, tidak lengkap rasanya jika tidak menyebut Suzuki RG Sports 110, yakni jenama jentera dua roda yang pernah menempa kegemilangan di kalangan peminat motosikal tempatan sekitar era 1990-an.

Dikenali sebagai moped sempurna pada zaman kemuncaknya, sebutlah apa saja tentang RG Sports, segalanya sentiasa superior berbanding lawan dalam kelas sama. Apa tidaknya, RG-Sport ialah moped pertama yang datang dengan ciri yang mendahului zaman seperti meter rpm, penyerap hentak tunggal atau monoshock, transmisi 5-kelajuan dan penampilan casis deltabox dan peletak kaki belakang jenis gantung, termasuk fitur tipikal motosikal 2-lejang seperti brek cakera depan.

7. SUZUKI FX125

suzuki-fx125
Ketika pertama kali dilancarkan pada 1998, Suzuki FX125 bagaikan makhluk asing yang baru turun dari angkasa. Dalam kelas sama, motosikal ini nyata mendahului zaman. Sebagai rekod, FX125 ialah moped 4-lejang pertama yang datang dengan transmisi manual 5-kelajuan (juga dipanggil klac basah atau mati), termasuk anjakan transmisi jungkit balik (1 depan, 4 belakang). Tidak cukup dengan itu, FX125 tampil dengan teknologi DOHC dan sistem penyejukan minyak.

FX125 dikeluarkan pada tahun sama Yamaha mengeluarkan moped 2-lejang legendanya, 125Z. Mungkin kerana ciri 4-lejang yang sinonim sebagai motosikal tidak laju dan kurang ‘ganas’ membuatkan FX125 kurang laris di pasaran. Tambahan pula harganya yang agak mahal, menghampiri harga sebuah naked bike seperti RX-Z.

Namun, di pasaran motosikal terpakai, jangan terkejut melihat harga FX125 tidak pernah kurang daripada angka RM3,500 walaupun usia sudah mencecah 18 tahun! Jika Y125Z terkenal dengan julukan King of Moped, FX125 pula  ialah Queen of Moped.

8. SUZUKI FXR150

suzuki-fxr150
Ini ialah abang kepada FX125 yang juga muncul mendahului zaman. Apa yang pertama tentang Suzuki FXR150? Inilah sports bike 4-lejang pertama di Malaysia dengan teknologi DOHC. Penampilan paling ‘gila’ dilakukan Suzuki ke atas sports bike ini ialah meter digital yang sehingga kini pesaing lain masih teragak-agak mahu menggunakannya!

Sekali lagi harga menjadi isu utama yang menghalang peminat motosikal memiliki jentera ini. Lagipun FXR150 cuma sebuah sportbike 4-lejang. Pada zaman itu, kecuali EX-5 dan seangkatan dengannya, motosikal 4-lejang lain memang susah mendapat tempat di hati pembeli jentera dua roda Malaysia.

9. SUZUKI RGV120

suzuki-rgv20
Suzuki RGV120 ialah kapcai yang dikeluarkan susulan populariti RG Sports 110. Muncul dengan rekabentuk badan mirip RG Sports, cuma lampu utama RGV120 berbentuk bulat seperti model Suzuki GSX110, manakala lampu belakang juga direka kecil, sekali gus memberikan profil kompak berbanding model RG Sports yang lebar dan leper. Semua model RGV120 didatangkan dengan  transmisi manual sepenuhnya berserta 6-kelajuan.

10. SUZUKI RC80

suzuki-rc80
Diperkenalkan lewat 80-an dan antara pesaing kepada barisan Honda cub. Bersama rekabentuk tradisional kapcai 80-an, Suzuki RC80 dibekalkan enjin 2-lejang dan transmisi automatik 4-kelajuan. Motosikal ini sangat digemari pomen dan anak muda kerana mudah dibikin selain ciri kemerduan bunyi ekzos ‘semprit’ yang dihasilkan.

kapcai Suzuki moped Suzuki motosikal legenda Suzuki motosikal Suzuki roda2 skuter Suzuki Suzuki Suzuki Best Suzuki FX125 Suzuki FXR150 Suzuki Gamma Suzuki Panther Suzuki RC80 Suzuki RG Sports Suzuki RGV120 Suzuki TXR150 Suzuki VS125
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Honda Monkey 125 2026 Eropah Dengan Pilihan Warna Baharu

28/01/2026
Auto Terkini

Triumph Speed Twin 1200 Cafe Racer Edition, 800 Untuk Dunia, Masuk ke Malaysia?

27/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

26/01/2026
Harley Davidson-Malaysia anjur Hari Trek 2026 di Sepang
Auto Terkini

Harley-Davidson Malaysia Anjur Hari Trek Pertama di Sepang

21/01/2026

68 Comments

  1. mat on 22/08/2016 09:07

    no 1 tu gambar suzuki best rr, facelift dr suzuki best.
    no 2 tu gambar panther jerung, panther punye fairing sama macam gamma
    no 3 tu btul dah cuma info mcm kurang tepat, panther jerung xde originally dipasarkan kat malaysia. cuma model polis ada breket utk pasang fairing jerung.
    no 4 tu TXRr, r kecik yg admin maksudkan sebenarnya adalah “greek alphabet” untuk gamma. sinonim dgn motor2 prestasi tinggi keluaran suzuki ketika itu. rgv gamma, rg gamma…
    no 5&6 ok.
    no 7&8 adalah cubaan suzuki untuk mengubah persepsi masyarakat yg moto 4 lejang xpower. walaupon 4 lejang, moto2 tersebut masih boleh memberi saingan motor2 2lejang yang sama cc dengannya.
    no 9&10 tu pn ok la.

    Reply
    • AO on 22/08/2016 23:42

      No 2 tu RGR150 Sprinter, iaitu Panther versi Indonesia. Bezanya, frem Panther silver dan Jerung (TXR 150) hitam. Jadi gambar 2 tu memang Panther, cuma di Malaysia tanpa fairing. Maaf, atas kekeliruan. 😉

      No 3 rasanya tak ada kurang info. Macam dimaklumkan, Jerung ialah edisi terhad TXR, cuma istilah itu digunakan sebagai merujuk generasi kedua Panther (TXR).

      Reply
    • Suzy owner on 02/08/2018 04:09

      Bukan best RR bos…itu RR sports… Suzuki best original keluar dgn nama BEST…cover set dua color..ekzos straight mcm yamaha sport 1st model…lepas tu keluar BEST RR dgn ekzos chamber/ekzos jongkit mcm SS..lepas tu bru keluar RR sports mcm dlam gambar tu…itu model sebelum RG auto clutch….

      Reply
  2. Hisyam on 22/08/2016 14:53

    RGX x ada ka?

    Reply
    • AO on 22/08/2016 23:43

      RGX belum layak dapat status lejen bro. Jangan mareee..

      Reply
  3. zul on 22/08/2016 15:32

    Bro mana model RGX.. tak crita pun….

    Reply
    • AO on 22/08/2016 23:55

      Ikutkan banyak model Suzuki yang popular. V100, GSX, RC100, FX110, termasuk RGX. Tapi penilaian kami ialah dari segi fenomena dan trend yang dicetuskan dan nilai teknologi 😀

      Reply
      • Mdnasarudincs on 23/08/2016 19:27

        V100….Skrg mode…pakai pipe chamber, kerangka gold paint…pehhhhh…enjin ….bg power skit….saya ada nex scoot…fork..dpn showa, rim enkai….ori…sbb tu part mahal…big bike used, race car rim used….suzuki pki parts branded…mcm tak caya dpt brg mcm 2. Dgn cash buy 3.5k only

        Reply
  4. mangga on 22/08/2016 15:47

    mana suzuki V100? scooter paling comel & cool

    Reply
  5. Chingu on 22/08/2016 16:19

    Power lah mat

    Reply
  6. Jamil on 22/08/2016 20:30

    Sedih ooo… pernah kerja di kilang suzuki ni selama 8 tahun.. semua motorsikal ni pernah pasang

    Reply
  7. man on 23/08/2016 04:47

    Suzuki panther 150cc.. motor legend… kenapa polis pakai sbb kuasa 150cc sama setanding dgn 250cc… pernah zaman remaja dulu pakai motor ni… motor ni terlampau laju sama kuasa malah boleh tinggal kan motor kawasaki zzr 250 klau tak silap mase tu yg ada hose ke tank minyak… walau pun cc150 tp kuasa pecutan mase tu saingan dgn tzm.. tzm tak dapat kejar suzuki panther… cume masalah motor ni mentol cepat tebakar klau bawak laju… masih ada org pakai motor ni… kawa 150rr pun tak bleh lawan dia… n enjin suzuki phanther ni lagi panas lagi laju.. pernah zaman remaja dulu.. pecut dari tg malim balik kg johor behenti cume isi minyak shj no problem.. beza dgn rxz mudah jem rod…

    Reply
    • man on 23/08/2016 04:53

      Saya memang amat minat motor ni hingga harini sbb tak penah ada masalah enjin….bg sape yg pernah guna motor ni… mesti tahu tahap kelajuan motor ni… standart shj boleh cecah kelajuan 240…maaf lah klau tk betul…. sbb pernah lalui pakai motor ni… kesedapan coner baring terbaik.. sbb monoshok dia…dulu saya ada 3bijik moto ni…last saya jual rm800 sahaja…

      Reply
    • Hairul Nizam on 06/12/2016 10:21

      Horse power Panther jerung n Panther. Ada beza x?

      Reply
    • zainizam on 17/02/2018 20:50

      Betul tu bro, hamba pakai 2 bijik panther, lps hilang sebiji, x ada hati nak tukar model lain

      Reply
  8. yus'z on 23/08/2016 05:44

    Enjin suzuki power tp kenapa kurang sambutan dari model2 honda dan yamaha,bg pendapat sy panther jerung dgn gamma mmg cun. model2 lain kurang kemas,sekadar pandangan je…hehe jgn maree…sy peminat panther…

    Reply
  9. GP Torra on 23/08/2016 08:32

    Semua model tu x berapa legend……GP 100 baru legend…..G-Pang……

    Reply
    • Syam on 03/05/2017 23:42

      Btol …GP 100 di ikuti TRS

      Reply
  10. suhaimi on 23/08/2016 09:20

    fx125 = queen of moped?? biar betol bro…
    V100 patut masuk dalam sebarai legend sebab v100 adalah skuter yg paling popular dulu….budak cina banyak pakai….

    Reply
    • AO on 23/08/2016 09:46

      Apa yang tak betul? King untuk 2 stroke, Queen untuk 4 stroke.
      V100 ada dalam senarai ke-11. Tapi artikel ni 10 motor saja. 😀

      Reply
  11. suhaimi on 23/08/2016 09:21

    rgx pula dibuat untuk lawan 125z waktu tu….

    Reply
  12. Azmie on 23/08/2016 10:02

    FR80 tertingggal

    Reply
  13. hakim on 23/08/2016 15:32

    saya penah pakai Suzuki GSX110..mmg sedap..masih teringat lagi kenangan ketika di traffic light sy secara tidak sengaja telah meninggalkan sebuah rxz agak jauh ke belakang sebelum dipotong..malah pemilik rxz tersebut menge’rem enjin motornya beberapa kali sebelum meninggalkan saya..marah agaknya.. 😉

    Reply
    • Ark on 11/04/2019 19:08

      Haha.. Kalau beberapa km lagi.. Rxz mmg kena tapau tu.

      Reply
  14. Afzan on 23/08/2016 20:07

    Terbaik bro punya kupasan pasal model-model legend suzuki ni,menarik bgi saya,sebagai empunya suzuki rgv120 dan txr gamma

    Reply
  15. Yacc on 23/08/2016 22:45

    Suzuki motor yg paling lasak. 6bln baru servis. Semua spare part ori dari jepun. Enjin x pernah jem. Sampai skrg sy masih guna RGV. Bermula dari RG. Seronok layan selekoh.

    Reply
  16. myth on 26/08/2016 22:40

    Suzuki belang 150..blm masuk lejen lagi kh…

    Reply
  17. Jenab on 26/08/2016 22:42

    Vitara 2pintu pun lejen gak…. Mak pakai jemput balik skolah tuuuuu

    Reply
  18. waqtissahar on 30/08/2016 16:32

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Terima kasih admin kerana beri peluang kpd kami utk berinteraksi dlm ruangan ini.

    Saya antara pemilik dan penunggang kapcai Suzuki.
    Kepada generasi baru mereka kurang mengenali Suzuki kerana kurangnya promosi dari Suzuki Assemblers Malaysia. Tiada penajaan kepada kelab-kelab permotoran, billboard dan yang paling terkesan adalah tidak terlibat dlm cubprix, Saya tak pasti bila kali terakhir Suzuki terlibat dlm cubprix, tetapi kali terakhir Suzuki mendominasi cubprix ialah pada thn 2009 bersama M.Affendy Rosli dgn jentera Smash Revo. Malah sebelum itu Suzuki harus berterima kasih kpd Meganathan dan Wazi Abdul Hamid kerana melonjokkan pasaran jentera RG dan RGV nya.
    Entah di mana salah silapnya Suzuki terus menyepikan dan menarik diri dari cubprix tempatan sedangkan waktu itu pasaran domestik adalah seimbang di antara jenama Suzuki, H & Y.
    Saya sangat bersetuju jika ada yang mengatakan jenama Suzuki agak mahal berbanding dgn yg lain. Tetapi harus ditekankan bahawa kualiti jenama Suzuki adalah lebih baik dari pesaingnya. Saya paling tidak setuju bila seseorang ingin membeli motosikal Suzuki dan dimomokkan dgn kata-kata “beli motor Suzuki harga mahal, jual balik tak laku” dan “spare part mahal”. Bagi saya, jika motor ok tiada sebarang masalah kenapa harus jual? Pasal alat ganti mahal kerana ianya di import dari Jepun, bukan Thailand or Indon.
    Saya juga bersetuju jika ada yang mengatakan design Suzuki kurang menyerlah berbanding pesaingnya. Tetapi jika kita flash back, design Suzuki adalah terkehadapan berbanding design Y & H. Seperti contoh RC80/100, Best110, RG110, RGV120, RGX120, FX110, FX125. Itu tak termasuk lagi naked bike 150cc spt Panther dan FXR.
    Jika diamati model RGX120 yang terlebih awal pengeluarannya adalah hampir menyerupai Yamaha 125z. Malang sekali Suzuki Assemblers Malaysia tidak membuat promosi yang agresif utk model ini. Jika tidak, pasti RGX120 mendominasi pasaran moped bike sepertimana model RG110 dan RGV120. Begitu juga dgn model FX125, entah kenapa diberhentikan penjualannya sedangkan ia adalah King of moped. Kerana ianya tidak dipromosikan secara meluas, maka barang yang baik macam manapun akan terkubur disebabkan lemahnya daya saing Suzuki Assemblers Malaysia. Suzuki adalah pelopor monoshock dlm dunia kapcai, oil cooled, doch engine, rear disc break dan berbagai lagi teknologi superbike yg diterapkan dlm motor kapcainya.
    Pasaran Suzuki tenggelam selepas mereka mengeluarkan model Shogun, Axelo dan Belang. Walaupun diberi suntikan 125cc dgn disc break depan dan belakang namun ianya tidak dapat bersaing dgn Wave125, Ultimo, Dash, Lagenda jauh sekali dgn LC135. Secara peribadi saya rasa Shogun dan Shogun Axelo perlu direbuild dgn mengambil engine FX125 utk bersaing dlm pasaran terkini. Belang bukanlah citarasa anak-anak muda dan rakyat Malaysia seluruhnya. Biarpun teknilogi Belangyg baik, tetapi designnya menghampakan.
    Suzuki Assemblers Malaysia biar berpijak di bumi nyata, bukan di bumi Vietnam, Filipina or Indon….

    Reply
    • Remy on 13/02/2017 11:44

      Betul2…saya setuju…king of 2t mana ada motor lain kecuali suzuki je X der tzm,rxz,125z…dlm trek suzuki menang…atas jalan pun suzuki gak…jgn marah eh

      Reply
  19. kamal aziz on 03/09/2016 16:30

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Terkilan rasanya bila mana Suzuki mengistiharkan penutupan operasinya di Malaysia.
    Pasaran domestik hanya ditumpukan untuk model-model superbike.

    Kami sebagai penunggang kapcai Suzuki tertanya-tanya dan risau di mana kami boleh mendapatkan alat ganti dengan mudah selepas ini. Kerana kebanyakan kedai spare parts kini amat kurang malah lansung tidak ada menjual alat ganti Suzuki.

    Ruangan ini mungkin hanya dibaca oleh pemilik dan penunggang Suzuki tegar antara usia 30~50an. Tidak dinafikan masih ada anak-anak muda yang memilih Panther/TXR berbanding RXZ atau KRZ. Bagi model RG/RGV tidak ramai anak muda memilihnya kerana designnya yang tidak menarik berbanding Y125z. Sebenarnya design Y125z itu boleh dikatakan meniru design RGX, namun model RGX tidak diperluaskan pasarannya dlm Malaysia sedangkan dari segi performance ianya dapat menyaingi Y125z.

    Cubaan Suzuki untuk menukar persepsi rakyat Malaysia bahawa jentera 4lejang juga mampu bersaing di jalan raya pada pertengahan 90an tetapi gagal. Model tersebut adalah fixxie, FX125. Jika dibandingkan teknologi FX125 dan Yamaha LC135 seperti langit dan bumi. FX125 dibangunkan sekitar tahun 90an, tetapi LC135 pertengahan 2000. Bermakna teknologi Suzuki 10 tahun terkehadapan berbanding pesaingnya.

    Sekiranya Suzuki benar-benar mempromosikan reborn model FX125 walaupun dgn teknologi engine yang sama ketika ia mula dikeluarkan, pasti Yamaha LC135 tidak dapat mendominasi pasaran moped. Lihat sajalah di Vietnam, model FX125 masih mengungguli jalan raya di sana.

    Reply
  20. Fauzi on 07/09/2016 19:11

    yg last sekali tu…membawa daku mengelilingi kampus UTM Jalan Gurney

    Reply
  21. wai on 11/09/2016 03:42

    Kesal dgn penutupan suzuki di malaysia walaupun minggu lalu suzuki menang podium 1st di moto gp..
    Panther ku tetap menyerlah sehingga saat ini..,selak ekzos BM power,manifold,re-bal carbontech,2t 747,single ring piston,resso gearbox,tk perlu highspeed bearing pun dah blh tinggal krz,kr,tzm…yg seangkatan dgnnye..harga mahal,part mahal,tp susah rosak tau bro..
    Sedihnye..

    Reply
  22. Apeq on 17/09/2016 20:19

    Susuzi model meter tinggi xda pun di pamerkan

    Reply
  23. Chio on 18/09/2016 21:29

    Suzuki Belang R150 yang menaikkan kembali semangat peminat-peminat Suzuki selepas beberapa tahun menyepi. Adik beradik DOHC… FX125, FXR150 & Belang R150 telah menyatukan ramai peminat Suzuki pada pelancarannya tahun 2009..

    Teknologi Suzuki melangkau zaman. Terima kasih Suzuki.

    Reply
  24. kuden on 19/09/2016 19:09

    Pada taun 94 kwn pakai panter Mmg power panter…enjin mmg tahan lasak…overhol sekali je..skrg tgh repair FX125…

    Reply
  25. Kamal on 24/09/2016 23:52

    Assalamualaikum semua,
    Tahniah kpd Team Suzuki memenangi motoGP minggu lalu. Tahniah juga kpd pemilik, penunggang dan peminat Suzuki sama ada moped or superbike. Memang sukar utk terima hakikat bila mana Suzuki Assemblers M’sia menutup operasi nya di Penang. Yang paling menderita adalah pemilik kelas moped krn kesukaran utk mendapatkan SGP dgn harga yg agak tinggi. Thn 2017 bakal menyaksikan model-model Suzuki akan memasuki pasaran tempatan secara CBU dan ini akan menyebabkan harga yg melampaui kemampuan golongan awam.
    Sudah ramai yg menyatakan jatuhnya pasaran moped Suzuki di M’sia adalah krn tiada pembabitan Suzuki dlm area cubprix tempatan juga penarikan diri dlm motoGP.

    Reply
  26. mohamed bin sayedalam on 02/12/2016 14:46

    Ada moto gamma150cc plateACS utk d sale ..klo minat cal nob ni 0165435565..mat burma rohinga…minat pakai sbap kesempitan duit….

    Reply
  27. mohamed bin sayedalam on 02/12/2016 14:48

    Place help me post any market

    Reply
  28. mohamed bin sayedalam on 02/12/2016 14:55

    Ok tq…

    Reply
  29. apit on 31/12/2016 00:07

    Ada sapa tau dak kat mana nak cari spare part suzuki?

    Reply
  30. Rajaharman on 03/01/2017 00:26

    Salam nk citer sikit je al kisah saya pun pakai suzuki panther satu masa dulu.. Bawak lagu gak dulu polis tahan tanya apasal bawak laju laju ni nk race ke ape.. Tapi saya jawab mana ade laju tuan … Polis tu tanya ape alasan kata tak laju.. Teman jawab balik tuan tengok le stiker kt tangki minyak teman tu tulis ape.. Dia baca KUDA PADI ..haa tuan pun tahu kan kuda padi mane boleh lari lajukan ekkkk! Terkedu polis tu emmm betul jugak katanye takpe le alasan boleh diterima boleh jalan.. Ha ha dalam hati lekat la nama moto panther teman ni dgn nama Kuda padi.. Jumpa geng lama selalu tanya mana hg punya kuda padi? Semua dh tinggal kenangan .. Tapi wa angkat baru motor tu dulu sebab frus x cukup duit nak ambil honda NSR tapi berbaloi pakai panther yehaaa…

    Reply
  31. Aidel on 03/01/2017 00:57

    Saya setuju dgn komen dr admin.. saya sendiri bekas pemilik suzuki panther.. tidak dinafikan.. bnyk jln2 raya di malaysia telah saya jelajah dgn motosikal suzuki panther.. sebuah motosikal yg terbaik dan lagenda pada zaman tu.. tp dimanakah silapnye.. semua menjadi kelam selepas suzuki tamatkan keluaran panther dan gamma.. sebuah model yg terlalu awal untuk ditamatkan riwayatnye.. apa pon panther tetap terbaik bg model 150cc 2t air cooled.. mantap!

    Reply
  32. suzuki user on 03/03/2017 21:44

    Aku pengguna suzuki rg sport dari 1994 sampai sekarang x pernah overhoul enjin masih steady..carilah jenama lain yg boleh tandingi kehebatan suzuki ada ke?

    Reply
  33. Abu khair on 07/03/2017 18:51

    Saya adalah pengemar motorsikal jenama suzuki….motor pertama saya adalah best 110,kemudian jual..beli panther150,jual lagi…beli GSX110,(maklum lah dh berumahtangga,mudah nk bawak barang dlm bakul)..lastly tercapai jugak cita2 saya mendapatkan sebuah Motorspot kluaran suzuki ni iaitu…FXR150 ,walaupun 2nd..

    Reply
  34. RiduanFixxer on 14/03/2017 14:30

    Keluarga aku sejak dari zaman ayah hingga ke zaman aku anak bongsu semuanya menunggang jentera suzuki.. dari rg110, rgv120, gamma150 memang masterpeice suzuki dalam model 2 stroke.. kemudian aku sambung legasi suzuki dengan SUZUKI FXR150.. memang selayaknya digelar legendaris 150cc di Malaysia.. hanya bikers sejati je yang mengenali motor lejen ni.. kemudian aku beli SUZUKI FX125.. lagi la lejen.. setakat 125cc kapchai pertama di Malaya, bahkan di dunia beb bernadikan enjin DOHC 4 bal.. kalau ada pesaing lain pun kategori sport macam r125,cbr125.. Aku suka jentera dohc suzuki ni sebab enjin jenis high rpm power pada rpm tinggi.. dan tahan lasak.. macam SUZUKI FX125 aku… sejak 1997 sampai sekarang beb.. dah 20 tahun.. chasis still utuh..still kicking lagi… tapi SUZUKI ASSEMBLER MALAYSIA MEMANG PENAKUT.. stop production suzuki kapchai di Malaysia..

    Reply
  35. Matt Jengg on 14/03/2017 22:38

    Model suzuki yg pernah aku pakai
    1. Suzuki cub 80 (lampu bulat dgn petak dua2 pakai)
    2. Rg sport 110 (bg aku ni masterpiece)
    3. Txr gamma (ekzos buang ‘sarang’ je 190 kmj selamba)
    4. Belang 150r (advanced technology tp sayang rakyat malaysia tak pandai memilih)

    Reply
  36. tok aki on 15/03/2017 15:34

    mana pegi gp100 yg sememangnye lejeng dan boleh makan yamaha rxs time kona? apo la

    Reply
  37. Din on 09/04/2017 15:19

    Assalam…takpe bior jer kilang tu tutup..bukan kilang aku pun..bos suzuki penang takde bra nk teruskan..life goes on..aku ade 3 biji txr150…dan 1 biji jip suzuki850cc…hanya johari yg kenal manickam…suzuki always the best here n after…

    Reply
  38. Mad Kedah on 06/05/2017 02:35

    Gamma power warna kuning koyak plastik masih ada dan sampai skrg kepuasan memulas trother tetap memberi kepuasan apatah lagi setelah kembalikan wajah dan engine. Best mmg Best ….. Hampir 20tahun menjadi idaman akhirnya dapat miliki jadi kenyataan terus kembalikan wajah dan engine kepuasannya mmg SUZUKI tiada bandingan. Apatah lagi setiap screw semuanya hasil dr tangan sendiri yg memasangnya….. Siapa yg pandang pasti katanya kliaaaaa.

    Reply
  39. Zie on 10/06/2017 05:51

    Salam..Aku umor dlm 30an tp jiwa kelajuan x pernah surut..Tp Aku bawak laju d tempat yg sesuai lah(takut kene kutuk punya ayat)skrg tngah restore panther..X Mau buat bnyak2..Masuk FAG h/s bearing jer..Dulu2 Aku pakai rxz..Cume x sabar nak ase panther nie jer..X bleh komen lebih.. pernah Naik panther mmb..Dia punya pickup mcm rocket.. dulu top blok siung dngan blok tengkorak..Tu yg buat tertarik nak try buat sendiri utk mase hadapan.. ape2 Pon beringat2 lah..Kelajuan membunuh..Ingat lah org tersayang..

    Reply
  40. Hisham bhaii Melaka on 18/09/2017 21:41

    Salam, mgkin aku da kna panggil Pak Cik kot, 50 just around da corner, suzuki mmg best.. 2016 raye..last day..aku hadiahkan anak sulong..rg sport 110 rege 600 jerr,rebuild blk moto tu jer rm600..siap Raye 2017, smua ori parts, top 160-170 mmain, sampai ank ckp kt mama dia, ayah test mcm ribut moto kiki.. Aku biasa bwk Suzuki bandit 400, mmg trbaik dr Kawa atau Honda yg prnh aku bwk, top speed 220… Suzuki mmg best..berdesuppp… Biar moto lama,engine xbarai…hahaha….ni tgh rebuild rxs lak…hihihi..ex5 class1 da siap,vs125 da siap…

    Reply
  41. pok nik on 10/02/2018 17:59

    suzuki msia patut kembali ke medan kapchai dengan memperkenalkan model baru selepas shogun 125. letak nama sagun 150. body kapcai enjin sama dengan belang cuma fuel injection. harga kekalkan sekitar 8k. gerenti laku.

    Reply
  42. lord on 15/03/2018 16:09

    mmg lajen..tp suzuki rc sprinter x masuk list..

    Reply
  43. Alitopan on 11/02/2019 16:28

    Aku lh yg masih pakainpanther txr150. Beli baru ampai sekarang. Aku berulang dr kl , p.j , s alam , kkb , taiping , bakri muar , dsn skrang cheras.. sejsk tahun 93 sampai skrang masih elok tp dahbtak laju.
    Aku naik oanther sejak muda sampai otai dan nak pencen ni tanpa menyesal malah sgt bersyukur krrana pabther bawa aku kemana mana utk cari makan.
    Alhamdulillah. Syukur pd tuhan yg bg aku sebuahbkenderaan sebagus panther yg sekarang mungkin bernilai hanya 5 sen sehari jika dibahagi dgn jumlah hari semenjak aku beli.
    Tq suzuki dannlion suzuki yg pernah menukarkan block panther sbb jem dlmnwarranti

    Reply
  44. ali on 24/02/2019 09:50

    suzuki di mana…

    Reply
  45. Wan on 20/07/2019 01:40

    Saya pengguna rgv 120.. memang best Dan power.. berulang Dari sungai petani to jitra.. no prob… Boleh pukul Y suku standard.. 125 standard.. dinamik bikin.. one hour only I take for my journey.. Suzuki memang terbaik…

    Reply
  46. ali on 20/01/2020 08:35

    Saya suka Suzuki sebab ia berteknologi tinggi …melangkau zaman…
    Suzuki TS125 pakai sejak 1981 dan terbaru RGV 120 beli pun sebab nak kejar Ysuku…
    kenapa mesti berbelanja lebih dgn brand Y / H …

    Reply
  47. ali on 15/03/2020 08:36

    Suzuki RGV120 saya sangat …. kekerapan memandu jarah jauh dari batu pahat ke johor bharu… Hanya desiran angin sahaja kedengaran tiada dengar bunyi injin… daya kilas yg pantas, sistem kaburetor dengan hemburan petrol yang cekap walau moto dah berusia….terbaik rgv120…

    Reply
  48. Razaly on 15/03/2020 12:26

    Suzuki RGV 120 best on the best

    Reply
  49. Bala on 05/04/2020 10:22

    Start dgn suzuki best dan berakhir dgn gamma.memang standard dah puas hati dgn kelajuannya 180km/h,Selepas standard modi boleh cecah 230 anggaran.
    Skrg rindu kerana sudah lama jual.Nak cari Panther skrg.

    Reply
  50. Saiful on 05/04/2020 10:41

    Apa pon pandangan tentang suzuki yg pasti kilang dh tutup untuk pengeluaran hanya tingal sparepart yg masih d jual kt kilang yg dh pindah kt situ juga dlu Lion suzuki ke suzuki Malaysia dlu ada fr80 dgn gp 125 skrg tinggi kenangan

    Reply
  51. orangbatu on 09/05/2020 11:19

    Aku sebelum beralih ke dunia selaku pemilik Honda merupakan pemilik tegar Suzuki nih…dari tahun 1988 Pernah memiliki Scrambler TS100, kemudian RC80, RC100, Best RR110, Panther TXR150, RG Sports 110 (FRC) dan berakhir dengan RGV120 sebelum model Suzuki hanyut ditelan masa….Model terbaik antara itu dah tentu Suzuki RG Sports 110 yang pernah bawa aku mengembara riding lebih separuh dari Negeri Sabah…..

    Sayang legasi kapcai Suzuki tidak diteruskan,,,,,:(

    Kamon SUZUKI Malaysia…….Bangunlah segera dari tidur…

    Reply
  52. Afiq on 20/10/2020 15:19

    Sekarang aku pakai rg sport 110 beli dari otai lama dan aku orang muda gen z tapi minat motor lama bagi aku suzuki rg sport memang terbaik dan aku menggelarkanya “King Of Moped” dan “King Of 2T”

    Reply
  53. Ramli on 22/01/2021 10:49

    Owner suzuki berminat boleh lah boleh la buat grup UTK model Suzuki boleh berkongsi pengalaman dulu dan skrg, kalau berminat boleh save no tel UTK buat grup wasap atau Instagram 0109035159-Lypiee

    Reply
  54. K/din on 11/03/2021 00:38

    Saya dapat jugak yg diiidamkan.dalam geran,nama pemilik yg ke.3.Alhamdulillah…anak dah ada 3 org.risau la jugak,darah racing cam menurunnn..aje ni.Ya Allah,lindungilah anak anak aku ini ketika di atas jalan raya.biarkan mereka mati dlm husnul hotimah.Aaminnn..YRA

    Reply
  55. amardun on 02/07/2021 23:58

    Isteri sy pelik,knapa x mahu beli moto baharu spt LC je.boleh moto yg dah lama buruk ni jugak yg sy gilakan.. memang sy kagum dgn kehebatan enjin panther.nyawa bleh trtinggal sesaat kat blakang wooo…sbab dah depan mata member bawak ke tempat tapak projek. ayat punya ayat,tak kesah la dlm geran aku yg ke 3.itulah dia moto cub yg memang aku idam jelmaan dari mimpi. FX125, enjin ori, ekzos perang, curb tzm dan blok ada kesan korek tapi kerja laying x kemas.tunning balik, aaalaamak…memang syok lah! tak la laju cam rs or ysuku. namun starting,z150 pun x bleh kejo.masuk gear 5,aku ucap tahniah la, sbab memang moto engko dah F.inject n 150cc. klo kalah, malu la weii..

    Reply
  56. panterpantek on 07/03/2024 19:48

    panther suzuki fx semua sampah 🤣 dah takde harga 😂 buang jelah takde apa nak dibanggakan

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.